Kami teruja meraikan kejayaan FBS membawa pulang anugerah "Best Islamic Forex Account" di Forex Expo Dubai! Kejayaan dalam pencalonan ini mengiktiraf komitmen kami dalam meningkatkan kebolehaksesan pasaran kewangan dan keterbukaan dalam perdagangan.
Pilihan Bebas Swap FBS atau Perdagangan Islamik membolehkan pedagang Muslim melibatkan diri dalam perdagangan Forex tanpa melibatkan fi swap semalaman dan berdagang sejajar dengan prinsip-prinsip kewangan Islam.
Bebas Swap tersedia kepada para pengguna yang bermastautin di negara di mana Islam adalah agama yang predominan. Mereka boleh mengaktifkan sendiri Bebas Swap dari Laman Peribadi FBS mereka. Pedagang Muslim daripada rantau-rantau lain juga boleh menikmati terma dan syarat Perdagangan Islamik; hanya hantarkan sahaja permohonan anda kepada pasukan khidmat pelanggan FBS.
Kami di FBS terus komited dalam menerokai kecemerlangan baharu dalam industri perdagangan Forex dan menyediakan para pedagang kami dengan fitur dan alat-alat bantuan yang mereka perlukan untuk berjaya.