Dengan berbesar hati, kami ingin kongsikan satu peristiwa besar yang amat bermakna untuk FBS. Kami telah menerima anugerah pertama untuk Tanggungjawab Sosial Korporat kami!
Pada majlis CFI.co Awards 2025, FBS telah diberikan penghormatan dengan anugerah “Excellence in Social Responsibility within the Forex Industry — Asia.” Pengiktirafan ini lebih daripada sekadar satu anugerah buat kami, ia membuktikan bahawa komitmen jangka panjang kami memberikan sumbangan telah benar-benar membawa perubahan sebenar dalam kehidupan orang ramai.
Pada separuh pertama tahun 2025, kami telah melancarkan beberapa inisiatif berimpak tinggi yang memfokuskan pada pendidikan, sokongan komuniti, dan pembangunan belia di seluruh Asia dan Amerika Latin.
Salah satu acara terkini yang menjadi sorotan adalah Kem Percutian Projek Warisan di Malaysia yang mengumpulkan kira-kira 60 pelajar Orang Asli dan 25 ibu bapa dari kawasan luar bandar Perak serta menawarkan pembelajaran interaktif dalam bahasa Inggeris, sains, literasi kewangan, dan warisan budaya. Awal tahun ini, pada bulan Ramadan 2025, FBS telah menyumbangkan $20,000 untuk membantu lebih 400 orang di Malaysia dan Indonesia dengan bantuan makanan, pakaian perayaan, dan acara sambutan.
Usaha ini dibina di atas asas yang kukuh yang telah kami usahakan pada tahun 2024, bilamana FBS melaksanakan 16 inisiatif CSR di tujuh negara, yang telah memberi manfaat secara langsung kepada lebih 14,000 orang. Daripada menaik taraf fasiliti sekolah di Indonesia dan Afrika Selatan sehinggalah memberikan bantuan kepada kanak-kanak pelarian di Thailand, kami menumpukan bantuan di tempat yang paling memerlukan.

Untuk merealisasikan usaha ini, kami telah menyiapkan satu video CSR khas yang merakam detik-detik penuh emosi dan menginspirasikan dari lapangan. Kami juga melancarkan bahagian CSR baharu di laman web kami, di mana anda boleh meneroka kisah dan insan-insan yang terlibat di sebalik setiap inisiatif.
Di FBS, tanggungjawab sosial bukanlah projek satu kali— ia janji jangka panjang yang selaras dengan nilai-nilai kami. Pengiktirafan daripada CFI.co ini mengingatkan kita tentang apa yang benar-benar penting: kejayaan bisnes harus sentiasa seiring dengan impak dunia sebenar.
Kami berbangga kami telah mengambil keputusan untuk melangkaui sempadan dunia perdagangan untuk melakar perubahan di dunia sebenar. Bersama-sama dengan pelanggan dan partner kami, kami sedang membina masa hadapan di mana peluang boleh diakses oleh semua — dari bilik darjah hingga ke zon krisis.
Terokai keseluruhan perjalanan CSR FBS di fbs.com/social-responsibility.