Sertai promo FBS
Masa | Impak | Simbol | Acara | Sebelum | Unjuran | Sebenar | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Kalendar ekonomi adalah alat yang menyediakan maklumat terkini mengenai pengumuman dan acara penting ekonomi yang memberi kesan kepada pasaran kewangan. Ia penting untuk analisis fundamental dan membantu trader menjangkakan pergerakan pasaran, mengurus risiko, dan merebut peluang. Dengan alat ini, trader boleh sentiasa maklum tentang peristiwa yang mempengaruhi pasaran dan membuat keputusan trading yang lebih tepat.
Kalendar ekonomi mengandungi maklumat tentang acara utama ekonomi, berita penting politik, dan impaknya terhadap pasaran. Semua ini digunakan sebagai indikator ekonomi.
Kalendar menunjukkan masa dan tarikh pengumuman indikator, matawang yang terkesan, dan tahap impak setiap indikator. Kebanyakan indikator mempunyai nilai numerikal, dinyatakan dalam bentuk peratusan atau nilai matawang, mencerminkan impak positif atau negatifnya.
Kalendar Forex kami dibahagikan kepada tiga lajur:
Klik pada indikator spesifik untuk mengakses maklumat tambahan dan graf yang menunjukkan perubahan nilai bulanan atau tahunan.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menavigasi kalendar ekonomi dengan berkesan dan membuat keputusan perdagangan secara bermaklumat:
Acara kewangan biasanya sudah dijadualkan lebih awal, justeru angka unjuran sudah tersedia dalam lajur Unjuran kalendar ekonomi kami ketika angka Sebenar diumumkan. Trader boleh menggunakan maklumat ini untuk membuka posisi berdasarkan jangkaan mereka berkenaan laporan ekonomi. Sesetengah trader lebih gemar menghindari pergerakan harga yang pantas dengan berehat daripada trading ketika berita diumumkan, berbanding menggunakan kalendar ekonomi.
Ada bermacam-macam strategi untuk trade sempena berita, jadi adalah penting untuk memilih satu strategi yang sesuai dengan gaya trading anda. FBS membekalkan semua perkhidmatan dan maklumat yang diperlukan kepada para trader. Pastikan anda menyemak halaman Analisis Pasaran kami untuk mendapatkan tinjauan dan analisis tentang potensi pergerakan pasaran.
Walaupun anda tidak trade sempena berita, adalah penting untuk sentiasa menyemak kalendar ekonomi atau sentiasa mengambil maklum tentang peristiwa semasa, kerana ia boleh memberi kesan yang ketara kepada turun naik pasaran.
Dengan menggunakan kalendar ekonomi secara berkesan dan sentiasa maklum, anda boleh membuat keputusan trading yang lebih baik dan mengemudi pasaran dengan lebih yakin.
Kalendar acara ekonomi kami dikemas kini secara automatik apabila laporan diterbitkan. FBS berusaha untuk menyediakan kemas kini tepat pada masanya tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kelewatan lantaran kerana volum berita perdagangan yang besar.