Analisis Fundamental
Harga minyak mentah menghadapi tekanan bearish lantaran keputusan yang sudah dijangkakan daripada OPEC+ untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 411,000 tong sehari pada bulan Julai, menokok kenaikan sebelumnya pada bulan April, Mei, dan Jun. Arab Saudi dijangka mengurangkan harga jualan rasminya untuk Asia kepada paras terendah enam bulan, mencerminkan pasaran yang sudah terlebih bekal dan permintaan yang suam-suam kuku. Beban tambahan datang daripada isyarat permintaan yang lemah di China dan peningkatan inventori global, mengukuhkan jangkaan bahawa pasaran telah dibekalkan dengan baik.
Di satu sisi lain, sekatan A.S. ke atas eksport minyak mentah Venezuela melalui Chevron dan langkah-langkah tambahan yang berpotensi terhadap Rusia menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan gangguan bekalan. Perkembangan geopolitik ini boleh menawarkan sokongan harga sementara, tetapi fundamental semasa cenderung bearish. Kesannya, sebarang rali kenaikan ke arah $62.00 atau $62.79 mungkin tidak akan kekal lama melainkan berlaku kejutan bekalan yang besar.
Analisis Teknikal
XTIUSD | H4

Zon Bekalan (Jual): 62.79
Zon Permintaan (Beli): 59.17
WTI kekal berada dalam julat pengukuhan (consolidation) di atas zon polariti utama, sebelum ini berfungsi sebagai rintangan dan kini bertindak sebagai sokongan — membentuk garis leher untuk pola head and shoulders yang berpotensi terbentuk. Kepadatan volum mingguan semasa (POC) berkembang di sekitar 61.10. Jika harga bertahan di atas paras ini, ia boleh melepasi 61.64 dan 61.80, mengesahkan momentum bullish ke arah POC sisi jualan (sell-side POC) minggu lalu di 62.79 - di mana bear berkemungkinan akan kembali, menyasarkan penurunan ke arah sokongan utama 60.00.
Dalam senario bearish, penembusan ke sebelah bawah 61.10 dan 60.80 akan mensasarkan penembusan muktamad 60.00, yang menyasarkan untuk menguji semula zon permintaan tiga minggu di 59.17. Penembusan bersih ke sebelah bawah yang akan memberi isyarat dominasi bearish, membuka laluan ke arah 57.44, 56.22, dan sokongan bulan April di 54.76 dalam beberapa hari akan datang.
Ringkasan Teknikal:
Senario Bullish:
Harga mesti kekal di atas POC 61.10 dan menembus naik ke sebelah atas 61.36. Impuls bullish boleh menyusul ke arah 61.80 dan 62.79 (zon bekalan utama). Anda dinasihatkan berhati-hati di kawasan ini — pertimbangkan untuk memuktamadkan sebahagian keuntungan (partial profit taking) atau memperkukuhkan keselamatan posisi-posisi long.
Senario Bearish:
Jika harga secara jelas merosot pada pembukaan harian (60.83), ia mencetuskan setup bearish jangka pendek. Sasaran: 60.00, POC terungkap di 59.17, diikuti 57.44, 56.22, dan 54.76. Senario ini terbatal jika harga menawan semula POC sisi jual di 62.79 menuju rintangan 64.00.
Pola Exhaustion/Reversal (ERP):
Sebelum anda trade dengan mana-mana zon utama, tunggu pola Exhaustion/Reversal M5 yang telah sahih (ERP) seperti yang dijelaskan di sini 👉 https://t.me/spanishfbs/2258
POC Terungkap:
Point of Control (POC) menandakan aras harga yang mempunyai volum urusniaga tertinggi. Jika harga turun dari aras ini, ia akan bertindak sebagai zon jual atau rintangan. Jika harga naik daripadanya, ia berfungsi sebagai zon beli/sokongan.