Ringkasan
- Harga semasa: $62.80 (Jumaat, sesi Asia)
- Trend: Lantunan jangka pendek, tetapi trend menurun jangka sederhana kekal utuh
- Aras Rintangan:
- $63.40 – rintangan intrahari
- $65.00 – aras psikologi utama
- Aras Sokongan:
- $61.50 – sokongan jangka pendek
- $60.00 – sokongan kritikal daripada paras terendah akhir Mac
WTI kekal terdedah walaupun terdapat kenaikan jangka pendek, kerana lebihan bekalan dan jangkaan permintaan yang lemah menghadkan momentum ke atas.
Faktor Fundamental
- OPEC+ Akan Tingkatkan Output
- Beberapa negara OPEC+ (termasuk Kazakhstan) mahu meningkatkan lagi pengeluaran pada bulan Jun
- Kazakhstan beri alasan untuk kepentingan negara dan kekangan besar di lapangan minyak, menolak lebih banyak pemotongan output
- Rusia & Iran Boleh Boost Bekalan
- Kemajuan dalam rundingan nuklear Iran boleh melonggarkan sekatan, berpotensi menghidupkan semula eksport Iran
- Gencatan senjata Rusia-Ukraine boleh meningkatkan aliran pengeluaran minyak Rusia, menambah bekalan global
- Walau bagaimanapun, retorik tajam Presiden A.S. Donald Trump terhadap Putin boleh melambatkan resolusi diplomatik
- Prospek Permintaan Kekal Lemah
- Ketegangan perdagangan AS-China yang berterusan mengancam pertumbuhan global
- Pertikaian yang berpanjangan ini menekan prospek permintaan daripada dua pengguna minyak terbesar
- Perdagangan yang lebih perlahan, pengurangan pembuatan, dan kos perniagaan yang lebih tinggi = permintaan bahan api yang lebih rendah
Intipati Penting Untuk Trader
- Risiko penurunan WTI masih lagi kekal kerana pengembangan bekalan dan permintaan yang lemah kedua-duanya menekan harga lebih rendah.
- Matawang yang terikat dengan komoditi seperti dolar Kanada (CAD) dan krone Norway (NOK) mungkin berhadapan dengan rintangan jika kelemahan harga minyak berlanjutan.
- Jika WTI jatuh di bawah aras sokongan $60.00, jangkakan USD/CAD akan meningkat dan pasangan FX yang sensitif risiko akan kurang cantik prestasinya.
- Penurunan harga minyak yang berterusan juga boleh memberikan sokongan kepada dolar A.S. kerana kebimbangan terjadinya kelembapan global mendorong permintaan untuk kecairan dan keselamatan.
XTIUSD – Rangka Masa H3
.png)
Sejak berlaku penolakan (rejection) daripada aras sokongan rangka masa harian di garis merah mendatar, XTIUSD telah memecahkan struktur ke atas sebanyak dua kali pada carta rangka masa 3 jam. Oleh itu, pergerakan bearish semasa boleh dianggap sebagai pengunduran (retracement) yang diperlukan untuk membolehkan harga mengumpul momentum untuk naik lebih tinggi.
XTIUSD – Rangka Masa H1
.png)
Carta rangka masa 1-jam XTIUSD menunjukkan pola SBR (yang jarang dilihat) di zon permintaan asal pemecahan struktur berganda. Oleh kerana zon permintaan yang kami serlahkan berada dalam zon kritikal pengunduran Fibo dan mungkin sejajar dengan sokongan garisan trend, kita dapat menyimpulkan bahawa ia menyokong penerusan pergerakan bullish.
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bullish
Sasaran- 65.76
Pembatalan- 59.10
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita pasaran terkini dalam saluran Telegram kami.