XRPUSD – Rangka Masa H4

Pasaran kripto telah mengalami amukan bearish sepanjang beberapa hari yang lalu sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidakpastian dalam pasaran kewangan kesan daripada perang tarif yang sedang panas dan kepercayaan pelabur yang semakin pudar terhadap masa depan pasaran matawang kripto. Aksi harga pada carta rangka masa 4 jam bagi XRPUSD menceritakan kisah ini. Kami melihat purata bergerak 50, 100, dan 200 tempoh berarak secara bearish dengan begitu jelas, di mana impuls bearish terdahulu bermula setelah ditepis oleh rintangan purata bergerak 50 tempoh. Zon bekalan telah terserlah, berfungsi sebagai "area of interest" untuk titik entri sempena penerusan trend bearish.
XRPUSD – Rangka Masa H2

Pada carta rangka masa 2 jam, kami melihat bahawa zon bekalan yang diwujudkan oleh impuls bearish terdahulu telah terserlah. Ia terletak di antara aras pengunduran Fibonacci (retracement) 76% dan 88%, dengan confluence tambahan dari FVG, kecairan belian, garisan trend, dan rintangan purata bergerak. Sentimen amat jelas di sini — bearish.
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bearish
Sasaran- 1.57617
Pembatalan- 2.23621
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus di saluran telegram kami.