FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

30 Mei 2025

Matawang

Potongan Kadar Roo Bertemu Dengan Loonie Yang Berhati-hati: AUDCAD Terhimpit Antara Bumbung 0.90 Dan Lantai 0.88

Ringkasan

  • Harga terus terkekang di bawah pivot 0 .9000/0 .9010 manakala saluran menurun (descending channel) April-hingga-Mei memastikan paras tertinggi terus semakin rendah. Rintangan terdekat berada di 0.9000-0.9030; penutupan candlestick harian di atas aras ini akan membuka jalan menuju 0.9300. Di sisi bawah, aras berhampiran 0.8800 yang dahulunya bertindak sebagai pelantar horizontal kekal sebagai aras sokongan pertama, dengan 0.8700 sebagai sasaran bear seterusnya.
  • Momentum adalah neutral-ke-lembut: RSI berlegar-legar di sekitar 50, dan MACD baru sahaja berubah menjadi positif, menandakan pasaran yang memerlukan pemangkin baru untuk melakukan penembusan.

Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi Pasangan Ini

  • Kitaran pelonggaran RBA sedang melaju. Pada 20 Mei, Bank Rizab Australia memotong kadar sebanyak 25 bp (potongan kedua tahun ini) dan secara terbuka membahaskan langkah 50 bp, mendorong pasaran swap untuk mengambil kira pelonggaran bulan Julai ke dalam penilaian harga dan menekan Aussie.
  • Inflasi teras Kanada yang melekit (sticky, lambat menunjukkan perubahan) mendorong pemotongan kadar BoC. CPI utama Kanada jatuh kepada 1.7% pada bulan April, tetapi indeks median/trim melonjak melebihi 3%, menyukarkan lagi Bank Kanada untuk meneruskan pemotongan selepas jeda April.
  • Minyak tewas dalam bidaannya. Satu tinjauan Reuters kini menyaksikan purata Brent hanya $67 pada tahun 2025 selepas bekalan OPEC+ meningkat — menjejaskan terms-of-trade tradisi CAD.
  • Percanggahan dasar menyempitkan spread hasil. Dengan pelonggaran RBA yang berlaku dengan cepat dan BoC pula berhati-hati, front-end rate differential telah menstabil hampir –40 bp, mengehadkan kemerosotan lanjut AUDCAD.

Intipati Penting Untuk Trader

Dalam jangka masa pendek, AUDCAD adalah permainan tarik tali antara kelembutan Aussie yang dipengaruhi oleh RBA dan masalah CAD akibat prestasi harga minyak yang lebih lembut dan inflasi teras yang melekit. Penurunan yang tegas sebanyak 0.8800 akan mendedahkan 0.8700, tetapi jika minyak kekal berat dan BoC enggan membuat perubahan pada bulan Jun, tekanan ke arah 0.9000-0.9030 boleh terjadi. Keekstreman memudar di dalam kotak 0.88-0.90 ini sehingga pemangkin yang jelas — BoC (4 Jun) atau PMI China — mencetus trend seterusnya.

AUDCAD – Rangka Masa D1

AUDCADDaily_(3).png

Pada carta rangka masa harian AUDCAD, kita melihat penembusan struktur berganda yang bullish. Permintaan yang diserlahkan adalah titik mula impuls awal, dan ia menikmati konfluen dengan sokongan garisan trend.

Jangkaan Penganalisis:

Arah: Bullish

Sasaran- 0.90141

Pembatalan- 0.87942

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

29 Mei 2025

11:41

Loonie Di Hujung Tanduk: USDCAD Menanti Penembusan Bila Bulls Uji Rintangan Kritikal

Matawang

29 Mei 2025

10:45

GBPJPY Meningkat Tatkala Pasaran Bon Jepun Gawat

Matawang

29 Mei 2025

09:59

Paun British Bertahan Di Puncak Ketika Aussie Bergelut — GBPAUD Menguji Tekad Bullish Di Saat Data Aussie Sedang Lemah

Matawang

28 Mei 2025

08:53

Dolar Aussie Tersepit Dalam Dilema — Prospek Potongan Kadar Dan Masalah China Bebankan AUDUSD

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.