FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

21 Mei 2025

Matawang

Laporan Terkini Pasaran USDCHF – 21 Mei 2025

Ringkasan

  • Sokongan & Rintangan:
    • Rintangan: 0.8456
    • Sokongan: 0.8220
    • Pasangan ini didagangkan di bawah rintangan utama di 0.8456. Penembusan ke sebelah atas aras ini akan mencadangkan momentum menaik yang diperbaharui. Sebaliknya, penurunan melepasi 0.8220 akan mengukuhkan sentimen bearish.
  • Pola carta:
  • Ada pola sedang terbentuk dan ia mungkin pola penyongsangan bullish, disokong oleh peningkatan volum pembelian dan penembusan daripada downtrend baru-baru ini. Penutupan yang disahkan di atas 0.8285 boleh mencetuskan kenaikan lebih jauh ke arah 0.8456 dan seterusnya.

Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi USDCHF

  • Prospek A.S.:
    • Semakan menurun penarafan kredit Moody ntuk A.S. daripada Aaa kepada Aa1 telah meningkatkan kebimbangan tentang kestabilan fiskal, menyebutkan tentang hutang sebanyak $36 trilion dan defisit yang berterusan.
    • Ini telah mencetuskan sell-off bon Perbendaharaan A.S. melonjakkan hasil 30 tahun kepada lebih 5% — yang tertinggi dalam tempoh 18 bulan — mengakibatkan tekanan ke bawah ke atas dolar A.S.
  • Dasar Rizab Persekutuan:
    • Pegawai Fed, termasuk Alberto Musalem (St. Louis) dan Raphael Bostic (Atlanta), menekankan pendekatan tunggu dan lihat untuk perubahan kadar, mencerminkan nada dovish yang membebankan kekuatan USD.
  • Prospek Swiss:
    • Bank Negara Switzerland (SNB) telah mengekalkan kadar dasarnya pada paras 1.75%, mengukuhkan komitmennya untuk membendung inflasi.
    • Ketahanan ekonomi Switzerland dan pendirian proaktif SNB terus menyokong kekuatan CHF, menjadikan USDCHF sensitif terhadap pelbagai trajektori dasar yang berbeza.

Intipati Penting Untuk Trader

USDCHF terus ditekan oleh latar belakang USD yang lebih lemah yang didorong oleh isu-isu fiskal A.S. dan Fed yang dovish. Sementara itu, dasar SNB yang mantap dan kestabilan ekonomi Switzerland menyokong kekuatan CHF. Penyongsangan bullish boleh terjadi jika pasangan ini menembus ke sebelah atas 0.8285, menyasarkan 0.8456. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk kekal bertahan di atas 0.8220 boleh mencetus semula risiko penurunan. Pantau kemunculan data-data yang mengejutkan daripada A.S. dan komen-komen dasar SNB untuk petunjuk dan isyarat trading.

USDCHF – Rangka Masa H4

USDCHFH4_(2).png

Walaupun terdapat penembusan berganda struktur secara bullish pada carta rangka masa 4 jam USDCHF, kita boleh nampak bahawa harga telah menunjukkan dua zon yang menampilkan pola penyongsangan SBR. Walau bagaimanapun, ini bukan penyebab kekeliruan, kerana dalam kes ini, kita hanya boleh mencari kriteria pengesahan bullish pada carta dengan rangka masa yang lebih rendah. Zon permintaan yang lebih rendah adalah lebih baik kerana ia membolehkan inducement harga yang lebih baik tatkala berhadapan dengan Fair Value Gap yang menonjol.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 0.84948

Pembatalan- 0.80389

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

21 Mei 2025

11:33

EURJPY: Bullish Momentum Faces Key Channel Test

Matawang

21 Mei 2025

10:04

USDJPY Ingin Kembali Ke Trajektori Bullish

Matawang

20 Mei 2025

12:40

GBPAUD – Laporan Pasaran Terkini – 20 Mei

Matawang

20 Mei 2025

12:23

EURAUD – Harga Mengukuh Berhampiran 1.7404 Lantaran Percanggahan Dasar

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.