Promosi ini sudah tamat

Keputusan sudah diperoleh! Ketahui tiket-tiket yang memenangi cabutan bertuah $150,000.Lihat keputusan
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

09 Sep 2024

Matawang

Berita Minggu Ini (9 September - 13 September): Spotlight Pasaran EURJPY!

EURJPY sedang membentuk setup untuk pergerakan yang besar — trader, siap siaga!

Pasangan EURJPY mencerminkan dinamik kadar pertukaran Euro dan Yen Jepun. Trader sering menggunakan pasangan EURJPY untuk mengukur sentimen risiko pasaran. Euro didorong terutamanya oleh indikator ekonomi dari ekonomi-ekonomi utamanya seperti Jerman dan Perancis, keputusan dasar monetari oleh Bank Pusat Eropah, dan peristiwa geopolitik dalam Zon Euro. Sebaliknya, Yen pula sensitif dengan prestasi ekonomi Jepun dalam masa yang sama ia juga terkenal dengan statusnya sebagai matawang selamat, yang bermaksud ia sering menguat apabila kewangan global dalam keadaan tidak menentu.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun QoQ, 09 September, 01:50 (GMT+2)

Pengumuman KDNK suku tahunan Jepun yang akan datang diramalkan akan menunjukkan pemulihan, dengan pertumbuhan dijangkakan sebanyak 0.8%, berbanding penguncupan sebanyak -0.5% sebelumnya. Sekiranya angka KDNK sebenar mengatasi unjuran ini, ia akan menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lebih kuat daripada yang dijangkakan di Jepun. KDNK yang lebih baik daripada jangkaan boleh meningkatkan nilai Yen bilamana keyakinan tentang pemulihan ekonomi Jepun turut meningkat. Dan kekuatan Yen boleh membawa kepada penurunan kadar EURJPY.

Sebaliknya, nilai Yen boleh merosot jika keputusan KDNK lebih lemah daripada unjuran, menunjukkan pemulihan ekonomi Jepun ternyata goyah. Dalam kes ini, trader mungkin akan menjauhi Yen, menyebabkan kadar EURJPY meningkat kerana Euro mendapat kekuatan relatif.

Pada kali yang terakhir, iaitu pada 16 Mei 2024, laporan KDNK QoQ jauh lebih buruk daripada yang dijangkakan, menyebabkan kadar EURJPY meningkat!

image1.png

Keputusan Kadar Faedah Zon Euro, 12 September, 14:15 (GMT+2)

Kadar faedah Zon Euro dijangka akan diturunkan kepada 4.0% daripada paras semasa 4.25%, yang mengisyaratkan pendirian yang dovish dari Bank Pusat Eropah. Jika ECB meneruskan pemotongan kadar seperti yang diunjurkan, Euro mungkin akan melemah kerana kadar faedah yang lebih rendah mengurangkan daya tarik matawang ini di mata para pelabur yang mencari pulangan yang lebih tinggi. Dalam kes ini, kadar pasangan EURJPY boleh merosot.

Walau bagaimanapun, jika ECB mengejutkan pasaran dengan membiarkan kadar tidak berubah, membayangkan kebimbangan mengenai inflasi, Euro boleh menguat. Pendirian mengenai kadar faedah yang lebih kuat daripada jangkaan berkemungkinan besar akan menolak pasangan EURJPY lebih tinggi.

Pada rangka masa Harian, EURJPY membentuk pola Expanding Wedge selepas satu kenaikan bullish jangka pendek. Harga jatuh ke garisan trend bawah, menguji zon sokongan kritikal dan jalur Bollinger bawah. Pada masa yang sama, %R menunjukkan situasi terlebih jual.

  • Jika harga turun menembusi garisan trend bawah iaitu pada aras 158,000, sasaran bawah yang seterusnya terletak di 154,000.

  • Lantunan dari garisan trend yang lebih rendah akan membawa EURJPY kembali ke aras rintangan 163.800.

image2.png

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Egor Schmidt

Pengarang: Egor Schmidt

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Berita terkini

06 Dec 2024

11:00

Santa Rally 2024: Pasaran saham sudah bersedia

Matawang

14 Oct 2024

08:20

Berita Minggu Ini (14 Oktober — 18 Oktober): Analisis Pasaran EURGBP!

Matawang

07 Oct 2024

07:20

Berita Minggu Ini (7 Oktober — 11 Oktober): Tinjauan Pasaran NZDUSD

Matawang

30 Sep 2024

07:30

Berita Minggu Ini (30 September - 4 Oktober): Prospek USDCHF!

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.