Faktor Fundamental Yang Mempengaruhi EURJPY
- ECB Dijangka Memotong Kadar: Penganalisis meramalkan dua lagi pemotongan kadar pada bulan April dan Jun, membawa kadar deposit turun kepada 2.0% tetapi tidak lebih rendah daripada itu.
- Impak Perbelanjaan Kerajaan: Peningkatan perbelanjaan pertahanan dan infrastruktur, terutamanya di Jerman, boleh meningkatkan pertumbuhan tetapi merangsang inflasi, mengehadkan pelonggaran selanjutnya.
- Tiada Kesepakatan Di ECB : Para pembuat dasar di ECB tidak bersependapat — sebahagian daripada mereka memberi amaran tentang kemungkinan kenaikan pada masa depan, sementara yang lain melihat ada ruang untuk pelonggaran yang berterusan.
- Ketidakpastian Pasaran: Jangkaan untuk pemotongan kadar telah mereda, dengan beberapa trader kini mengambil kira kemungkinan ia akan ditangguhkan pada bulan April.
- Unjuran Pertumbuhan Ekonomi: Menurut anggaran ECB, Zon Euro dijangka akan berkembang 0.9% pada tahun 2025, 1.2% pada tahun 2026, dan 1.5% pada tahun 2027.
Intipanti Penting Untuk Para Trader
Walaupun ECB masih berada di landasan yang tepat untuk dua penurunan kadar, rangsangan fiskal dan kebimbangan inflasi boleh mengehadkan pelonggaran lebih lanjut selepas 2025. Trader harus memantau kenyataan ECB dan data ekonomi, kerana perubahan jangkaan kadar boleh mendorong turun naik EURJPY.
EURJPY – Rangka Masa D1
.png)
Kadar EURJPY pada carta rangka masa harian pada masa ini bersandar pada zon bekalan rally-base-drop selepas pergerakan menurun yang impulsif. Jujukan bearish purata bergerak, digabungkan dengan rintangan garisan trend dan aras pengunduran Fibonacci 76%, menandakan kemungkinan momentum bearish yang baru.
EURJPY – Rangka Masa H4
.png)
Pada carta rangka masa 4 jam EURJPY , kami menemui pola aksi harga SBR (Sweep Break Retest) yang jarang ditemui. Zon penawaran itu mejadi fokus utama kami untuk entri penerusan bearish berdasarkan semua konfluensi yang disebutkan sebelum ini.
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bearish
Sasaran- 156.859
Pembatalan- 164.632
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus di saluran telegram kami.