Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

05 Nov 2025

Strategi

Apa Itu Pola Saluran Menurun Dalam Trading?

Dalam pelajaran ini

Apa Itu Pola Saluran Menurun Dalam Trading?

Mengenal pasti pelbagai pola berbeza dalam analisis teknikal sama seperti mempunyai peta jalan yang membantu anda membuat keputusan yang bijak dan membina strategi trading. Sama ada anda trading Forex, saham, atau kripto, pola ini boleh memberikan gambaran yang ampuh tentang arah pasaran, serta peluang-peluang untuk meraih keuntungan. Dalam artikel ini, kita akan melihat pada Pola Saluran Menurun (Descending Channel), ciri-ciri utamanya, dan tip-tip praktikal yang boleh digunakan oleh trader.

Apa itu Pola Saluran Menurun?

Pola adalah komponen penting dalam analisis teknikal yang membantu trader mentafsir pergerakan harga dan membina strategi yang menguntungkan. Terdapat banyak pola berbeza: saluran mendatar dan menaik, segitiga, candlestick dan banyak lagi. Mari kita fokus pada Pola Saluran Menurun.

Pola Saluran Menurun terbentuk apabila harga bergerak menurun di antara dua garisan trend yang selari, menunjukkan paras tertinggi dan paras terendah yang semakin rendah dari semasa ke semasa. Apabila harga berayun dalam garis-garis ini, ia membentuk koridor trend menurun yang jelas: setiap rali mencapai paras terendah, dan setiap penurunan jatuh ke paras lebih rendah.

Biasanya ia pola penerusan bearish, tetapi ia juga boleh berfungsi sebagai signal penyongsangan bergantung pada tempat ia muncul dalam trend pasaran yang lebih luas.

Untuk mempelajari lebih lanjut tentang semua pola utama dan cara trading dengan pola tersebut, baca artikel FBS Pola Lazim Carta Trading Yang Wajib Anda Tahu.

Cara membezakan Saluran Menurun daripada pola lain yang mirip dengannya

Trader sering terkeliru dan tersalah cam antara Saluran Menurun dan formasi lain, tetapi semasa berdagang pola-pola ini harus dibezakan dengan betul:

  • Saluran Menurun vs. Baji Menurun
    Kedua-dua Saluran Menurun dan Baji Menurun (Falling Wedge) bergerak ke bawah. Perbezaannya ialah pola Baji semakin menirus dari semasa ke semasa dan dua garis tersebut semakin dekat antara satu sama lain. Penirusan itu menunjukkan Momentum sedang memudar dan itu sering kali berlaku sebelum penyongsangan bullish. Saluran Menurun berbeza kerana garisannya sentiasa selari, yang biasanya menunjukkan penerusan bearish.

  • Saluran Menurun vs. Bendera Bull
    Saluran Menurun terbentuk dalam trend menurun yang lebih luas dan tidak harus secara automatik dianggap sebagai signal penerusan bullish. Bendera Bull mungkin nampak serupa, tetapi ia condong ke bawah semasa trend menaik yang kuat dan dilihat sebagai penurunan sementara sebelum trend berterusan ke paras tertinggi.

  • Saluran Menurun vs. Segi Empat
    Saluran Menurun melandai ke bawah, menunjukkan paras tertinggi yang semakin rendah dan paras terendah yang semakin rendah yang terkawal. Pola segi empat mempunyai sokongan dan rintangan yang mendatar, menunjukkan pengukuhan harga secara horizontal.

Pengecaman pola yang jelas boleh membantu mengelakkan kesilapan — trading dengan saluran seolah-olah ia adalah pola baji atau bendera boleh menjurus kepada pembukaan urusniaga yang bertentangan dengan trend.

Cara Mengenal Pasti Saluran Menurun

Cara Mengenal Pasti Saluran Menurun

Untuk mengecam Saluran Menurun, ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Pertama, kenal pasti elemen-elemen utama pola dan lukis garisan trend:

    1. Sambungkan dua atau lebih paras tertinggi yang lebih rendah untuk menguji semula garisan trend atas sebagai rintangan.

    2. Kemudian, sambungkan dua atau lebih paras terendah yang lebih rendah, yang selari dengan garisan trend bawah sebagai sokongan. Pastikan secara keseluruhannya sekurang-kurangnya empat titik disentuh untuk mengesahkan saluran itu legit.

  2. Seterusnya, sahkan bentuk pola: kedua-dua garisan trend hendaklah condong ke bawah dan lebih kurang selari antara satu sama lain.

  3. Akhir sekali, perhatikan tingkah laku harga di dalamnya: biasanya harga melantun di antara garis trend ini sehingga penembusan berlaku.

  4. Apabila harga tidak dapat menyentuh atau memecahkan garis paras terendah selepas membentuk beberapa swing, itu seringkali petanda awal bahawa penjual sudah kehabisan tenaga. Keletihan seperti ini boleh menandakan bahawa trend menurun semakin ketandusan momentum dan penembusan bullish mungkin bakal tiba.

Pola ini mencerminkan trend penjualan yang terkawal bilamana harga menurun dengan landai, bukannya jatuh merudum di hadapan mata anda.

Pelajari analisis teknikal dengan lebih lanjut dan trade dengan yakin bersama FBS: sertai komuniti kami sekarang juga.

Cara untuk mengesahkan atau menolak Saluran

  • Saluran yang sah memerlukan kedua-dua sempadan atas dan bawah disentuh dengan jelas sekurang-kurangnya dua kali (empat titik sentuhan secara keseluruhan). Lebih banyak pola ini menyentuh garisan trend, pola ini lebih andal (reliable).

  • Kedua-dua garisan mestilah condong menurun. Jika mereka mendatar, pola itu kelihatan lebih seperti segi empat tepat.

  • Garisan-garisan harus kekal hampir selari. Jika ia mula menumpu, pola tersebut sudah menjadi Baji Menurun (Falling Wedge), bukan Saluran.

  • Jika harga menembusi sempadan-sempadannya beberapa kali tanpa sebarang reaksi, Saluran itu tidak lagi legit.

Strategi Trading Untuk Pola Saluran Menurun

Strategi Trading Untuk Pola Saluran Menurun

Setiap pola menuntut pendekatan yang tersendiri. Berikut ialah beberapa strategi yang akan membantu anda meraih keuntungan apabila trading dengan Pola Saluran Menurun: pilih yang sesuai dengan anda, matlamat anda dan gaya trading anda.

1. Strategi Penembusan (Penyongsangan Bullish)

Apabila harga akhirnya menembusi garisan rintangan atas, terutamanya dengan momentum yang kuat atau volum yang tinggi, ia sering menandakan berakhirnya trend menurun dan permulaan bagi momentum menaik yang baru.

Ini adalah potensi penyongsangan bullish dan peluang yang baik untuk membuka posisi long.

Berikut ialah cara untuk trading dengannya:

  • Entri: tunggu hingga candle ditutup dengan jelas di atas garisan rintangan atas. Jangan tergesa-gesa masuk pasaran semasa candle penembusan masih aktif, tunggu sehingga ia tutup untuk mengesahkan pergerakan itu.

  • Renti rugi: letakkan tepat di bawah swing rendah terakhir atau di bawah garisan saluran yang lebih rendah untuk melindungi diri anda daripada penembusan palsu.

  • Sasaran: ukur ketinggian saluran (jarak antara sokongan dan rintangan) dan unjurkan jarak itu ke atas dari titik penembusan.

2. Strategi Dalam Kepungan Julat (Trading Dalam Saluran)

Strategi Trading Dalam Kepungan Julat (Trading Dalam Saluran)

Tidak semua trader menantikan penembusan, sesetengah trader memilih untuk trading dalam trend yang ada, memilih senario yang lebih mudah diramal dan kurang berisiko. Harga dalam Saluran Menurun cenderung melantun-lantun di antara garis rintangan dan sokongan, memberikan pelbagai peluang untuk membuka posisi short berhampiran garisan atas dan masuk posisi long berhampiran garisan bawah. Dalam kes ini, Strategi Sentuhan Ketiga (Third Touch Strategy) adalah pilihan yang baik.

Strategi Kepungan Julat (Trading Dalam Saluran)

Cara menentukan titik masuk:

  1. Sentuhan pertama: harga mencecah sama ada garisan sokongan atau rintangan tetapi ia boleh melantun semula.

  2. Sentuhan kedua: harga menguji aras yang sama sekali lagi tetapi dengan momentum yang lebih lemah.

  3. Sentuhan ketiga: harga mencapai aras tersebut sekali lagi, dan kali ini, pergerakan ini mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi sama ada untuk berpatah balik atau menembusi aras itu.

Gunakan pesanan ambilan untung untuk keselamatan tambahan. Ini memberi anda sasaran yang munasabah berdasarkan tingkah laku harga sebelumnya.

Bagi renti rugi, letakkannya beberapa pip di bawah garisan sokongan atau paras terendah yang terkini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah ini, baca artikel ini: “Strategi Perdagangan Third Touch”.

3. Strategi penembusan ke bawah penerusan bearish

Kebanyakan Saluran Menurun terus bergerak dalam arah trend menurun sedia ada. Signal bearish adalah kuat apabila harga menembus ke sebelah bawah garisan sokongan.

  • Entri: Tunggu sehingga candle jelas sudah tutup di bawah sempadan bawah saluran, sebaik-baiknya disahkan oleh indikator volum atau momentum yang meningkat.

  • Renti rugi: Letakkannya tidak jauh di atas paras tertinggi kecil terakhir di dalam saluran berkenaan, atau di atas garisan sokongan yang ditembusi, untuk melindungi posisi anda daripada penembusan palsu.

  • Sasaran: Ukur ketinggian Saluran anda dan unjurkan ke bawah daripada titik penembusan, atau gunakan sokongan mendatar utama seterusnya sebagai sasaran keuntungan anda.

Pendekatan ini memanfaatkan kekuatan trend, tetapi memerlukan disiplin: penembusan ke bawah yang palsu boleh menjerat penjual yang masuk awal, jadi sentiasa nantikan pengesahan sebelum masuk.

4. Penembusan palsu dan retest

Untuk mengenal pasti Saluran Menurun, ikuti langkah-langkah berikut. Breakout palsu atau awal adalah perkara biasa, dengan harga melonjak keluar dari saluran hanya untuk jatuh kembali ke dalam.

Cara yang praktikal untuk menguruskan ini adalah dengan menunggu retest (ujian semula) sebelum membuka posisi:

  • Jika harga menembus naik dan keluar daripada saluran, nantikan pullback yang mengesahkan rintangan lama sebagai aras sokongan baru sebelum membuka posisi long.

  • Jika harga menembusi garisan bawah saluran, nantikan pullback ke arah sokongan yang sudah dibolosi; jika ia mampu bertahan sebagai rintangan, posisi short adalah pilihan yang lebih selamat.

  • Pembatalan: Jika harga masuk semula dan ia tutup di dalam saluran, anggap penembusan gagal dan abaikan setup ini.

Pelan retest ini membantu menapis penembusan palsu dan menyediakan aras yang jelas untuk renti rugi dan pembatalan, mengurangkan risiko terkena perangkap.

Kajian kes: cara trading dengan Saluran Menurun

Contoh 1 — pola penerusan bearish

Contoh 1 — penembusan penerusan bearish

Pada carta harian GBPUSD ini, harga telah didagangkan di dalam Saluran Menurun selama beberapa bulan.

  • Entri: Selepas harga tutup di bawah sempadan bawah saluran.

  • Renti rugi: Di bahagian atas harga tertinggi terakhir

  • Sasaran: Sama dengan ketinggian saluran (sekitar pergerakan 4.3%).

  • Kesudahan: Penerusan bearish yang bersih, penembusan ke bawah klasik

Contoh 2 — trading dengan kemasukan semula ke dalam Saluran

Pada carta USDCHF 4H ini, harga secara melonjak sebentar ke sebelah atas aras rintangan saluran sebelum turun semula ke dalam.

Contoh 2 — trading dengan kemasukan masuk semula ke dalam Saluran

  • Entri: Selepas candle tutup di dalam saluran (penembusan palsu).

  • Renti rugi: Sedikit lebih tinggi daripada tempat di mana sempadan atas disentuh tadi (~0.8104).

  • Sasaran: Sempadan bawah, berhampiran 0.7915.

  • Kesudahan: Satu short yang bersih dengan renti rugi logikal. Urusniaga ini menunggang pergerakan dari kemasukan semula di aras rintangan kemudian turun ke aras sokongan.

Konfluens Indikator dan pengesahan volum

Saluran Menurun lebih andal (reliable) apabila pergerakan harga selaras dengan apa yang ditunjukkan oleh indikator. Menggabungkan data indikator dan volum dapat memberikan anda pemahaman yang lebih baik mengenai keandalan pola.

1. Pengesahan volum

Volum menunjukkan betapa kuatnya keyakinan pasaran. Apabila harga menembusi keluar daripada Saluran Menurun, periksa bar volum. Volum yang meningkat semasa penembusan memberikan kredibiliti tambahan. Ini bermakna lebih ramai trader mengambil bahagian, seringkali ini dilihat sebagai mengesahkan pergerakan tersebut. Volum yang rendah atau menyusut menunjukkan penembusan yang lemah, yang mungkin akan gagal tidak lama lagi. Di dalam saluran, volum sering menyusut apabila harga mengukuh (consolidate), kemudian meningkat sebaik sahaja trend baharu bermula. Pendek kata, peningkatan volum adalah lampu hijau, dan penyusutan volum adalah tanda amaran.

2. Penjajaran RSI dan momentum

Indikator Momentum seperti RSI atau Osilator Stokastik membantu anda melihat sama ada pergerakan harga menyokong apa yang ditunjukkan oleh carta. Apabila RSI menjunam ke dalam wilayah terlebih jual berhampiran sempadan bawah saluran, ia mungkin petunjuk bahawa penjual kehabisan tenaga dan lantunan mungkin berlaku. Jika RSI terlebih beli, ia boleh menjadi amaran bahawa swing turun baru mungkin akan tiba. Apabila terjadi penembusan melepasi rintangan, lihat jika RSI melintas ke sebelah atas 50 atau garisan Stokastik beralih ke sebelah atas bersama-sama. Penjajaran itu boleh mengesahkan perubahan sebenar momentum.

3. Capahan (Divergence)

Capahan (divergence) antara harga dan momentum adalah satu lagi petunjuk lain. Capahan bullish berlaku apabila harga mencatat paras terendah yang lebih rendah, tetapi RSI atau MACD mencatat paras terendah yang lebih tinggi. Itu mungkin petanda tekanan menurun semakin melemah dan penyongsangan bullish boleh terjadi. Capahan bearish adalah sebaliknya: harga membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi, tetapi indikator tidak mengesahkannya. Ini sering mendahului penembusan yang gagal atau penurunan yang lebih dalam.

4. Sinergi MACD dan volum

Indikator MACD berfungsi dengan baik dengan analisis volum. Apabila kedua-dua bar histogram MACD dan volum meningkat bersama semasa penembusan, ia menunjukkan penyertaan yang kuat dan arah yang berterusan. Jika MACD melintas ke sebelah atas garisan signal semasa volum meningkat, kebarangkalian untuk berlaku penembusan yang berjaya lebih.

5. Menggabungkan signal

Pengurusan risiko merangkumi beberapa strategi:

- Penembusan ke sebelah atas rintangan

- Lonjakan volum

- RSI melintas ke sebelah atas 50

- MACD menjadi positif

Apabila sekurang-kurangnya dua atau tiga daripada kriteria ini sejajar, setup trading menjadi lebih andal. Jika tidak, lebih baik tunggu sahaja. Konfluens yang kukuh antara indikator dan aksi harga memastikan lebih banyak urusniaga berpotensi tinggi dan kurang berteka-teka. Setup yang terbaik adalah yang tidak perlu dipaksa. Jika indikator tidak selaras dengan apa yang ditunjukkan oleh harga, abaikan sahaja. Sentiasa akan ada peluang yang lebih jelas.

Konteks berbilang rangka masa

Anda boleh mengenal pasti Saluran Menurun pada mana-mana carta, tetapi ia lebih bermakna apabila ia sepadan dengan apa yang berlaku pada rangka masa yang lebih tinggi. Mulakan analisis anda dari atas sebelum meneruskan ke rangka masa yang lebih rendah.

1. Semak rangka masa yang lebih tinggi (carta harian atau 4H)

Ini adalah untuk mencari trend yang dominan. Jika carta yang lebih tinggi jelas-jelas bearish, Saluran Menurun pada rangka masa yang lebih rendah (seperti 1H atau 15 minit) akan sering bertindak sebagai pola penerusan.

2. Pindah ke rangka masa trading

Sebaik sahaja anda mengetahui trend yang lebih besar, cari Saluran Menurun yang terbentuk di dalamnya. Apabila anda trade mengikut arah trend jangka masa yang lebih tinggi, setup anda biasanya mempunyai lebih sedikit signal palsu dan lebih berpotensi untuk berjaya.

3. Perhaluskan entri pada rangka masa paras terendah

Apabila harga menghampiri garisan saluran atau mula menembusinya, buka carta rangka masa yang lebih rendah untuk zum masuk (zoom in) dan perhaluskan entri anda. Contohnya, jika anda mengesan terjadi penembusan pada carta 1H, anda boleh turun ke carta 15 minit untuk mencari entri yang lebih kemas dan jelas.

4. Awas dengan saluran yang bertentangan dengan trend

Kadangkala, Saluran Menurun pada rangka masa yang lebih rendah bergerak bertentangan dengan trend yang lebih luas. Dalam kes itu, ia seringkali hanya merupakan pullback dalam trend menaik rangka masa lebih tinggi, bukannya penerusan bearish yang sebenar. Saluran melawan-trend ini boleh menawarkan peluang membeli jika trend yang lebih besar masih kukuh.

Pendekatan "top-down" seperti ini memastikan anda trade dengan trend pasaran yang lebih luas, bukannya menentangnya. Saluran yang sejajar merentasi berbilang rangka masa lebih berkredibiliti, manakala saluran yang bertentangan dengan trend utama mungkin hanya pembetulan jangka pendek.

Pengurusan risiko untuk urusniaga saluran

Tidak kira betapa cantiknya suatu pola itu, Saluran Menurun masih boleh memerangkap trader dengan penembusan palsu dan lonjakan mendadak.

Pengurusan risiko bukan pilihan. Ia penting untuk trade dengan setup seperti ini.

Berikut adalah beberapa cara praktikal untuk mengawal risiko apabila bekerja dengan saluran.

1. Pemililhan lokasi renti rugi berasaskan ATR

Daripada meneka tempat untuk meletakkan renti rugi anda, anda boleh menggunakan Average True Range (ATR) untuk mengukurnya berdasarkan kemeruapan. ATR memberitahu anda seberapa banyak harga biasanya bergerak dalam suatu tempoh.

  • Jika anda trading berdasarkan penembusan ke sebelah atas saluran, letakkan renti rugi anda sekurang-kurangnya 1 hingga 1.5 ATR di bawah candlestick penembusan atau garis saluran yang lebih rendah.

  • Untuk penembusan bearish, letakkan renti rugi 1 hingga 1.5 ATR di atas candle penembusan atau garisan saluran atas.

Dengan cara ini, hingar harga biasa tidak akan menendang anda keluar daripada pasaran, tetapi anda masih dilindungi jika pasaran bergerak menentang anda.

2. Penentuan saiz posisi

Sebaik sahaja anda mengetahui jarak hentian anda dalam pip (atau poin), kira saiz posisi anda supaya tiada mana-mana satu urusniaga yang merisikokan lebih daripada seperatusan kecil akaun anda. Ini biasanya 1 atau 2% setiap urusniaga.

  • Contoh: Bagi akaun $10,000, risiko 1% = $100). Renti rugi anda adalah 50 pip jauhnya, dengan $1 setiap pip. Anda mendapat saiz posisi berikut: 100 ÷ (50 x 1) = 2 lot mini.

Ini memastikan risiko kekal tetap tidak kira betapa lebar atau sempitnya saluran itu.

3. Risiko/Ganjaran

Sebelum membuka suatu urusniaga, tentukan potensi ganjaran anda berbanding risiko anda. Saluran menjadikannya lebih mudah kerana ketinggiannya boleh dijadikan kayu pengukur.

  • Trading dengan penembusan: Unjurkan ketinggian saluran ke sebelah atas (untuk bullish) atau di bawah (untuk bearish) titik penembusan.

  • Perdagangan dalam kepungan julat: Sasarkan sempadan bertentangan saluran sambil mengekalkan renti rugi hanya di luar garisan trend terdekat.

Sasarkan nisbah risiko melawan ganjaran sekurang-kurangnya 1.5:1. Jika setup tidak dapat menawarkan itu, abaikan peluang urusniaga itu.

4. Beradaptasi dengan pasaran

Pasaran yang tidak stabil mungkin memerlukan renti rugi ATR yang lebih luas dan saiz posisi yang lebih kecil. Dalam pasaran yang lebih tenang, renti rugi yang lebih ketat dan saiz yang lebih besar adalah mungkin. Sentiasa laraskan parameter risiko untuk disesuaikan dengan keadaan dan bukannya memaksakan satu sistem yang kaku dan tidak fleksibel.

Pendekatan ini mengelakkan anda daripada mendedahkan akaun anda kepada risiko secara berlebihan. Renti rugi berasaskan ATR melindungi anda daripada hingar, saiz posisi memastikan kerugian konsisten, dan perancangan risiko/ganjaran memastikan kira-kira anda dalam trading memihak kepada anda.

Kebaikan dan keburukan Pola Saluran Menurun

Saluran Menurun sememangnya alat yang berbaloi untuk digunakan, dan inilah sebab-sebabnya:

  • Ia agak mudah dikesan setelah garisan trend dilukis.

  • Ia menyediakan pelbagai setup trading daripada trading mengikut trend dalam saluran atau ketika berlakunya penembusan.

  • Ia berfungsi merentas semua pasaran: Forex, saham, kripto, dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, setiap pola mempunyai kelemahannya tersendiri. Perhatikan kelemahan ini:

  • Tidak setiap penembusan benar-benar berlaku. Saluran Menurun mudah terdedah kepada penembusan palsu jika pengesahan lemah, jadi jangan tergesa-gesa untuk membuka urusniaga tanpa memastikan ia benar-benar bendera bullish.

  • Ia memerlukan lukisan garisan trend yang tepat, jika tidak, ia boleh menyebabkan urusniaga yang merugikan.

  • Pasaran yang mendatar mungkin sukar, jadi pola itu mungkin kurang berkesan apabila kecairan atau volum rendah.

Kebaikan dan keburukan Pola Saluran Menurun

Kesilapan Lazim Yang Perlu Dielakkan

Walaupun pelabur berpengalaman boleh melakukan kesilapan semasa trading dengan Saluran Menurun, anda boleh mengelakkannya dengan panduan ringkas daripada FBS ini.

  1. Jangan trade tanpa pengesahan. Tunggu penutupan candle, lonjakan volum, atau signal indikator untuk mengelak daripada membuka posisi dengan penembusan palsu.

  2. Jangan abaikan pengesahan volum atau indikator. Alat-alat ini boleh memberikan petunjuk tentang kekuatan penembusan yang berpotensi terjadi.

  3. Jangan abaikan pengurusan risiko. Gunakan renti-rugi dan tetapkan sasaran keuntungan yang realistik. Trading dengan penembusan trend atau dalam kepungan saluran tanpa mengambil kira tahap risiko adalah cara yang pasti akan menyebabkan kerugian.

FBS merupakan broker yang andal dan akan membimbing anda menempuh semua peringkat dalam trading. Trade dengan kami sekarang.

Poin-poin utama

  • Saluran Menurun terbentuk semasa trend menurun. Harga bergerak semakin rendah, sambil kekal berada di antara dua garisan condong ke bawah yang selari: garisan rintangan di atas dan garisan sokongan di bawah.

  • Pola ini mempunyai tiga bahagian: garisan atas menandakan paras tertinggi yang lebih rendah, garisan bawah menandakan paras terendah yang lebih rendah, dan pergerakan harga di dalam Saluran.

  • Trader menggunakannya untuk memilih titik masuk dan keluar untuk urusniaga mereka. Anda boleh menjual berhampiran rintangan, atau menunggu penembusan yang boleh menandakan penyongsangan.

  • Pasaran tidak sentiasanya sama. Ketika pasaran mendatar, strategi ini boleh menghasilkan banyak signal palsu. Perlu diingat juga bahawa trend yang kuat boleh kehilangan momentum tanpa amaran.

Soalan Lazim

Adakah Saluran Menurun alat yang andal?

Ia boleh dipercayai, terutamanya pada rangka masa yang lebih tinggi seperti carta harian atau mingguan. Dalam banyak kes, pola ini menunjukkan bahawa trend menurun masih mengawal situasi. Tiada setup yang sempurna, walau bagaimanapun. Penembusan boleh gagal, jadi anda perlu menunggu pengesahan sebelum mula membuka urusniaga.

Rangka masa mana yang paling sesuai?

Anda akan melihat saluran menurun pada mana-mana carta, dari candle lima minit hingga mingguan. Rangka masa yang pendek seperti 5M atau 15M biasanya menghasilkan lebih banyak hingar bingar dan signal palsu. Rangka masa yang lebih panjang biasanya menawarkan saluran yang lebih bersih dan lebih boleh dipercayai.

Bolehkah saya menggunakan RSI atau Stokastiks dengan pola ini?

Ya, ia boleh menambah keyakinan kepada trading anda. Sebagai contoh, jika RSI menunjukkan pasaran telah terlebih jual kerana harga mencecah garis bawah saluran, ia menyokong potensi akan terjadinya lantunan. Jika momentum meningkat apabila harga menembus keluar, ia menunjukkan pergerakan itu memang legit.

Adakah pola ini sentiasa membawa maksud penerusan trend?

Tidak semestinya. Trend biasanya terus turun pada kebanyakan masa, tetapi kadangkala harga tembus ke sebelah atas rintangan dan mengubah arah. Itu boleh menandakan permulaan trend menaik yang baru. Sentiasa lihat gambaran yang lebih besar.

Glosari

Garisan trend: Garisan yang dilukis pada carta, menghubungkan paras-paras tertinggi atau paras-paras terendah. Ia menunjukkan hala tuju pergerakan harga.

Sokongan: Aras harga di mana penjualan mereda dan pembeli biasanya melangkah masuk.

Rintangan: Aras harga di mana pembelian sudah mulai pudar dan penjual menolak harga turun kembali.

Penembusan: Apabila harga menolak keluar dari sempadan pola dengan kekuatan.

Pola penerusan: Setup yang biasanya bermaksud trend cenderung untuk terus bergerak dalam arah yang sama.

Pola penyongsangan: Satu setup yang menunjukkan trend mungkin semakin melemah dan harga mungkin mula bergerak ke arah yang berlawanan.

RSI (Relative Strength Index): Satu indikator yang mengukur momentum dan memberitahu anda jika harga telah bergerak terlalu jauh naik atau turun. Trader menggunakannya untuk mengenal pasti bila sesuatu pasaran sudah tampak terlebih beli atau terlebih jual.

Osilator Stokastik: Alat yang membandingkan harga penutupan pasaran dengan julat harga suatu tempoh terkini. Ia sering digunakan untuk mengesan tanda awal bahawa penyongsangan mungkin sedang terbentuk.

ATR (Average True Range): Ukuran berapa banyak harga biasanya bergerak dalam tempoh yang ditetapkan. Trader sering menggunakannya untuk meletakkan renti rugi supaya swing-swing biasa tidak menendang mereka keluar daripada pasaran.

Penembusan palsu (Fakeout): Apabila harga menembusi pola untuk seketika tetapi dengan cepat kembali ke dalam, sering menjerat mereka yang terlalu cepat melompat masuk.

Kongsi kepada rakan-rakan:

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, India, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.