FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

25 Jul 2025

Asas

Apa Itu Dana Pasaran Wang?

Apa Itu Dana Pasaran Wang?

Adakalanya, anda mempunyai wang lebihan dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dengannya. Daripada membiarkannya duduk diam dan nilainya menyusut dari masa ke masa dek kerana inflasi, anda boleh membiarkannya duduk dalam dana yang boleh menjana pulangan untuk anda dan membolehkan anda menebus wang anda bila-bila masa anda memerlukannya. Jika anda berpuas hati dengan pulangan yang lebih rendah selagi anda menikmati kestabilan dan kecairan, melaburkan wang anda dalam dana pasaran wang (MMF, money market fund) boleh dijadikan satu penyelesaian untuk anda. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan apa itu dana pasaran wang dan cara ia berfungsi, sebelum melihat bagaimana ia terlihat menarik di mata para pelabur.

Takrifan

Dana pasaran wang adalah dana bersama (mutual fund) berisiko rendah yang mengumpul wang pelabur dan menggunakannya untuk menyimpan tunai serta melabur dalam instrumen tertentu, seperti setara tunai (cash equivalents) dan sekuriti hutang jangka pendek. Instrumen-instrumen ini boleh berupa sijil deposit (CD), bil perbendaharaan (T-Bills), perjanjian pembelian semula (Repos), dan kertas komersial, antara lain. Ia umumnya digunakan untuk pempelbagaian (diversification) dan menyimpan wang tunai di antara pelaburan lain yang lebih berisiko.

Dana ini direka agar ia dapat menawarkan cara yang mudah, selamat, dan jangka pendek untuk menjadikan wang tunai anda berfungsi untuk anda dengan cara yang terpelbagai, daripada membiarkannya tidak digunakan dalam akaun bank anda. Fungsi mereka adalah untuk memelihara modal anda, menjana pendapatan sederhana melalui faedah, dan membolehkan anda mengakses wang anda bila-bila masa anda memerlukannya.

Takrifan

Bagaimanakah dana pasaran wang berfungsi

Peraturan untuk MMF lebih ketat berbanding dengan dana amanah yang lain. Oleh kerana mereka berfungsi sebagai sejenis pelaburan tunai, mereka dikawal bagi memastikan mereka kekal stabil dan cair. Peraturan dan kualiti kredit juga memastikan wang tunai anda terpelihara dan tidak kehilangan nilai.

MMF membuat pelaburan besar dalam instrumen jangka pendek. Setara tunai (cash equivalents) sangat cair dan boleh ditukar kepada tunai pada bila-bila masa. Ia biasanya matang dalam tempoh tiga bulan atau kurang. Sekuriti hutang jangka pendek kurang cair dan mengambil masa lebih lama untuk matang, biasanya kurang daripada setahun. Ia digunakan untuk pinjaman dan peminjaman jangka pendek dan dianggap berkualiti tinggi kerana risiko ia akan gagal membayar balik sangat rendah. Ini mampu meminimumkan kesan kemeruapan dan memelihara modal anda.

Peraturan kawal selia juga mensyaratkan agar dana ini memegang sekian peratusan tertentu aset cair yang boleh ditebus setiap hari, seperti wang tunai, dan sekian peratusan tertentu dalam instrumen yang boleh menyediakan kecairan mingguan. Dana-dana ini perlu mengekalkan tahap kecairan tertentu supaya mempunyai wang tunai untuk dikembalikan kepada pelabur yang ingin mengeluarkan wang mereka dari dana untuk digunakan di tempat lain. Anda biasanya boleh mengeluarkan wang anda pada hari yang sama atau keesokan harinya, bergantung pada dana.

Tidak seperti dana amanah lain, MMF direka untuk meniru akaun tunai dengan memastikan harga saham atau nilai aset bersih (NAV) mereka kekal stabil pada kadar $1.

Mereka menggunakan teknik perakaunan khas untuk mencapai ini. Pendapatan yang pelabur raih daripada dana itu, justeru, datang dalam bentuk dividen.

Setiap hari, dana akan menambah faedah yang anda peroleh ke dalam baki anda. Pada penghujung setiap bulan, anda boleh sama ada melaburkan semula dividen faedah itu ke dalam lebih banyak saham atau memilih untuk menerima pembayaran tunai secara langsung. Kos dan fi yang berkaitan dengan pengurusan dana sudah diambil kira apabila anda menerima hasil atau membeli atau menjual saham, jadi apa yang anda lihat itulah yang anda akan dapat.

Jenis-jenis dana pasaran wang

Dana pasaran wang dikawal selia secara berbeza bergantung pada wilayah ia beroperasi, tetapi secara amnya, terdapat empat jenis yang utama.

  • MMF kerajaan, seperti yang tertera pada namanya, ia melabur dalam hutang kerajaan dan perjanjian pembelian semula yang disokong oleh sekuriti kerajaan, selain turut memegang tunai. Ini adalah dana yang berisiko sangat rendah dan sesuai untuk pelabur yang lebih konservatif yang mencari kestabilan dan kecairan.

  • MMF kredit jangka pendek, atau MMF perdana, melabur dalam sekuriti bukan kerajaan seperti hutang bank dan hutang korporat, sebagai tambahan kepada sekuriti kerajaan dan turut memegang wang tunai. Dana-dana ini sedikit lebih berisiko tetapi menawarkan pulangan yang lebih tinggi.

  • MMF perbandaran melabur dalam bon perbandaran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan tempatan. Dana-dana ini biasanya menawarkan manfaat cukai kepada pelabur kerana perolehan mereka sering dikecualikan daripada cukai persekutuan dan negeri.

  • MMF standard memberi tumpuan pada matlamat menjana hasil yang lebih tinggi. Ia melakukannya dengan mengikat modal pelabur lebih lama daripada dana lain (biasanya dengan tempoh pelaburan minimum tiga bulan), berkecairan yang lebih rendah, dan mempunyai kualiti kredit yang lebih rendah. Ini juga bermakna ia lebih berisiko berbanding jenis lain.

Kelebihan dana pasaran wang

Akaun bank, deposit tetap (FD), dan sijil deposit (CD) juga membenarkan anda menjana faedah daripada tunai, dan ia dijamin, jadi mengapa tidak melabur dalam salah satu daripadanya sahaja? Berikut beberapa sebab untuk melabur dalam MMF:

Kepelbagaian

MMF melabur dalam pelbagai instrumen, termasuk FD dan CD, jadi anda akan menerima lebih banyak nilai untuk wang anda. Kepelbagaian yang ia tawarkan adalah dari jenis yang anda takkan dapat akses jika anda meletakkan wang tunai anda dalam akaun simpanan biasa. Anda juga menghindari keterdedahan yang berlebihan atau menumpukan terlalu banyak wang anda dalam satu bank sahaja, kerana pelaburan dana seperti ini terpencar merentasi beberapa penerbit.

Berisiko rendah

Ia jauh lebih selamat daripada melabur dalam saham, bon, atau dana amanah yang melabur dalam aset-aset seperti tersebut. Ia memang direka agar menjadi seperti ini dan dikawal agar tetap begitu.

Kemudahan pengoperasian

Mudah melabur dengannya: anda hanya perlu membeli atau menjual saham dana tersebut, dan selebihnya diuruskan bagi pihak anda. Anda boleh mencapai kepelbagaian dengan satu satu saham sahaja. Melakukannya sendiri jauh lebih rumit dan memakan masa kerana anda perlu terus melaburkan semula wang anda selepas mencapai tempoh matang jangka pendek. Dengan MMF, wang anda terus dilaburkan berulang-ulang kali selagi anda memiliki saham tersebut.

Hasilnya lebih tinggi

Terima kasih kepada "fund pooling", anda boleh mengakses kepada beberapa sekuriti tertentu dengan modal yang sedikit. Pulangan anda berkadar langsung dengan jumlah yang anda laburkan. Oleh kerana dana dikendalikan secara aktif dan melabur dalam posisi jangka pendek, dana tersebut cenderung menjana perolehan yang lebih tinggi berbanding deposit atau akaun simpanan. Menyimpan wang tunai anda dalam MMF adalah seperti menyimpan wang tunai anda dengan kuasa turbo.

Kecairan

Tidak seperti akaun bank tradisional yang membayar faedah, MMF tidak mempunyai tempoh penguncian, yang bermaksud mereka tidak akan mengenakan penalti jika anda mengambil balik wang anda sebelum tarikh tertentu. Anda boleh menebus pelaburan awal anda begitu sahaja, bersama dengan apa sahaja faedah yang telah dihasilkan oleh dana dalam tempoh tersebut. Kecairan ini menjadikan Dana Pasaran Wang (MMF) lebih menarik dan memberi pelabur kebebasan yang lebih besar.

Keterbatasan dana pasaran wang

Walaupun MMF mempunyai kelebihan, ia juga mempunyai keterbatasannya yang tersendiri.

Tiada jaminan atau insurans

Tiada jaminan sama sekali bahawa MMF akan menjana sebarang faedah untuk anda, dan anda berisiko kehilangan pelaburan anda jika dana jatuh bankrap. Wang anda tidak dilindungi seperti dengan akaun deposit atau simpanan yang diinsuranskan oleh FDIC. Sekali lagi, ganjaran yang lebih besar datang dengan risiko yang lebih tinggi.

Pulangan yang rendah

Walaupun MMF akan menjana lebih banyak wang berbanding memegang wang tunai atau meletakkannya dalam akaun simpanan, pulangannya masih sangat rendah berbanding dana amanah atau pelaburan yang lain. Jika kadar faedah diturunkan, dana tersebut juga akan menghasilkan pulangan yang lebih rendah. Sesetengah dana mungkin lebih bersedia untuk menimbal perubahan kadar faedah berbanding yang lain.

Kadar faedah yang rendah

Jika kadar faedah lebih rendah daripada inflasi, menyimpan wang anda dalam dana tersebut bererti anda kehilangan wang. Jumlah yang anda terima menerusi faedah terlalu rendah untuk mengatasi inflasi, oleh itu kuasa beli anda menurun. Anda boleh mengatakan bahawa sebarang amaun faedah adalah lebih baik daripada tiada faedah langsung, tetapi anda juga boleh kerah wang anda untuk berkerja lebih keras di tempat lain. Kebanyakan dana cenderung mengatasi inflasi, dan walaupun inflasi meningkat terlalu tinggi, kadar disesuaikan dan inflasi akhirnya turun kembali, jadi ia tidak berlangsung terlalu lama.

Risiko kredit

Jika ada bank yang meminjam wang dari dana itu mengalami kebankrapan, ia tidak dapat membayar balik kepada dana tersebut, dan para pelabur boleh kehilangan wang mereka. MMF cenderung melabur hanya dalam bank-bank terbesar dan paling kukuh serta boleh dipercayai, jadi walaupun ia masih lagi satu kebarangkalian yang berpotensi terjadi, kes kehilangan wang seperti ini sangat jarang berlaku.

Tekanan pasaran

Dalam kes yang sangat jarang berlaku, apabila pasaran mengalami tekanan yang hebat, harga NAV boleh "break the buck" dan jatuh di bawah $1. MMF dikawal selia dengan ketat untuk mengelakkan perkara ini, tetapi ia tetap satu kemungkinan yang jarang berlaku. Semasa krisis kewangan, dana juga boleh mengenakan yuran untuk mengehadkan penebusan. Jika keadaan menjadi sangat teruk, dana juga boleh menyekat pelabur daripada menebus wang mereka sepenuhnya sehingga keadaan reda. IIni dipanggil “redemption gate” ("pintu penebusan").

Rangkuman

Sentiasa lakukan penyelidikan dan baca mengenai dana yang anda ingin curahkan pelaburan anda, kerana sesetengah dana lebih bersedia untuk menghadapi kemeruapan pasaran, peristiwa geopolitik, kadar faedah yang diturunkan, dan ketidakpastian umum. MMF akan mempunyai prospektus dalam talian di laman web mereka yang memperincikan strategi, aset, prestasi, yuran, dan maklumat penting lain, membolehkan anda membuat keputusan secara bermaklumat. Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini di laman web SEC.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.