FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Apa itu Kitaran Pasaran Dan Bagaimana Trader Menggunakannya?

Apa itu Kitaran Pasaran Dan Bagaimana Trader Menggunakannya?

Di pasaran kewangan, tempoh penurunan dan pertumbuhan silih berganti satu selepas yang lain. Pasaran tersebut bukan sahaja berkait rapat dengan ekonomi, tetapi juga dengan psikologi pelabur. Ramai pelabur cuba menganalisis kitaran pasaran untuk memperoleh lebih banyak keuntungan. Mari kita lihat maksud di sebalik hal ini.

Apakah itu kitaran pasaran?

Kitaran pasaran adalah pola atau trend yang cenderung terbentuk dari masa ke masa dalam pelbagai pasaran. Ia mewakili tempoh masa antara dua titik harga minimum atau maksimum. Lazimnya, kitaran pasaran baharu muncul apabila trend terbentuk dalam sektor atau industri tertentu disebabkan oleh inovasi, produk baharu, atau perubahan kawal selia.

Tempoh setiap kitaran pasaran boleh berubah-ubah dari beberapa minit hingga beberapa tahun lamanya, bergantung pada pasaran. Terdapat pelbagai aspek kitaran: contohnya, pedagang intrahari memberi tumpuan pada selang 15-60 minit, manakala pelabur hartanah menganalisis tempoh sehingga 20 tahun.

Memahami Kitaran Pasaran

Kitaran dalam pasaran wujud terutamanya kerana adanya kitaran dalam ekonomi.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sebab-sebab lain. Kitaran ekonomi bukan sahaja mempengaruhi keuntungan syarikat, malah turut mempengaruhi pemikiran psikologi para pelabur. Mereka jarang berpegang pada pendirian yang rasional dan stabil. Apabila pasaran menaik, pelabur bersikap optimistik dan sanggup mengambil risiko. Mereka membeli saham, dan harga meningkat. Namun, mood boleh berubah, lalu pelabur mula menjual dan hal ini menyebabkan kejatuhan harga sekuriti.

Fasa-fasa Kitaran Pasaran

Terdapat empat fasa dalam setiap kitaran pasaran:

image_1.jpg

Fasa Pengumpulan (Accumulation Phase)

Ini adalah fasa pertama kitaran pasaran. Pengumpulan bermula selepas pasaran mencapai titik terendah dalam kitaran sebelumnya. Apabila permintaan meningkat, harga tidak boleh membentuk paras terendah baharu lagi. Akibatnya, trend menurun mula kehilangan momentumnya. Pasaran menjadi bullish.

Fasa Kenaikan (Mark-Up Phase)

Dalam fasa kenaikan, pasaran mula mengukuh (consolidate). Harga mula meningkat dan pasaran menarik sejumlah besar pembeli yang ingin menyertai trend menaik baharu pada peringkat awal. Trend harga yang bullish mendorong harga naik ke paras tertinggi baharu. Pembeli kali pertama mengambil peluang daripada harga tertinggi untuk meraih keuntungan daripada pelaburan awal mereka. Trader juga mengambil peluang daripada trend menaik pada masa ini.

Fasa Pengagihan (Distribution Area)

Dalam fasa pengagihan, berlaku gelombang jualan dalam pasaran. Namun begitu, harga kekal stabil untuk tempoh yang agak lama. Keadaan ini disebabkan oleh agihan pembeli dan penjual yang seimbang dalam pasaran. Sentimen bullish pada peringkat kenaikan semakin surut, dan tiada paras tertinggi baharu yang muncul. Pelabur yang belum memasuki pasaran akan ketinggalan. Ini adalah masa yang sesuai untuk pelabur menjual aset kerana harga telah memuncak.

Fasa Penurunan (Mark-Down Phase)

Ini adalah fasa terakhir dalam kitaran pasaran. Dalam fasa ini, pelabur besar mula menjual pelaburan mereka untuk mengunci keuntungan. Peserta lain segera mengikuti mereka. Apabila harga jatuh dalam trend menurun, sentimen pasaran menjadi lebih bearish. Pelabur yang memasuki pasaran apabila harga berada di kemuncak akan mengekalkan pelaburan mereka dengan harapan harga akan naik. Malangnya, harga terus menurun. Ini memberikan petanda yang membantu para pelabur menentukan sekiranya trend menurun sudah tiba di penghujung, mewajarkan mereka membuat pembelian baharu. Apabila keadaan itu berlaku, fasa pengumpulan bermula dan satu kitaran pasaran baharu terbentuk.

Jenis-jenis kitaran pasaran

Terdapat beberapa jenis kitaran pasaran yang berbeza. Mari kita pertimbangkan beberapa jenis kitaran yang utama: universal (kitaran pasaran Wyckoff), pasaran Wall Street, pasaran Forex, dan kitaran pasaran perumahan.

Kitaran pasaran Wyckoff

image_2.jpg

Terdapat empat peringkat kitaran pasaran Wyckoff: pengumpulan (accumulation), kenaikan (mark-up), pengagihan (distribution), penurunan (mark-down)

image_3.jpg

Kitaran pasaran Wyckoff adalah berdasarkan pemerhatian terhadap harga, detik-detik penting dalam perkembangan trend, serta tempoh pengumpulan dan pengagihan. Walaupun kaedah Wyckoff pada asalnya hanya tertumpu pada saham, kini ia digunakan untuk semua jenis pasaran kewangan.

Kitaran pasaran Wyckoff terdiri daripada empat fasa utama: pengumpulan, kenaikan, pengagihan, dan penurunan.

  1. Fasa pengumpulan menentukan julat trading. Golongan yang digelar penggerak pasaran (market makers) mengumpul aset sebelum kebanyakan pelabur lain melakukannya. Fasa ini biasanya boleh dikenal pasti dengan pergerakan yang mendatar. Pengumpulan berlaku secara beransur-ansur untuk mengelakkan perubahan harga yang ketara.

  2. Dalam fasa kenaikan, pasaran mula menunjukkan pertumbuhan menaik. Trend terbentuk, yang secara beransur-ansur menarik lebih ramai pelabur baharu, dan seterusnya membawa kepada peningkatan permintaan. Apabila pasaran bergerak ke atas, pelabur lain terdorong untuk memasuki pasaran dan membeli aset. Akibatnya, keterujaan tersebut mempengaruhi lebih ramai orang untuk turut mengambil bahagian. Dalam tempoh sedemikian, permintaan jauh lebih tinggi daripada bekalan.

  3. Kemudian berlakulah fasa pengagihan bagi aset yang dibeli. Penjual menjual posisi mereka yang menguntungkan kepada mereka yang memasuki pasaran pada peringkat akhir. Satu petua yang boleh dikongsikan di sini, fasa pengagihan boleh dikenal pasti dengan pergerakan mendatar yang menyerap permintaan sehingga habis.

  4. Fasa terakhir pergerakan harga dalam kaedah Wyckoff ialah penurunan harga. Pada peringkat ini, bekalan mendominasi dan harga turun hampir tanpa henti. Dengan kata lain, selepas sebahagian besar saham dijual, pasaran mula bergerak ke bawah. Akhirnya, bekalan menjadi jauh lebih besar daripada permintaan, dan trend menurun pun berlaku.

Kitaran Pasaran Forex

Terdapat banyak jenis kitaran forex, dan jenis serta ciri mereka tidak terhad kepada mana-mana satu parameter atau rangka masa. Mari kita lihat salah satu kitaran pengetatan dan pelonggaran forex yang paling lazim, yang merangkumi empat fasa: pengembangan (expansion), puncak, kemelesetan (recession) atau penguncupan (contraction) dan lembah (trough).

image_4.jpg

Peringkat pertama kitaran ialah pengembangan. Semasa fasa ini, pasaran memulih daripada titik terendah sebelumnya. Minat peserta pasaran terhadap aset meningkat. Kemudian mereka mula bertindak: mereka membeli pada trend menaik atau menjual pada trend menurun. Semakin aktif peserta bertindak, semakin cepat trend berkembang.

Seterusnya ialah fasa puncak. Indikator ekonomi seperti volum pengeluaran dan jualan, penggajian pekerja, dan lain-lain berada pada tahap tertinggi dan tidak lagi berkembang. Pada fasa ini, trend mula kehilangan momentum, dan pertumbuhannya atau penurunannya mula memperlahan dan akhirnya berhenti.

Kemudian berlakulah kemelesetan. Saham sudah mula jatuh, dan komoditi juga mula menurun kerana pasaran menjangkakan permintaan akan merosot, kesan daripada ekonomi yang semakin melemah. Pada peringkat ini, pelabur menutup urus niaga mereka.

Peringkat akhir kitaran trend ialah lembah. Keunikan tahap ini adalah pasaran yang boleh dikatakan tenang dan turun naik harga yang tidak lagi ketara. Dalam tempoh ini, pasaran mengumpul kekuatannya dan harga mengukuh selepas melalui fasa kemelesetan. Keadaan ekonomi tidak lagi merosot, tetapi ekonomi masih belum memasuki fasa pengembangan.

Kitaran Pasaran Wall Street

Kitaran pasaran Wall Street adalah serupa dengan kitaran Wyckoff. Ia juga berdasarkan fasa pengumpulan, kenaikan, fasa pengagihan, dan penurunan.

Terdapat empat peringkat emosi dalam kitaran pasaran Wall Street pada carta: stealth, awareness, mania, dan blow-off.

image_5.jpg

Fasa pertama serupa dengan fasa pengumpulan dalam kitaran Wyckoff dan dikenali sebagai fasa stealth. Pada peringkat ini, harga meningkat perlahan-lahan dan penggerak pasaran mengenal pasti peluang pembelian terbaik.

Fasa kedua ialah awareness. Harga mula meningkat semula, tetapi pelabur tetap berwaspada. Jika mereka memutuskan untuk memasuki pasaran sekali lagi, mereka akan berhati-hati.

Di kemuncak kitaran pasaran ialah mania, iaitu titik risiko kewangan yang maksimum. Pada ketika ini, pelabur percaya bahawa semuanya akan berjalan lancar tanpa sebarang risiko. Oleh itu, kitaran kendiri terbentuk: semakin ramai pelabur memasuki pasaran dengan harapan untuk membuat keuntungan yang luar biasa, yang membawa kepada kenaikan harga yang lebih tinggi, dan permodalan mencecah paras yang menakjubkan.

Kemudian gelembung pecah dan pasaran memasuki fasa blow-off. Apabila trend bullish digantikan oleh trend bearish, pelabur kehilangan harapan dan mula panik. Mereka tidak lagi yakin dengan tindakan mereka dan cuba untuk meminimumkan kerugian mereka. Sesetengah daripada mereka akhirnya hilang semangat dan tidak lagi percaya bahawa pasaran akan pulih.

Kitaran Pasaran Perumahan

Pasaran hartanah cenderung bersifat kitaran kerana bekalan sering kali tidak dapat memenuhi permintaan yang berubah dengan cepat. Kitaran terdiri daripada empat fasa utama: pemulihan, pengembangan, bekalan berlebihan, dan kemelesetan.

image_6.jpg

Pemulihan ialah keadaan pasaran yang mula pulih selepas kemelesetan. Bilangan transaksi secara beransur-ansur meningkat dan hartanah yang tidak dituntut berkurangan: permintaan mula menyerap lebihan ruang yang dicipta semasa fasa pengembangan.

Pengembangan didorong oleh pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kuasa membeli penduduk. Kitaran pasaran memasuki fasa ini apabila tahap hartanah yang tidak dituntut turun ke paras minimum dan sebaliknya, minat pembeli semakin meningkat. Pada masa ini, pelabur mula melabur secara aktif dalam pembinaan kemudahan baru untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

Pada satu tahap, pelabur mula mengabaikan kos tanah atau projek yang semakin melambung, kerana mereka percaya kenaikan harga dan kadar sewa akan menampung semula kos tersebut. Ketika itulah harga hartanah di pasaran mula melebihi kuasa beli sebenar penduduk dan perniagaan dengan ketara, dan bilangan transaksi mula menurun. Pada masa yang sama, projek pembinaan yang dimulakan semasa tempoh pengembangan tidak boleh dihentikan serta-merta, dan pasaran menjadi terlalu tepu, sekali gus menyebabkan pembentukan gelembung.

Kemelesetan muncul dalam penurunan harga dan kadar sewa, yang dipengaruhi bukan sahaja oleh permintaan yang berkurangan, tetapi juga oleh pertambahan jumlah hartanah yang tidak dituntut. Semasa kemelesetan, pelabur membekukan projek baharu dan kadar pembinaan akan jatuh.

Kesimpulan

Memahami kitaran pasaran yang berulang-ulang adalah kemahiran yang wajib dipunyai oleh mana-mana trader. Pakar dalam analisis kitaran percaya bahawa hanya dengan bantuan kitaran, arah pergerakan pasaran dapat diramal dengan lebih awal. Sama ada benar atau tidak, satu perkara yang pasti: kecekapan dalam meramalkan pasaran boleh dipertingkatkan melalui analisis kitaran.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.