
Sumber: tradingeconomics
Bukan itu sahaja yang berlaku pada dekad 1970-an. Perjanjian Bretton Woods telah menambat USD kepada emas dan ia memainkan peranan yang penting dalam pemulihan ekonomi pasca Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, sistem ini mula goyah pada akhir 1960-an disebabkan oleh peningkatan kesenjangan ekonomi global dan ketidakupayaan AS untuk mengekalkan kadar pertukaran yang malar antara dolar dan emas. Pada tahun 1971, AS telah memansuhkan standard emas dan sistem Bretton Woods runtuh berikutan tindakan itu. Penamatan perjanjian tersebut telah menyebabkan harga minyak meroket naik, justeru menjadikan Emas Hitam pelaburan yang terbaik dalam dekad tersebut.

Sumber: Bloomberg, data setakat 31 Oktober 2021
Salah satu idea pelaburan terhebat pada abad yang lepas ialah kemunculan industri teknologi. Banyak syarikat teknologi, seperti Apple, Microsoft dan Amazon, telah berkembang menjadi beberapa syarikat yang terbesar dan paling menguntungkan di dunia. Melabur dalam syarikat-syarikat ini lebih awal, semasa fasa pertumbuhan mereka, menghasilkan pulangan yang besar bagi para pelabur.
Tahun 1980-an: kebangkitan dan kejatuhan Jepun
Pasaran saham Jepun mengalami kenaikan dan kejatuhan yang ketara pada dekad 1980-an, dengan peristiwa yang paling dramatik berlaku pada penghujung dekad tersebut. Pada akhir 1980-an, pasaran saham Jepun mengalami perkembangan pesat yang dikenali sebagai “ekonomi gelembung,” yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi dan spekulasi. Pada masa ini, harga saham melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah dan nilai hartanah serta aset lain juga meningkat secara mendadak.
Walau bagaimanapun, gelembung ini akhirnya pecah dan membawa kepada penurunan mendadak harga saham dan kemelesetan dalam ekonomi Jepun. Kejatuhan pasaran saham pada tahun 1990 telah menghapuskan kekayaan bernilai berbilion dolar dan menyebabkan banyak syarikat muflis. Walaupun ada usaha untuk merangsang ekonomi, pasaran saham tidak pulih, dan indeks Nikkei 225 (JP225) masih lebih rendah berbanding situasinya pada dekad 1980-an.

Sumber: FRED
Dekad 1990-an: era sebelum gelembung dot-com
Internet muncul entah dari mana, mencetus hype yang melambung nama syarikat-syarikat internet, yang dikenali oleh orang ramai sebagai "syarikat dot-com." Pelabur mula menilai terlalu tinggi mana-mana syarikat yang terkait dengan internet, dan dunia mula berfikir syarikat internet akan terus berkembang pesat dan tidak pernah berhenti. Didorong oleh beberapa faktor lain, termasuk ekonomi yang kukuh dan kadar faedah yang rendah, menjelang akhir 1990-an, satu gelembung telah terbentuk.
Walau bagaimanapun, gelembung ini akhirnya pecah dan membawa kepada penurunan mendadak harga saham dan kemelesetan ekonomi. Sesetengah syarikat, seperti AT&T, gagal pulih sepenuhnya sehingga sekarang. Yang lain, seperti Amazon, memerlukan hampir sepuluh tahun untuk mencapai paras tertinggi mereka sebelum ini. Secara purata, indeks US100 (NASDAQ) kehilangan 83% daripada nilai pasarannya. Walau bagaimanapun, indeks itu telah meningkat hampir 3000% sepanjang dekad ini.

Sumber: tradingview
Pasaran baharu pada dekad 2000-an
Seperti yang anda boleh lihat, terlebih nilai (overvaluation) adalah masalah biasa yang sentiasa mengekori pasaran hampir pada setiap dekad, yang membawa kepada risiko yang tinggi dan kerugian yang besar. Sejarah berulang, dan pada tahun 2000-an, kita menyaksikan satu lagi penilaian berlebihan. Kali ini, pasaran baru muncul menjadi tumpuan.
Aliran besar pelaburan asing pergi ke negara-negara membangun dengan risiko dan ganjaran yang lebih tinggi.