Walaupun perkataan slanga trading biasanya dianggap tidak profesional atau konvensional, ia masih digunakan secara meluas oleh trader di seluruh dunia. Sambil anda melangkah lebih jauh dalam usaha trading anda, anda harus turut memperkayakan perbendaharaan kata trading anda, supaya anda boleh berkomunikasi seperti seorang profesional.
Tiada kata seindah bahasa
Skop aktiviti manusia amat pelbagai. Terdapat banyak bidang di mana kita menggunakan kebolehan intelektual dan fizikal kita. Selalunya, suatu bidang pekerjaan memerlukan banyak kata-kata khususnya sendiri – jargon. Ini membolehkan mereka yang terlibat berkomunikasi dengan cepat dan berkesan.
Trading tidak terkecuali daripada hal ini. Terdapat banyak idiom dan istilah kewangan yang digunakan oleh para pemain pasaran dengan meluas. Mengetahui terminologi (istilah) pelaburan saham adalah penting bagi sesiapa sahaja yang serius tentang trading.
Di bawah ini, kami sajikan beberapa istilah trading paling popular yang boleh membantu anda bergiat dengan lebih baik dalam trading sehari-hari.
Slanga dari pelbagai sumber
Dari mana datangnya idiom kewangan? Jawapan ringkasnya, dari mana-mana sahaja. Kami tidak membesar-besarkan hal ini. Seperti yang anda akan lihat, istilah-istilah ini diilhamkan oleh pelbagai sumber: alam semula jadi, geografi, stereotaip budaya, angkasa, sejarah, budaya pop, dan juga cerita dongeng. Sesetengah daripadanya mungkin kelihatan janggal atau benar-benar pelik, tetapi sebaik sahaja anda mengetahui makna dan konteksnya, anda akan dapati ia sebenarnya munasabah.
Welcome to the jungle!
Pasaran adakalanya menakutkan dan kejam, sama seperti hutan belantara yang penuh dengan pemangsa yang tak kenal lelah. Itulah sebabnya istilah pelaburan mempunyai begitu banyak istilah haiwan — lembu jantan, beruang, helang, merpati, dan sebagainya. Lazimnya, istilah trading yang berkaitan dengan haiwan merujuk pada pelbagai tingkah laku di pasaran.
Sebagai contoh, trader yang bear (beruang) adalah trader yang pesimis, manakala bull (lembu jantan) melihat pasaran dengan wawasan yang lebih positif. Pendekatan yang sama juga terpakai untuk suasana di pasaran: pasaran dikatakan bearish jika ia dilihat dengan perspektif yang negatif dan pasaran dikatakan bullish jika trend sedang menaik.
Tentang hubungan
Lumrah alam ini, kebanyakan makhluk diciptakan berpasangan. Ini 100% benar untuk pasaran Forex, di mana matawang wujud secara berpasangan dan membuat anda cemas apabila nilainya berubah. Justeru, munsabahlah jika para trader mempunyai nama panggilan khas untuk pasangan-pasangan matawang paling utama di dunia.
Berikut nama-nama yang anda mungkin akan temui apabila anda trade pasangan Forex:
Aussie (Ozzie) dan Matie untuk AUDUSD.
Kabel untuk GBPUSD.
Barney untuk USDRUB.
Betty untuk EURRUB.
Loonie untuk USDCAD.
Ninja untuk USDJPY.
Swissy untuk USDCHF (Swiss franc).
Walaupun bukan istilah pasangan matawang, Kiwi adalah nama yang sering disebut oleh trader apabila merujuk tentang dolar New Zealand.
Meroket ke bulan
Sekarang sudah tiba masanya kita mengetahui kata-kata khusus yang digunakan oleh trader untuk menggambarkan pelbagai pergerakan pasaran. Terdapat sekurang-kurangnya lima frasa yang akan banyak anda dengar semasa trading.
To the moon atau mooning menjelaskan tentang lonjakan harga suatu aset (spike) yang sangat mendadak dan mengejutkan.
Tanking pula adalah situasi yang sebaliknya. Istilah ini digunakan apabila harga menjunam dengan mendadak dan sangat dalam. Ia bukan sesuatu yang ingin disaksikan oleh mana-mana pelabur, tetapi perkara ini berlaku.
Short squeeze terjadi apabila ramai orang bertaruh melawan (short) suatu saham, tetapi kemudian harganya tiba-tiba naik tinggi mencanak-canak. Dalam kes ini, "short sellers" cuba menutup posisi mereka secepat mungkin.
Long squeeze adalah situasi bilamana harga aset tiba-tiba jatuh, mendorong "long holders" menjual aset mereka untuk mengelakkan kerugian.
Akhir sekali, trader boleh jigged out bahana kesilapan mereka membaca pergerakan pasaran. Ertinya di sini, trader meninggalkan pasaran sejurus sebelum pasaran bertukar menjadi positif secara tiba-tiba.