FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

09 Jun 2025

Strategi

Trading Saham Yang Menguntungkan: Panduan Untuk Yang Masih Was-was

Trading Saham Yang Menguntungkan: Panduan Untuk Yang Masih Was-was

Semua orang di sekeliling anda bercakap tentang pelaburan dan perdagangan saham, dan anda masih tidak pasti sama ada anda perlu melakukannya? Anda belum menemui broker yang betul, itu sahaja! FBS ada semua prasarana untuk memudahkan kemasukan trader pemula ke dalam dunia saham, dan memberikan mereka keuntungan yang stabil. Dan semuanya ada di satu tempat.

Memilih strategi

Tanpa strategi, trading menjadi permainan nasib yang mengejar adrenalin, bukan keuntungan. Kepentingan strategi trading bukanlah suatu yang remeh.

Trading di pasaran saham melibatkan risiko yang tinggi. Tugas nombor satu bagi setiap trader adalah melindungi modal mereka. Strategi kerja adalah penting — ia terdiri daripada satu set matlamat, kaedah-kaedah untuk mencapainya, dan alatan yang digunakan.

Mana-mana strategi hendaklah berdasarkan penyelidikan analisis pasaran, peraturan pembukaan dan penutupan urusniaga, syarat-syarat mengekalkan posisi, prinsip risiko, dan pengurusan modal. Untuk mendalami topik ini, anda boleh mengkaji statistik dan harga saham pada waktu pagi dan mengikuti carta pada siang hari.

Satu lagi rutin utama trading dengan bermaklumat adalah mengikuti acara dan peristiwa ekonomi & politik utama yang mempengaruhi pasaran global dan saham-saham yang didagangkan; untuk berbuat demikian, anda boleh mengikuti kalendar ekonomi dalam seksyen Lagi aplikasi FBS.

Kalendar ekonomi adalah alat yang menyediakan maklumat terkini tentang acara dan pengumuman penting ekonomi yang memberi kesan kepada pasaran kewangan dan boleh digunakan sebagai indikator ekonomi.

Kalendar ekonomi adalah penting untuk melakukan analisis fundamental dan membantu trader menjangkakan pergerakan pasaran, mengurus risiko, dan merebut peluang. Dengan alat ini, trader boleh sentiasa mengetahui acara-acara yang mempengaruhi pasaran dan membuat keputusan trading dengan lebih bermaklumat. Kalendar ekonomi menunjukkan tarikh dan masa pengumuman indikator, matawang yang terkesan, dan tahap impak setiap indikator. Kebanyakan indikator mempunyai nilai berangka, dinyatakan sebagai peratusan atau nilai matawang yang mencerminkan potensi kesan positif atau negatifnya.

MDP-8074_1_1200x675_MS.png

Mencari strategi anda sendiri adalah cabaran peribadi bagi setiap pedagang. Jangan terlepas pandang alat yang boleh memudahkan tugas anda, seperti webinar pendidikan daripada pakar FBS terkemuka dan Akademi FBS, di mana kami menyediakan bahan pendidikan komprehensif yang penuh dengan buah pandangan berharga untuk trader dari semua peringkat.

Apa yang anda boleh temui di Akademi FBS

  • Seminar yang membantu anda meneroka acara-acara terdahulu yang dianjurkan oleh partner FBS, di mana trader — pemula dan profesional — boleh mempelajari kemahiran dan pengetahuan penting untuk berjaya di pasaran.

  • Tutorial trading yang menawarkan konsep-konsep trading yang dibentangkan dalam format yang menarik, termasuk video pendek dan pelajaran berasaskan teks. Kandungan kami merangkumi semua topik, daripada menggunakan platform MetaTrader 5 dan memahami asas forex, hingga membuat urusniaga pertama anda. Pelajaran dalam bentuk teks mengupas tentang analisis asas dan teknikal, pengurusan risiko, dan prinsip-prinsip penting dalam trading yang berguna untuk semua trader.

  • Blog Trader — seksyen dalam laman web kami yang paling pesat berkembang-menampilkan artikel baharu setiap minggu mengenai strategi trading, gaya hidup trader, tinjauan pasaran, dan psikologi trading. Kami terus menerus menambah baik blog ini dengan kandungan interaktif serta bahan-bahan yang baru dan relevan untuk memperelokkan lagi pengalaman pengguna.

Pembelajaran untuk semua peringkat

Akademi FBS menawarkan kursus pengenalan untuk pemula yang benar-benar masih hijau dan bahan yang mendalam untuk trader yang berpengalaman.

  • Kursus pemula: Kursus ini membimbing trader baharu bermula dari asas-asas Forex hingga urusniaga pertama mereka, dan keuntungan pertama mereka.

  • Kursus lanjutan: Direka untuk trader yang lebih berpengalaman, kursus ini memberikan pandangan yang mendalam tentang topik seperti analisis candlestick Jepun, perdagangan matawang kripto, dan perdagangan algoritma.

Memilih saham untuk didagangkan

Pertama sekali, pilih industri yang ingin anda sasarkan pelaburan anda: IT, kewangan, minyak dan gas, dll. Jika anda sudah pun merampai portfolio pelaburan, lebih baik memilih beberapa sektor berbanding berharap pada hanya satu. Dengan cara itu anda boleh melindungi pelaburan anda jika ada sesuatu yang tidak kena dalam mana-mana satu sektor. Seterusnya, anda perlu menilai banyak syarikat berdasarkan pelbagai kriteria berbeza dan memilih syarikat yang menunjukkan potensi yang lebih baik dan lebih sesuai dengan matlamat anda.

Daripada menilai sendiri syarikat berdasarkan banyak parameter, dapatkan penilaian pasaran profesional. Pakar kewangan FBS akan membantu anda memilih saham terbaik untuk didagangkan bulan ini, berdasarkan analisis dinamik saham yang menyeluruh.

Mula trading

Seterusnya, anda memerlukan platform perdagangan yang akan menjadi perantara anda untuk mengakses bursa dan membimbing anda membuat keputusan jual beli anda sendiri.

MDP-8074_2_1200x675_MS.png

FBS memudahkan anda mencapai matlamat trading anda menerusi aplikasi semua dalam satu.

Aplikasi FBS membolehkan anda mendeposit, mengeluarkan, menguruskan akaun, menganalisis carta dan statistik perdagangan, trade 550+ instrumen, dan banyak lagi. Antaramukanya yang mesra pengguna sesuai untuk trader baru dan berpengalaman. Aplikasi perdagangan Forex kami menawarkan carta masa nyata, pelaksanaan urusniaga yang pantas, pengurusan baki, dan analisis yang komprehensif. Ia tersedia untuk peranti Android dan iOS. Dengan aplikasi FBS, anda boleh berurusniaga pada kedua-dua akaun demo dan akaun sebenar.

Inilah yang menjadikan aplikasi FBS sebagai teman terbaik untuk perjalanan trading anda:

  • Carta yang tepat: Anda boleh menganalisis trend pasaran dan pergerakan harga dengan carta yang mudah digunakan yang disediakan oleh TradingView, menguruskan pesanan anda, dan memasuki pasaran di mana sahaja, pada bila-bila masa.

  • Khidmat pelanggan 24/7: Dapatkan jawapan dalam masa kurang daripada seminit, terus dalam aplikasi.

  • Keselamatan data: Anda mendapat perlindungan tambahan daripada penggodaman dan kecurian data dengan penyulitan data dan login yang selamat — anda boleh aktifkan Face/Touch ID untuk iOS dan ID Biometrik untuk peranti Android.

  • Notifikasi FBS: Dengan aplikasi FBS, anda akan menerima analisis & laporan pasaran, promosi, dan notifikasi transaksi di mana sahaja. Kemas kini berkala kami juga akan membantu anda menghindari sebarang kelemahan keselamatan dan memastikan tahap perlindungan tertinggi untuk data pengguna.

Perdagangan saham sangat bergantung pada pedagang itu sendiri: kesediaan anda untuk belajar dan menumpukan banyak masa untuk kerja anda akan membuahkan hasil yang lumayan. Dengan kegigihan, ketekunan, dan, sudah tentu, dengan bantuan FBS, anda seharusnya mampu menjana pendapatan yang stabil.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.