FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

19 Jun 2025

Psikologi

Haiwan Dalam Trading

Haiwan Dalam Trading

Anda mungkin pernah menonton The Wolf of Wall Street yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio sebagai Jordan Belfort. Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa watak utama dirujuk sebagai serigala?

Hampir semua orang pernah mendengar tentang bull dan bear dalam konteks perdagangan dalam pasaran kewangan. Jika anda selami lebih mendalam, anda akan dapati bahawa pasaran dihuni oleh seluruh kerajaan haiwan yang bukan sekadar serigala, lembu jantan dan beruang.

Di pasaran saham, haiwan merujuk kepada ciri-ciri yang menentukan jenis trader dan pelabur, atau menerangkan senario pasaran.

Mari kenali haiwan-haiwan perdagangan pasaran saham.

Lembu jantan (Bull)

Lembu jantan (The bull)

Adakah anda tahu kisah di sebalik Patung Lembu Mengganas di Daerah Kewangan di NYC? Kenapa mesti lembu jantan? Seekor lembu jantan mewakili impian Amerika: Anda berjuang melalui kesukaran untuk berada di atas.

Justeru, trader lembu jantan mewakili persekitaran pasaran yang positif — harga cenderung meningkat, sekali gus meningkatkan pelaburan dan keuntungan trader.

Beruang (The bear)

Lawan bagi lembu jantan ialah beruang.

Untuk memahami trader beruang, anda boleh bayangkan Leonard Hofstadter daripada The Big Bang Theory. Watak utamanya pesimis dan kurang keyakinan diri. Apabila dia bercakap dengan orang yang tidak dikenali atau berasa malu dan janggal, dia sentiasa menundukkan kepalanya. Tetapi apabila tiba masanya untuk menerkam, Leonard berubah seketika menjadi mesin pembunuh.

Inilah trader beruang yang biasa. Trader dengan prospek pasaran negatif dipanggil bear kerana cara beruang menyerang, biasanya dalam gerakan meleret ke bawah. Mereka percaya harga instrumen dagangan akan jatuh dan cenderung untuk menjual, sekali gus menjadikan harga semakin rendah.

Ayam (chicken), biri-biri (sheep) dan arnab (rabbit)

Ayam

Satu lagi haiwan yang mewakili jenis tingkah laku trader ialah ayam. Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila anda mendengar perkataan ‘ayam’? Betul; ayam dikaitkan dengan idiom ‘to chicken out’, yang bermaksud berasa takut dan mengundurkan diri.

Trader ayam dalam pasaran saham panik dan mula menjual secara terburu-buru apabila pasaran merosot. Dari segi peraturan, mereka kehilangan lebih banyak daripada yang mereka perolehi.

Biri-biri (The Sheep)

Walau bagaimanapun, watak filem dan kartun tidak selalunya tepat. Trader sheep ialah contoh terbaik untuk situasi ini. Trader biri-biri bukanlah si biri-biri pemalu yang ternyata menjadi penjahat utama dalam Zootopia. Dengan biri-biri, semuanya sama seperti yang dilihat.

Trader biri-biri sama saja seperti biri-biri sebenar — mereka mengikuti kumpulan, sentiasa ikut majoriti, dan mengikuti pemimpin tanpa mengira kelayakan mereka dalam bidang kewangan.

Trader biri-biri tidak mempunyai strategi perdagangan khusus, mereka bergantung pada petua dan helah daripada orang lain. Tanpa mengira perubahan yang berlaku dalam pasaran saham, mereka hanya mempunyai satu gaya berdagang, yang telah mereka ikuti selama bertahun-tahun.

Untuk menjadikan gaya berdagang anda lebih teratur dan bersedia menghadapi naik turun pasaran, lihat Jalan ke arah perdagangan yang berjaya yang ditulis oleh penganalisis kewangan FBS.

Arnab (The rabbit)

Arnab ialah trader yang terlalu aktif, dengan matlamat adalah untuk jana keuntungan sebanyak mungkin dalam sehari. Trader arnab membeli sekuriti untuk tempoh yang singkat dan mengelakkan risiko jangka panjang. Sebaik saja untung cepat diperoleh, mereka akan terus jual aset mereka.

Penyu (turtle), paus (whale) dan burung unta (ostrich)

Penyu (The turtle)

Berbeza dengan arnab yang terlalu aktif, trader penyu perlahan tapi mantap. Mereka berpegang kepada pulangan jangka panjang dan biasanya menang. Mereka tidak cari untung daripada pergerakan harga jangka pendek.

Mana-mana trader yang tidak mahir boleh diajar untuk berjaya dan mendapat keuntungan daripada perdagangan. Ketahui siapa yang mencipta idea ini dan mencipta istilah “Turtle Trading,“ dalam 20 Inspiring Forex Quotes to Boost Your Trading.

Paus (The whale)

Untuk memahami apakah itu trader paus, bayangkan Nick Fury daripada The Avengers. Seperti ketua S.H.I.E.L.D dan pengasas Avengers, trader paus bersikap tenang dan membuat keputusan dengan teliti. Ia jarang muncul dalam adegan, tetapi dialah yang membuat keputusan besar yang beri kesan mendalam pada situasi

Trader paus boleh menggerakkan pasaran dengan satu dagangan. Pakar pasaran menasihatkan supaya perhatikan perdagangan trader paus – ada peluang untuk mendapat keuntungan apabila mengikut pergerakan paus. Walau bagaimanapun, ini mungkin sukar dilakukan kerana mereka memilih untuk kekal tanpa nama.

Burung unta (The ostrich)

Jika paus menggerakkan pasaran, burung unta pula terkesan dengan pergerakan ini. Kenapa? Sebab mereka lebih suka mengelakkan berita buruk dan berharap semuanya akan jadi lebih baik.

Seperti burung unta membenamkan kepalanya di dalam pasir apabila ia menghadapi bahaya, jadi seorang trader burung unta menutup mata mereka kepada semua signal yang dihantar oleh pasaran kewangan kepada mereka.

Itik lumpuh (lame duck) dan jerung (shark)

Itik lumpuh (The lame duck)

Seekor lagi burung — itik lumpuh. Terdapat kisah menarik di sebalik istilah ini.

Pada asalnya, istilah ini berasal dari London dan bursa saham pertamanya. Ia digunakan apabila pelabur tidak dapat membayar hutang mereka dan keluar dari lorong bursa sambil menyeret kaki.

Kini, istilah ini kebanyakannya digunakan untuk merujuk kepada panggilan margin.

Fakta lucu: terdapat strategi perdagangan Three Ducks yang dibangunkan oleh para profesional untuk berdagang pada purata bergerak. Walaupun perkataan ‘itik‘ ada pada namanya, ia sebenarnya tiada kaitan dengan trader itik lumpuh.

Jerung (The shark)

Jerung biasanya terdiri daripada broker dan dana yang hanya berminat untuk meraih keuntungan. Broker-broker ini sama bahayanya dengan jerung. Jerung biasanya bekerja dalam pasukan dan memancing individu untuk membeli saham yang tidak jelas, menjanjikan keuntungan yang tinggi. Kemudian mereka menaikkan harga dengan berdagang sesama sendiri, menjual saham secara bersar-besaran, dan menghilang begitu saja.

Serigala (wolf)

Serigala (The wolf)

Akhir sekali, kita sampai kepada serigala. Disebabkan oleh filem The Wolf of Wall Street, serigala menjadi haiwan dagangan ketiga yang paling dikenali dalam pasaran saham.

Jika anda pernah menonton filem ini, anda pasti tahu bahawa seperti jerung, haiwan ini mewakili broker, bukannya trader. Mengetahui watak utama dan caranya menjalankan perniagaannya, memang patutlah ia dipanggil serigala. Broker jenis ini berkuasa tetapi tidak beretika. Mereka tidak kisah menjalankan penipuan dan penyelewengan demi meraih lebih banyak keuntungan.

Rangkuman

Setiap haiwan mewakili trader dengan gaya berdagang yang unik. Anda jenis trader yang bagaimana? Ketahui dengan FBS. Pasukan analisis kewangan kami melakukan yang terbaik supaya semua pelanggan berjaya dalam perdagangan tanpa mengira gaya dagangan mereka.

Jika anda seorang pemula, ketepikan kebimbangan anda dan belajar berdagang seperti seorang profesional dengan Tutorial berdagang dan Kursus perdagangan kami untuk pemula. Trader berpengalaman boleh meningkatkan kemahiran perdagangan mereka dengan Analisis Pasaran Harian, sumber hebat yang menyediakan gambaran keseluruhan pasaran, idea perdagangan dan analisis mendalam.

Sama ada anda biri-biri atau lembu jantan, perdagangan anda akan berjaya dengan FBS.

Soalan lazim

Apakah itu lembu jantan (bull) dalam pasaran saham?

Beruang ialah trader positif yang membeli saham dengan harapan harganya akan naik.

Apakah itu beruang (bear) dalam pasaran saham?

Beruang ialah trader negatif yang menjual saham kerana mereka menjangkakan harganya akan menurun.

Apakah itu ayam (chicken) dalam pasaran saham?

Ayam ialah trader yang penakut, tidak berani mengambil risiko dan menjual secara tergesa-gesa setiap kali pasaran bergolak.

Apakah itu biri-biri (sheep) dalam pasaran saham?

Biri-biri ialah trader yang tidak mempunyai strategi sendiri dan sentiasa mengikuti pergerakan trader lain.

Apakah itu arnab (rabbit) dalam pasaran saham?

Arnab ialah trader yang terlalu aktif dan cuba meraih keuntungan dengan cepat sebanyak mungkin dalam sehari.

Apakah itu burung unta (ostrich) dalam pasaran saham?

Burung unta ialah pelabur yang membenamkan kepala mereka di dalam pasir apabila pasaran menghantar beberapa signal negatif kepada mereka.

Apakah itu paus (whale) dalam pasaran saham?

Paus ialah trader kaya yang boleh mempengaruhi keadaan dalam pasaran dengan hanya satu perdagangan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.