Kami telah mengemaskini antaramuka laman peribadi untuk memperelokkan lagi pengalaman anda bersama FBS!
Perubahan-perubahan ini direka untuk menjadikan pengalaman anda lebih mesra pengguna, cantik di mata, dan intuitif baik untuk pedagang individu mahupun rakaniaga FBS.
Berikut sorotan perubahan-perubahan utama tersebut:
- Skrin utama telah kami pisahkan menjadi dua ruang berbeza, untuk pedagang (Laman Pedagang) dan rakaniaga (Laman Rakaniaga), membolehkan pengguna bertukar-tukar antara dua seksyen ini dengan hanya satu klik. Selain itu, set menu navigasi kini menepati keperluan pedagang dan rakaniaga dengan lebih tepat.
- Di desktop, menu tersebut kini dipaparkan di sebelah kiri dengan rekaan hitam yang anggun.
- Pada peranti mudah alih, pengguna boleh mengakses semua pilihan navigasi menerusi ikon 'hamburger' (berupa seperti ≡).
- Kami telah menambahkan seksyen Pusat Bantuan pada menu agar jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dicapai dengan lebih mudah.
Kami berharap fitur-fitur ini akan menjadikan pengalaman perdagangan anda bersama FBS lebih lancar.