Ringkasan
- Penutupan Indeks: 21,318.17 (▼0.45%)
- Nasdaq-100 berundur dengan sederhana, didagangkan di antara 21,296.51 dan 21,508.08, julat yang mencerminkan kemeruapan intrahari semasa pada saat sentimen pelabur bercampur-campur.
- Indeks kekal hanya 3% sahaja lagi daripada paras penutupan tertinggi sepanjang masa 22,175.60 (19 Feb 2025), mencadangkan sekadar berlaku jeda dalam uptrend, bukannya penyongsangan trend.
- Aksi harga berlegar-legar berhampiran purata bergerak 50 hari, menunjukkan potensi fasa pengukuhan (konsolidasi). Langkah yang jelas di atas atau di bawah aras ini boleh menetapkan nada untuk episod seterusnya.
- RSI menghampiri wilayah terlebih beli, menandakan bahawa momentum menaik baru-baru ini mungkin sudah terlajak tinggi dan rentan kepada pembetulan jangka pendek.
Faktor Fundamental
Pendapatan Teknologi Dilapor Tinggi
- Nvidia mendahului dengan laporan pendapatan yang meledak, mencatatkan EPS sebanyak $ 0.96 dan pendapatan sebanyak $44.1 bilion, jauh melebihi jangkaan. Ini terus menyemarakkan sentimen bullish dalam bidang teknologi secara meluas.
Ketidakpastian Dasar Perdagangan Kembali Lagi
- Mahkamah rayuan persekutuan telah memulihkan tarif global kembali ke status quo asal buat sementara waktu, menambah ketidakpastian bagi para gergasi teknologi multinasional dengan rantaian bekalan global.
Data Ekonomi: Kuat Namun Diselubungi Bayang-Bayang
- Data keyakinan pengguna A.S. yang kuat menunjukkan ekonomi yang berdaya tahan, tetapi kebimbangan inflasi dan kemungkinan dasar Fed betukar arah terus mempengaruhi unjuran pasaran.
Prospek Jangka Pendek
Nasdaq-100 kekal kukuh dari segi teknikal tetapi sedang menguji had rali kenaikan tatkala ia sedang menghampiri paras tertinggi dalam sejarah. Pengembalian tarif ke keadaan asal dan anjakan dasar monetari boleh menyuntik kemeruapan, terutamanya jika data ekonomi goyah.
Trader harus memantau pengumuman laporan perolehan, perkembangan tarif, dan ulasan Fed dengan teliti, kerana 1–2 minggu akan datang boleh menentukan sama ada indeks akan menembus atau mengundur untuk mengambil nafas.
US100 – Rangka Masa H4
.png)
Penembusan di atas paras tertinggi sebelumnya, yang ditunjukkan oleh anak panah mendatar pada carta rangka masa 4 jam US100, adalah tanda awal dominasi bullish. Berikutan impuls itu, kita melihat zon permintaan rally-base-rally berada di atas aras Pengunduran Fibonacci 76% (Fibonacci Retracement) dan pola SBR dengan blok pesanan permintaan rally-base-rally yang sama. Zon yang diserlahkan akan berfungsi sebagai zon untuk entri, walaupun berdasarkan pengesahan yang betul.
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bullish
Sasaran- 21829.51
Pembatalan- 20670.01
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.