FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

28 Apr 2025

Matawang

RBA Umum Kenaikan Kadar Ketiga Berturut-Turut, Meredam Prospek Bullish

Rangkuman

  • Aras Penting: Kadar tunai dinaikkan kepada 4.5% (berkuat kuasa pada 5 Mei)
  • Trend: AUD melihat prospek kenaikan terhad walaupun ada langkah hawkish
  • Aras Rintangan untuk AUDUSD:
    • 0.6650 – sasaran kenaikan jangka masa terdekat
    • 0.6700 – rintangan utama
  • Aras Sokongan:
    • 0.6580 – aras sokongan permulaan
    • 0.6525 – sempadan bawah (paras terendah April)

AUDUSD pada awalnya naik lantaran keputusan RBA tetapi ia kemudian terkena sangkak apabila pelabur memasukkan ke dalam pengiraan harga kemungkinan kenaikan kadar dijeda sebelum pengetatan selanjutnya.

Faktor Fundamental

  1. RBA Menaikkan Kadar Ke Tahap Normal
    • Menaikkan kadar tunai sebanyak 25bps kepada 4.5%
    • Kenaikan keenam sejak Oktober 2009 dan kini dikatakan "sekitar paras purata" oleh Gabenor Glenn Stevens
    • Menandakan berakhirnya tetapan dasar kecemasan, mengalihkan fokus daripada penormalan kepada kemungkinan dasar-dasar yang restriktif.
  2. Inflasi Degil Dan Kekal Tinggi
    • Inflasi Harga Pengguna (CPI) melonjak kepada 2.9% YoY pada Q1 (naik daripada 2.1%)
    • Peningkatan harga yang ketara dalam sektor perumahan, pendidikan, dan kesihatan
    • RBA menaik taraf ramalan inflasi 2025 kepada ~2.75%, menandakan tekanan harga yang berterusan.
  3. Ekonomi Menunjukkan Pertumbuhan Tegas
    • Terma perdagangan yang kukuh dan peningkatan pendapatan dijangka akan meningkatkan pertumbuhan output pada tahun 2025
    • Kredit perniagaan semakin stabil, dan keyakinan pemberi pinjaman semakin baik, walaupun pertumbuhan kredit perumahan semakin sederhana disebabkan oleh kos pinjaman yang lebih tinggi.
  4. Laluan Kadar Hadapan Tidak Pasti
    • JP Morgan menjangkakan RBA akan menjeda (pause) seketika sehingga Julai sebelum ia mungkin menaikkan lagi kadar
    • Westpac meramalkan dua lagi kenaikan pada tahun 2025 (Ogos dan November), didorong oleh bacaan inflasi suku tahunan yang kekal di 0.7%-0.9%
  5. Risiko Domestik Muncul
    • Kos gadai janji yang lebih tinggi membebankan belanjawan isi rumah
    • Pembeli rumah kali pertama membayar $317/sebulan lebih banyak berbanding akhir tahun 2009, menurut anggaran HIA
    • Kenaikan kadar mungkin akhirnya menekan penggunaan dan aktiviti perumahan, meredam kenaikan AUD

Intipati Penting Untuk Trader

  • Walaupun kenaikan kadar RBA menyokong Dolar Australia, hakikat bahawa dasar itu kini dianggap "normal" membayangkan kadar kenaikan yang lebih berhati-hati pada masa akan datang.
  • AUDUSD mungkin menghadapi kesukaran untuk melanjutkan kenaikan jika pertumbuhan domestik perlahan ataupun selera risiko global menjadi lemah.
  • Fokus kini beralih kepada data inflasi Australia, harga komoditi global, dan komunikasi RBA untuk petunjuk tentang pemilihan masa untuk kenaikan seterusnya.

AUDUSD – Rangka Masa H2

AUDUSDH2_(2).png

Aksi harga pada carta rangka masa 2 jam AUDUSD sedang didagangkan dalam pola baji antara sokongan garisan trend dan garisan trend rintangan. Dalam pola baji ini, bagaimanapun, kita dapat melihat bahawa pola SBR (Sweep Break Retest) telah terbentuk di sepanjang laluan sokongan garisan trend. Zon permintaan yang disorot benar-benar sepadan dengan konfluens dari sokongan garisan trend dan struktur dalaman pada carta rangka masa 2 jam.

AUDUSD – Rangka Masa H1

AUDUSDH1.png

Carta rangka masa 1 jam menjelaskan dan menghuraikan pola SBR, menunjukkan penembusan berganda ke atas struktur, Fair Value Gap, dan liquidity sweep dari paras-paras terendah yang sama. Keadaan ini menyumbang kepada kemungkinan kesudahan yang bullish untuk harga pada carta AUDUSD.

Jangkaan Penganalisis:

Arah: Bullish

Sasaran- 0.64280

Pembatalan- 0.63328

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea dagangan dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

25 Apr 2025

08:44

Yen Tidak Pedulikan CPI Tokyo Yang Panas Tatkala Sentimen Risiko Mendominasi (25 April)

Matawang

24 Apr 2025

10:54

Emas Bertahan Di Atas $3,300 Akibat Kebimbangan Tarif (24 April)

Matawang

23 Apr 2025

12:05

Bitcoin Berisiko Pullback Selepas Disanggah Dari Aras Rintangan (23 April)

Matawang

23 Apr 2025

08:24

BoE: Tarif A.S. Menimbulkan Lebih Banyak Risiko Disinflasi Berbanding Inflasi (23 April)

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.