FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

26 Mac 2025

Matawang

GBPUSD: Kejutan Inflasi UK & Ketahanan Dolar Menentukan Prospek Pasaran

Analisis Fundamental: Inflasi UK dan Jangkaan Dasar Monetari

Poin-poin utama:

  1. Inflasi UK yang lari dari sasaran (2.8% YoY) memberi tekanan kepada GBP, tetapi inflasi perkhidmatan yang liat untuk berubah (5%) membantutkan jangkaan pemotongan kadar BoE.
  2. Dasar fiskal menjadi perhatian: pemotongan perbelanjaan dalam Penyata Musim Bunga UK boleh merencat pertumbuhan, menjadikan GBP rentan.
  3. USD kekal berdaya tahan walaupun terdapat risiko tarif, dengan data PCE sebagai pemangkin seterusnya.
  4. Aras teknikal kritikal: 1.2850 (sokongan) dan 1.2950 (rintangan). Penembusan akan menentukan arah trajektori jangka pendek.
  5. Amaran risiko: Perbezaan dasar monetari (BoE vs. Fed) dan geopolitik merangsang kemeruapan.

Paun British (GBP) berhadapan dengan tekanan bearish pada hari Rabu ini berikutan data inflasi UK yang lebih lemah daripada jangkaan. Indeks Harga Pengguna (CPI) tahunan bulan Februari diumum 2.8%, di bawah unjuran 2.9% dan bacaan 3.0% pada bulan Januari. Inflasi teras (tidak termasuk item yang harganya meruap) juga susut kepada 3.5%, menguatkan jangkaan pengurangan kadar oleh Bank of England (BoE) dalam beberapa bulan mendatang. Walau bagaimanapun, inflasi perkhidmatan—metrik utama BoE—kekal pada paras 5%, berpotensi melambatkan pelonggaran monetari yang agresif.

Pendorong Jangka Pendek Utama
Fokus pasaran kini beralih kepada Penyata Musim Bunga. Canselor UK, Rachel Reeves, dijangka akan mengumumkan beberapa langkah fiskal termasuk pemotongan bantuan kebajikan dan peningkatan perbelanjaan pertahanan sebanyak £2.2 bilion. Pengetatan fiskal yang sederhana boleh merencat pertumbuhan ekonomi dan membuatkan GBP terus suram. Sementara itu, US Dollar (USD) menunjukkan daya tahan walaupun terdapat ketidakpastian mengenai tarif-tarif Donald Trump (tarikh akhir 2 April), mendorong pasangan ini lebih meruap.

Prospek USD
Data PCE Teras AS pada hari Jumaat (ukuran inflasi yang disukai Fed) adalah data yang kritikal. Angka yang tidak berubah (unjuran: 2.7% YoY) mampu menguatkan USD lebih lanjut, manakala gerakan menurun di luar dugaan boleh menghidupkan selera risiko dan melegakan tekanan GBP buat sementara.

Analisis Teknikal | GBPUSD, H4

GBPUSD_ANALYSIS.jpg

Zon Bekalan (Jual): 1.2945 || Zon Permintaan (Beli): 1.2820 / 1.2787

Sesi dibuka dengan harga merosot -0.40% setelah data CPI Februari UK diumum dengan angka yang mengecewakan. Ini telah mengaktifkan pola penyongsangan Head and Shoulder, dengan neckline yang condong menurun menunjukkan tekanan bearish yang semakin kuat.

Struktur teknikal bullish dicabar oleh penembusan ke bawah aras sokongan utama H4 di 1.2911 sebanyak dua kali berturut-turut. Paras terendah terbaru ini menjadikan 1.2967 aras rintangan H4 yang terakhir disahkan, yang kini berfungsi sebagai aras rujukan untuk mengekalkan kecenderungan bearish kecuali jika ditembusi dengan jelas dan nyata.

Dalam konteks ini, kami menjangka akan berlaku pergerakan menurun lebih lanjut selepas pullback ke arah 1.2927-1.2930, lokasi di mana tekanan jual yang baru mungkin akan muncul. Sasaran sejajar dengan zon permintaan bervolum tinggi di 1.2820 dan 1.2787, yang juga sepadan dengan unjuran pergerakan yang diukur pada pola penyongsangan.

Senario Trading:

  • Bearish: Tunggu pembeli menolak harga naik ke 1.2927, kemudian jual di bawahnya, mensasarkan 1.2861, 1.2820, 1.2800, dan 1.2787.
  • Bullish: Hanya di atas 1.2787, mensasarkan 1.2860.

Syarat Pembatalan: Senario penyongsangan menjadi tidak sah jika harga secara tegas menembus ke sebelah atas 1.2945 POC (Titik Kawalan) dan rintangan 1.2967.

Nota Kritikal:

Pola Reversal/Exhaustion (PAR): Sentiasa nantikan pengesahan pada rangka masa M5 (contohnya, bar pin atau pola menelan) sebelum membuka posisi pada aras-aras utama.

Kepentingan POC: Point of Control menandakan kepadatan volum tertinggi. Jika harga sebelum ini jatuh daripada zon ini, ia bertindak sebagai rintangan; jika ia berarak naik, ia akan menjadi sokongan.

Unjuran teknikal ini kekal sah melainkan pemangkin fundamental (contoh, data PCE AS) mengatasi aksi harga.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Tibisay Ramos

Pengarang: Tibisay Ramos

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

25 Mac 2025

12:37

NZDCAD: Masih Belum Jelas Apa Tindakan BoC – Scotia Bank (25 Mac)

Matawang

24 Mac 2025

09:56

EURNZD: NZD Berhadapan Dengan Kelemahan Struktur (24 Mac)

Matawang

20 Mac 2025

11:20

USDCHF: Polisi Yang Bercanggah Daripada Fed dan SNB – Apa Yang Harus Kita Jangkakan?

Matawang

18 Mac 2025

10:20

Semakan Peraturan SNB Boleh Beri Kesan Kepada NZDCHF (18 Mac)

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.