Anda bole depositkan wang ke dalam akaun anda menerusi Laman Trader anda.
- PC
Klik pada "Kewangan" dalam menu di sebelah kanan dan pilih "Deposit":
Pilih akaun perdagangan yang ingin didepositkan dana, pilih sistem pembayaran yang sesuai dan klik padanya:
Nyatakan maklumat mengenai e-wallet atau akaun sistem pembayaran anda jika perlu.
Taipkan amaun wang yang anda ingin depositkan.
Pilih matawang.
Klik pada butang "Deposit".
- Peranti mudah alih
Buka tab "Kewangan" dan klik pada butang "Deposit".
Pilih sistem bayaran yang sesuai dan klik padanya.
Nyatakan maklumat mengenai e-wallet atau akaun sistem pembayaran anda jika perlu.
Taipkan amaun wang yang anda ingin depositkan.
Klik pada butang "Deposit".
Pengeluaran dan pemindahan dalaman dilakukan dengan cara yang sama.
Anda boleh pantau status permohonan kewangan anda dalam Sejarah Transaksi.
Maklumat penting! Sila maklum bahawa berdasarkan terma Perjanjian Pelanggan: pelanggan boleh mengeluarkan dana daripada akaun mereka hanya menerusi sistem pembayaran yang telah digunakan untuk deposit. Bagi rantau di mana pilihan kaedah bank tempatan tersedia, dana selebihnya (seperti keuntungan, dana bonus, anugerah, komisen partner, dll.) perlu dikeluarkan menerusi kaedah Bank Tempatan. Jika pilihan kaedah Bank Tempatan tidak tersedia di Laman Trader, keuntungan boleh dikeluarkan melalui mana-mana e-wallet.