Sertai promo FBS
Perfect Money adalah sistem pembayaran elektronik antarabangsa yang diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2007. Anda boleh buka sehingga 6 dompet dalam satu akaun untuk membeli-belah dalam talian, melakukan pindahan dana dalaman, menerima bayaran di laman web anda, dan membeli Bitcoin, emas, dolar AS, dan euro.
Sistem ini diperkuatkan dengan sistem keselamatan berbilang peringkat dan menawarkan transaksi yang pantas, sokongan pelanggan 24/7, dan tetapan keselamatan yang boleh dilaras. Selain itu, ia juga mudah digunakan dan sesuai untuk perniagaan kecil dan sederhana, dan individu yang melakukan pembayaran mikro.
Perfect Money menawarkan fi yang kos efektif dan beraneka cara untuk mendepositkan dan mengeluarkan dana. Proses wang anda menerusi pindahan telegrafik, e-Voucher, dan servis pengurupan. Anda juga akan disediakan dengan instrumen untuk statistik peribadi: carta, sejarah transaksi, dan penyata.
Perfect Money adalah salah satu sistem pembayaran yang ada di FBS. Ia menyokong USD, EUR, Emas, dan Bitcoin.