Berdagang dengan budi bicara (discretionary trading) membolehkan anda untuk mengawal urusniaga anda dengan secara langsung. Berdagang dengan budi bicara bergantung kepada naluri dan pemahaman kita terhadap situasi terkini pasaran dan bukan bergantung kepada syarat yang ketat.
Ia tidak bermaksud pedagang dengan budi bicara tidak menggunakan apa-apa peraturan atau strategi perdagangan. Sebaliknya, mereka mengaplikasikan dan mengubahsuai peraturan-peraturan ini bergantung kepada situasi terkini.
Sistem perdagangan ini sangat berguna apabila anda perlu bertindak dengan pantas. Sebagai contoh, kemelesetan ekonomi baru-baru ini menjadikan pengguna saham budi bicara sangat meruap. Oleh sebab itu, para pedagang yang menggunakan peraturan dan algortima perdagangan yang standard akan selalu terlepas peluang yang bagus. Pedagang budi bicara akan membuat keputusan mereka berdasarkan maklumat dan jangkaan yang tersedia pada masa tersebut.
Kelebihan sistem perdagangan budi bicara adalah kadar keuntungan yang tinggi, kebolehsuaian, dan juga efisien. Ia membolehkan anda untuk menganalisis situasi terkini pasaran dan memanfaatkannya untuk memaksimumkan keuntungan anda. Anda bebas memilih apa yang sesuai dengan kemahuan anda.
Kekurangan perdagangan budi bicara adalah kebergantungannya terhadap pertimbangan pedagang tersebut. Emosi boleh menghalang anda untuk berfikir dengan jelas dan membuat keputusan yang objektif. Selain dari itu, pedagang budi bicara perlu mempunyai lebih pengalaman dalam berdagang, jadi sistem ini tidak mesra pemula.