.jpg)
Teori Elliott Wave (kadang-kadang juga dirujuk sebagai Prinsip Gelombang Elliott) adalah alat yang popular dan ampuh yang digunakan oleh trader dan penganalisis dalam pasaran kewangan untuk meramalkan pergerakan harga pada masa hadapan. Ralph Nelson Elliott membangunkan teori itu pada tahun 1930-an. Teori ini berdasarkan konsep bahawa pasaran kewangan bergerak dalam kitaran gelombang yang berulang-ulang dan boleh diramal, yang didorong oleh psikologi kolektif pemain pasaran. Satu fakta yang menarik, Ralph Nelson telah mengkaji carta 1 jam dan carta 30 minit bagi pelbagai indeks yang merangkumi tempoh 75 tahun.
Menurut teori beliau, pasaran bergerak dalam satu siri lima gelombang mengikut arah trend utama, diikuti oleh tiga gelombang pembetulan. Gelombang-gelombang ini sering berulang dalam pola fraktal, bermaksud gelombang berlaku pada rangka masa yang berbeza dalam pelbagai skala.
Jika anda memahami asas-asas Teori Elliott Wave, anda boleh menjangkakan trend pasaran, mengenal pasti titik masuk dan keluar untuk urusniaga anda, serta membina strategi pasaran yang lebih berkesan.
Komponen utama Teori Elliott Wave
Gelombang impuls (gelombang motif atau trend)
Lima gelombang yang bergerak dalam arah trend utama dikenali sebagai gelombang impuls, dari gelombang 1 hingga gelombang 5:
Gerakan pertama dalam arah trend utama.
Gelombang pembetulan yang biasanya mengundur sebahagian daripada gelombang 1 tetapi tidak melebihi titik permulaan gelombang 1.
Gelombang terpanjang dan paling kuat, bergerak dengan intensif mengikut arah trend.
Gelombang pembetulan, biasanya kurang intens berbanding gelombang 2, yang tidak bertindih dengan gelombang 1.
Gerakan terakhir dalam gelombang trend menandakan titik puncak atau keletihan.
Gelombang pembetulan (bergerak melawan trend)
Selepas lima gelombang impuls, pasaran memasuki fasa pembetulan, di mana trend berpatah balik untuk sementara waktu. Fasa pembetulan ini merangkumi tiga gelombang, yang dinamakan A, B, dan C:
A. Gerakan pertama bertentangan dengan trend utama.
B. Gelombang pembetulan yang mengundur sehingga sebahagian daripada gelombang A tetapi tidak melebihi puncaknya.
C. Kaki terakhir fasa pembetulan, biasanya yang paling kuat, bergerak dengan kuat dalam arah yang bertentangan dengan trend.

Peraturan asas Teori Elliott Wave
Dengan mudahnya, Teori Elliott Wave menawarkan beberapa peraturan utama yang diikuti oleh pasaran. Peraturan ini membantu kita mengenal pasti struktur gelombang dan memahami perbezaan antara gelombang impuls dan gelombang pembetulan.
Oleh kerana peraturan ini menerangkan tentang mekanisme khusus, ia boleh digunakan untuk memahami arah harga pada masa hadapan terdekat dan bertindak sewajarnya. Berikut adalah peraturan-peraturan yang utama:
Gelombang 2 tidak akan melebihi permulaan gelombang 1.
Gelombang 3 tidak akan menjadi yang terpendek dibandingkan dengan gelombang 1, 3, dan 5.
Gelombang 4 tidak akan bertindih dengan wilayah harga gelombang 1.
Gelombang 5 harus berakhir dengan capahan momentum (momentum divergence).
Pro dan kontra Teori Elliott Wave
Pro:
Kuasa meramal
Pola gelombang sering meramalkan pergerakan pasaran dengan agak andal (reliable).Sifat fraktal
Teori ini boleh digunakan pada mana-mana rangka masa, memberikan kita wawasan pada pelbagai peringkat.Rangka kerja yang menyeluruh
Teori ini menggabungkan analisis teknikal dengan psikologi pasaran, menjadikannya serba boleh.
Kontra:
Subjektiviti
Pengiraan gelombang boleh terdedah kepada kesilapan manusia, dan para trader mungkin akan mentafsir gelombang dengan cara yang berbeza.Kerumitan
Penguasaan Teori Elliott Wave memerlukan kemahiran pasaran, pengalaman, dan latihan yang meluas.Masa hadapan yang kabur
Malangnya, walaupun gelombang Elliott dapat dicerap dengan baik untuk masa lalu, ia jauh lebih samar pada masa hadapan, menjadikan Teori Elliott Wave sukar digunakan secara praktikal dan memerlukan pengetahuan yang khusus.
Cara menggunakan Teori Elliott Wave dalam trading
Mana-mana teori menjadi terkenal dan benar-benar dihargai apabila digunakan untuk tujuan praktikal seperti trading. Bagaimanakah anda boleh menggunakan Teori Elliot Wave dalam rutin trading anda?

Kenal pasti trend pasaran
Jika anda dapat mengenal pasti pola dengan lima impuls dan tiga gelombang pembetulan, anda boleh menentukan trend pasaran semasa. Oleh itu, anda boleh memahami keadaan pasaran: uptrend (menaik), downtrend (menurun), atau mendatar.Kesan titik masuk dan keluar
Teori ini membolehkan trader memasuki pasaran pada saat-saat yang sesuai:
- Pada permulaan gelombang 3 (gelombang impuls terkuat)
- Semasa gelombang C (gelombang pembetulan terkuat).
Jika anda ingin merancang jalan keluar anda, pertimbangkan penghujung gelombang 5 dan gelombang C, apabila pasaran dijangka akan berbalik arah.Menganalisis rangka masa
Gelombang Elliott bersifat fraktal, iaitu ia muncul pada pelbagai rangka masa yang berbeza. Trader boleh menganalisis gelombang untuk jangka masa pendek (contohnya pada carta 5 minit atau sejam) dan mengenal pasti pola gelombang yang sama pada carta rangka masa lebih panjang (harian atau mingguan). Ini bermakna anda boleh trade berdasarkan pergerakan jangka pendek pasaran dan masih memahami konteks trend yang lebih besar. Dan posisi-posisi anda mungkin berbeza: anda mungkin mempunyai prospek bearish jangka panjang dengan posisi bullish jangka pendek.Sahkan dengan indikator lain
Teori Elliott Wave berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan indikator teknikal lain, seperti purata bergerak, osilator (RSI, MACD), dan garisan trend. Alat-alat ini boleh mengesahkan kiraan gelombang dan menyediakan signal tambahan untuk titik masuk dan keluar.- Urus risiko anda
Mana-mana trader tahu bahawa sesetengah pergerakan pasaran adalah mustahil untuk diramal. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai strategi pengurusan risiko yang berkesan. Apabila anda menggunakan Teori Gelombang Elliot, anda boleh membuka pesanan renti rugi di bawah gelombang 2 atau di atas gelombang 4 untuk meminimumkan potensi kerugian jika pasaran bergerak melawan arah posisi anda.
Menggunakan Teori Elliott Wave dalam MT5
Berikut adalah panduan langkah demi langkah anda untuk menggunakan gelombang Elliott dalam MetaTrader 5.
Log masuk ke akaun trading anda dalam MT5.
Pilih carta untuk mana-mana satu instrumen yang anda minati.
Pada menu atas, klik Insert.
Apungkan kursor di atas Object dan pilih Elliott.
Pilih gelombang yang ingin anda terapkan pada carta: Motive (impuls) atau Corrective (pembetulan).
Pilih titik pada carta yang anda mahu jadikan sebahagian daripada gelombang anda.
Ringkasan
Teori Elliott Wave adalah alat analisis teknikal yang berharga bagi trader yang ingin memahami dan meramalkan pergerakan pasaran. Apabila anda belajar untuk mengenal pasti struktur lima gelombang trend dan fasa pembetulan tiga gelombang, anda akan dapat memahami ke mana pasaran akan bergerak seterusnya.
Walau bagaimanapun, untuk dapat menerapkan teori ini dalam perdagangan sebenar anda, anda memerlukan banyak pengalaman dan pemahaman yang kukuh mengenai cara pasaran bertingkah laku. Jika anda menambah alat analisis teknikal lain, Teori Elliott Wave akan meningkatkan keupayaan anda untuk meramalkan pergerakan harga dan membuat keputusan berdasarkan maklumat.
Soalan-soalan lazim
Apa itu Teori Elliott Wave?
Teori Elliott Wave menyatakan bahawa harga dalam pasaran kewangan bergerak dalam siri lima gelombang impuls diikuti oleh tiga gelombang pembetulan. Gelombang-gelombang ini berulang untuk rangka masa yang berbeza dan boleh digunakan untuk meramalkan arah harga pada masa hadapan.
Sejauh manakah keandalan (reliability) Teori Elliott Wave dalam trading?
Jika anda faham Teori Elliott Wave, anda akan dapat melihat trend untuk instrumen yang anda minati, masuk dan keluar pasaran pada poin yang tepat, serta meningkatkan keberhasilan trading anda.
Walau bagaimanapun, anda perlu mengumpulkan pengalaman pasaran yang agak signifikan dan memperkemaskan kemahiran trading anda untuk berupaya menggunakan teori tersebut secara praktik. Selain itu, gelombang Elliott kelihatan lebih jelas untuk tempoh lalu, namun ia agak kabur untuk masa hadapan. Ini bermakna anda perlu menggabungkan gelombang Elliott dengan indikator teknikal lain untuk meningkatkan keandalan ramalan.
Apakah kelebihan Teori Elliott Wave?
Gelombang Elliott sangat berharga dalam meramalkan pergerakan pasaran dengan keandalan yang tertinggi apabila anda tahu cara mengenalinya. Memandangkan teori ini terpakai untuk pelbagai rangka masa, anda boleh menggunakannya sama ada untuk jangka pendek atau panjang. Gabungan analisis teknikal dengan psikologi trader menjadikan teori ini alat serba boleh yang berkesan dalam banyak situasi. Walau bagaimanapun, kebiasaannya hanya trader yang berpengalaman sahaja yang dapat menggunakan Teori Elliott Wave dengan keberkesanan yang diperlukan, jadi anda mungkin perlu meluangkan masa yang signifikan untuk menguasainya.