Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

09 Sep 2025

Strategi & risiko

20 Soalan Untuk Diri Sendiri Selepas Setiap Minggu Trading

Dalam artikel ini
Periksa emosiStrategi & disiplinPengurusan risiko & wangKesilapan yang berulangKemajuan & pengajaran
20 Soalan Untuk Diri Sendiri Selepas Setiap Minggu Trading

20 Soalan Untuk Diri Sendiri Selepas Setiap Minggu Trading

Setiap urusniaga memberikan kita pengajaran. Artikel ini direka untuk membantu anda membina tabiat bermuhasabah, supaya anda dapat mengenal pasti pola, membetulkan kesilapan, dan berkembang sebagai seorang trader. Pada penghujung artikel ini nanti, terdapat versi yang sedia untuk muat turun dan simpan, agar anda boleh membukanya semula setiap minggu dan menjejaki kemajuan anda.

Periksa emosi

  1. Apakah emosi yang saya rasai sebelum kebanyakan urusniaga?
    Trading mengaruh pelbagai perasaan, termasuk takut, berharap, dan terlalu yakin. Ia berlaku kepada semua orang. Cubalah catatkan secara ringkas perasaan anda sebelum setiap urusniaga. Adakah ketakutan membuat anda ragu-ragu? Adakah keyakinan yang berlebihan membuatkan anda masuk terlalu awal? Menyedari perkara ini dalam masa nyata membantu anda mengawal diri anda pada masa akan datang.

  2. Adakah saya berasa FOMO sebelum membuka urusniaga?
    Ada masa-masanya, kita semua terburu-buru mengejar suatu urusniaga. Mungkin harga bergerak terlalu pantas, atau seseorang menghantar tip yang mengujakan, atau anda terlepas pergerakan awal. Berhenti sejenak dan tanya diri anda kenapa anda membuka posisi dengan terburu-buru. Dengan mengesan pencetus ini, lebih mudah untuk anda trade dengan fikiran yang jernih pada masa akan datang.

  3. Adakah saya mula overtrading selepas rugi atau untung?
    Anda mungkin terpancing untuk "menutup lubang" selepas rugi atau lupa daratan selepas untung. Periksa sama ada urusniaga ini disokong oleh pelan trading yang jelas, atau hanya sekadar emosi. Mengenal pasti pola seperti ini membantu anda mengelak daripada bertindak secara impulsif berturut-turut dan melindungi modal anda.

  4. Urusniaga mana yang membuat saya berasa teruk, dan kenapa?
    Jangan sekadar cari urusniaga yang mana satu. Apakah ada peraturan yang anda langgar, peluang membuat keuntungan yang anda terlepas, atau adakah ia reaksi emosi? Memahami punca rasa tidak selesa ini menunjukkan di mana disiplin anda tergelincir dan di mana penambahbaikan boleh memberikan impak yang paling besar.

  5. Adakah saya berasa tenang dan fokus sebelum menekan Beli atau Jual?
    Ada hari-hari bilamana anda berasa tenang, pada hari-hari yang lain anda berasa cemas atau tergesa-gesa. Catatkan keadaan mental anda dan apa yang sedang bermain dalam fikiran anda. Kesedaran tentang keadaan emosi anda membantu anda mencipta suasana yang membantu fokus dan pelaksanaan yang lebih baik pada minggu seterusnya.

Strategi & disiplin

  1. Ada berapa banyak urusniaga dalam setup yang dirancang?
    Trading tanpa pelan membawa kepada prestasi yang tidak konsisten. Kira berapa banyak urusniaga yang benar-benar dirancang berbanding yang reaktif. Renungan ini membantu anda melihat sama ada anda mengikuti strategi anda, atau hanya bertindak balas terhadap hingar bingar pasaran.

  2. Seberapa kerap saya mengabaikan signal pengesahan saya?
    Mengabaikan pengesahan selalunya berpunca daripada kegelojohan atau keraguan terhadap diri sendiri. Semak setiap isyarat yang diabaikan. Adakah ia menjejaskan setup yang baik atau adakah ia telah melindungi anda daripada kerugian? Menjejaki hal ini membina kesedaran mengenai disiplin anda di bawah tekanan.

  3. Adakah saya membuka posisi pada aras tertentu atau mengejar pergerakan?
    Mengejar adalah kesilapan biasa yang sering membawa kepada entri yang daif dan nisbah risiko-berbanding-ganjaran yang buruk. Tanya diri anda sama ada setiap urusniaga selaras dengan aras-aras yang telah dirancang, dan pertimbangkan akibat daripada tabiat mengejar pergerakan harga . Ini membantu menguatkan trading yang berdisiplin dan berasaskan strategi.

  4. Adakah saya mematuhi waktu trading dan peraturan saya sendiri?
    Disiplin lebih daripada sekadar mengikuti setup, ia juga tentang trading pada masa yang sesuai dan dalam keadaan yang betul. Semak sebarang penyimpangan dan kesannya. Perspektif ini boleh membantu anda mengelakkan daripada membuka urusniaga yang didorong oleh keletihan atau emosi.

  5. Berapa urusniaga yang saya sanggup lakukan semula jika minggu itu boleh diulang semula?
    Jika hanya ada beberapa sahaja, ini bermakna kebanyakan urusniaga anda adalah impulsif atau boleh dipertikaikan. Renungkan mengapa — adakah ia perancangan yang buruk, emosi, atau peraturan yang tidak jelas? Matlamat kita di sini ialah untuk membuka urusniaga yang anda boleh wajarkan dan rasa yakin mengenainya.

Pengurusan risiko & wang

  1. Adakah saya mengawal risiko saya?
    Adakah anda berpegang pada peraturan 1–2% anda, atau adakah emosi mendorong risiko anda lebih tinggi? Semak sebarang pelanggaran peraturan dan catatkan pencetusnya. Pengurusan risiko yang konsisten melindungi modal dan keyakinan.

  2. Apakah kesilapan penentuan saiz posisi saya yang terburuk?
    Kenal pasti urusniaga di mana saiz lot tidak sepadan dengan renti rugi atau pelan anda. Memahami kesilapan ini membantu anda mengelak daripada mengulanginya dan menguatkan strategi risiko keseluruhan anda.

  3. Berapa kali saya memindahkan aras renti rugi saya?
    Setiap penyesuaian penting. Adakah ia langkah taktikal, atau didorong oleh ketakutan? Mencatatkan kejadian ini membantu anda memahami jika anda membiarkan emosi mengatasi disiplin dan membimbing perancangan yang lebih baik pada minggu depan.

  4. Adakah saya menjejak risiko-berbanding-ganjaran untuk setiap urusniaga?
    Risiko berbanding ganjaran harus menjadi panduan bagi setiap entri. Jika anda telah mengabaikannya, fikirkan kembali cara anda menilai kewajaran suatu urusniaga. Menggabungkan R/R ke dalam proses anda memastikan urusniaga terstruktur dan keputusan yang objektif.

  5. Adakah saya mengambil untung terlalu awal atau terlambat?
    Penutupan posisi sering mendedahkan pencetus emosi. Kaji jika ketakutan atau harapan telah mempengaruhi keputusan keluar anda. Merenung tindakan anda di sini akan meningkatkan ketepatan masa (timing) anda dan mengelakkan penutupan posisi secara emosional berulang kali.

Kesilapan yang berulang

  1. Kesilapan manakah yang terus saya ulangi?
    Kesilapan sama yang berlaku lebih daripada sekali sebenarnya adalah satu tabiat. Semak jurnal anda dan lihat jika ada sebarang pola. Mengenal pasti tabiat adalah langkah pertama ke arah membaikinya.

  2. Adakah saya mengabaikan pengajaran yang telah saya pelajari?
    Semua orang melakukan kesilapan, tetapi mengulangi kesilapan yang sudah diketahui menandakan skop yang perlu diberi perhatian. Renungkan mengapa pengajaran tersebut diabaikan dan rancang penyesuaian yang konkrit.

  3. Adakah hingar bingar luar mempengaruhi urusniaga saya?
    Signal, kumpulan chat atau berita boleh mempengaruhi keputusan anda. Kenal pasti urusniaga mana yang terjejas dan kosnya. Kesedaran tentang pengaruh luaran membantu anda dalam membuat keputusan dengan bebas.

Kemajuan & pengajaran

  1. Apa yang saya pelajari minggu ini mengenai pasaran atau tentang diri saya?
    Trading adalah amalan praktik yang digabungkan dengan penginsafan diri. Catatkan satu atau dua pengajaran yang dapat anda kutip mengenai strategi, cara berfikir, atau tingkah laku pasaran. Renungan ini mengubah pengalaman menjadi pertumbuhan.

  2. Apa yang akan saya benar-benar lakukan secara berbeza pada minggu hadapan?
    Mengenang minggu anda hanya membantu jika anda benar-benar mengubah sesuatu. Pilih satu perkara: tabiat, peraturan kecil, mindset, dan cuba terapkan pada minggu hadapan. Perubahan, waima yang kecil sekalipun, akan membawa perubahan yang bermakna jika anda melaksanakannya secara konsisten.

Simpan checklist ini dan kembali setiap hari Jumaat.

Tiada urusniaga minggu ini? Buka akaun Demo FBS dan dapatkan pengalaman, supaya minggu depan, anda akan mempunyai sesuatu untuk dikaji semula.

Checklist

Checklist muhasabah mingguan

Periksa emosi

  1. Apakah emosi yang saya rasai sebelum kebanyakan urusniaga?

  2. Adakah saya berasa FOMO sebelum membuka urusniaga?

  3. Adakah saya mula overtrading selepas rugi atau untung?

  4. Urusniaga mana yang membuat saya rasa paling teruk, dan kenapa?

  5. Adakah saya tenang dan fokus sebelum menekan Beli atau Jual?

Strategi & disiplin

6. Daripada semua urusniaga saya, berapa banyak yang mengikut setup yang dirancang?

7. Seberapa kerap saya mengabaikan signal pengesahan saya?

8. Adakah saya membuka posisi pada aras tertentu atau mengejar pergerakan?

9. Adakah saya mematuhi waktu trading dan peraturan saya sendiri?

10. Berapa urusniaga yang saya sanggup lakukan semula jika saya minggu itu boleh diulang semula?

Pengurusan risiko & wang

11. Adakah saya mematuhi had risiko saya?

12. Apakah kesilapan penentuan saiz posisi saya yang terburuk?

13. Berapa kali saya memindahkan aras renti rugi saya?

14. Adakah saya mengira nisbah risiko kepada ganjaran sebelum membuka setiap urusniaga?

15. Adakah saya keluar terlalu awal atau memeram terlalu lama kerana emosi?

Kesilapan yang berulang

16. Kesalahan mana yang dilakukan lebih daripada sekali pada minggu ini?

17. Adakah saya mengulangi sesuatu yang saya tahu tidak sepatutnya saya lakukan?

18. Adakah hingar bingar luar (signal, chat, berita) mempengaruhi sebarang urusniaga?

Kemajuan & pengajaran

19. Apa yang saya pelajari minggu ini mengenai pasaran atau tentang diri saya?

20. Apa yang akan saya benar-benar lakukan secara berbeza pada minggu hadapan?

Simpan checklist ini dan jawab satu persatu pada setiap hari Jumaat.

Lebih banyak anda bermuhasabah, lebih cepat anda maju.

Tiada urusniaga minggu ini? Buka Akaun Demo FBS untuk membina pengalaman untuk sesi muhasabah anda yang seterusnya.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.