ROE disebutkan dalam bentuk peratusan dan boleh dikira untuk mana-mana perniagaan, dengan syarat kedua-dua perolehan bersih dan ekuiti pemilik adalah positif.
Apakah erti di sebalik ROE yang tinggi dan yang rendah
Sebuah syarikat dengan pendapatan bersih yang tinggi dan ekuiti yang agak rendah akan mempunyai ROE yang tinggi, yang bermaksud ia telah menjana pulangan yang besar atas pelaburannya. Sebaliknya, jika syarikat meraih keuntungan yang sederhana tetapi mempunyai asas ekuiti yang lebih besar, ROEnya akan lebih rendah. Inilah intipati yang didedahkan oleh ROE mengenai syarikat: keseimbangan antara keuntungan dan ekuiti.
Formula untuk mengira Return on Equity (ROE)
Untuk menentukan Return on Equity, bahagikan pendapatan bersih dengan ekuiti pemegang saham dan kemudian darabkan dengan 100 untuk mengubahnya menjadi peratusan. Angka ini menunjukkan keuntungan yang dihasilkan untuk setiap dolar ekuiti yang dilaburkan.
Berikut adalah formula asasnya:
Pulangan atas ekuiti = pendapatan bersih/ekuiti pemegang saham × 100
Untuk gambaran yang lebih tepat, terutamanya jika ekuiti berubah sepanjang tahun, adalah lebih baik untuk menggunakan purata ekuiti pemegang saham. Anda akan mengiranya seperti ini:
Return on Equity = pendapatan bersih/ekuiti pemegang saham × 100
Contoh pengiraan ROE
Jom kita buat satu pengiraan ROE dengan contoh berikut:
- Tempoh kewangan: Januari 2023 - Disember 2023
- Pendapatan bersih: $75,000
- Total Aset: $450,000
- Total Liabiliti: $120,000
Langkah 1: Kira ekuiti pemegang saham
Pertama, cari ekuiti syarikat menggunakan: ekuiti pemegang saham = total aset - total liabiliti
Justeru: ekuiti pemegang saham = $450,000 − $120,000 = $330,000
Langkah 2: Kira Return on Equity
Seterusnya, gunakan formula ROE: ROE = pendapatan bersih/ekuiti pemegang saham
Dalam kes ini : ROE = $75,000 / $330,000 ≈ 0.227
Langkah 3: Tukar jadi peratusan
Untuk menyatakan ROE sebagai peratusan: ROE = 0.227 × 100 ≈ 22.7%
Ini bermakna syarikat itu meraih kira-kira 22.7 sen untuk setiap dolar ekuiti yang dilaburkan dan ini adalah pulangan yang mantap.
Mengira Return on Equity Dengan Berbilang Tempoh Fiskal
Sekarang, mari kita lihat senario sebuah syarikat dengan tahun fiskalnya dibahagikan kepada dua tempoh 6 bulan:
Tempoh 1 (Januari 2023 - Jun 2023):
- Pendapatan bersih: $10,000
- Total Aset: $80,000
- Total Liabiliti: $40,000
Tempoh 2 (Julai 2023 - Disember 2023):
- Pendapatan bersih: $15,000
- Total Aset: $100,000
- Total Liabiliti: $50,000
Langkah 1: Kira ekuiti pemegang saham bagi setiap tempoh
Untuk Tempoh 1: ekuiti pemegang saham = $80,000 − $40,000 = $40,000
Untuk Tempoh 2: ekuiti pemegang saham = $100,000 - $50,000 = $50,000
Langkah 2: Cari purata ekuiti pemegang saham
Purata ekuiti sepanjang dua tempoh: purata ekuiti pemegang saham = ($40,000 + $50,000) / 2 = $45,000
Langkah 3: Hitung total pendapatan bersih
Jumlahkan pendapatan bersih daripada kedua-dua tempoh: jumlah pendapatan bersih = $10,000 + $15,000 = $25,000
Langkah 4: Kira Return on Equity
Menggunakan ekuiti purata: ROE = jumlah pendapatan bersih / purata ekuiti pemegang saham × 100, ROE = $25 000 / $45 000 × 100 ≈ 55.6%
Sepanjang dua tempoh ini, syarikat itu menjana kira-kira 55.6 sen untuk setiap dolar ekuiti, satu kadar pulangan yang tinggi.
Perbezaan antara Rate of Return dan Return on Equity
Orang sering terkeliru antara Kadar Pulangan (ROR, Rate of Return) dan Pulangan Atas Ekuiti (ROE, Return on Equity), tetapi mereka sebenarnya mengukur dua perkara yang berbeza. Berikut adalah perbandingan untuk menjelaskan perbezaan antara keduanya:
Rate of Return (RoR)
|
Return on Equity (ROE)
|
Mengukur berapa banyak keuntungan yang pelabur dapat daripada pelaburan mereka dalam sesebuah syarikat dalam suatu tempoh tertentu
|
Mengukur seberapa efektif sesebuah syarikat menggunakan dana pemegang saham untuk menjana keuntungan
|
Boleh digunakan untuk pulangan bukan sahaja dari saham, tetapi dari sebarang jenis pelaburan, seperti hartanah atau akaun simpanan
|
Mengkhususkan fokus pada prestasi ekuiti syarikat dan kebanyakannya digunakan dalam analisis saham
|
Melihat keberuntungan (profitability) keseluruhan pelaburan berbanding amaun pelaburan awal
|
Melihat, secara spesifik, keberuntungan syarikat berbanding ekuiti pemegang saham
|
Sekiranya pelabur ingin menilai keuntungan pelaburan mereka secara menyeluruh, mereka akan melihat ROR. Sekiranya mereka ingin menilai seberapa baik syarikat menggunakan ekuiti, mereka akan meneliti ROE.

Menggunakan Return on Equity (ROE) untuk menilai prestasi saham
ROE juga digunakan untuk mengetahui seberapa cepat suatu saham boleh berkembang, termasuk bagaimana dividennya boleh meningkat. Ini sangat berkesan jika ROE hampir sama atau sedikit lebih tinggi daripada syarikat lain yang serupa.
Meramalkan pertumbuhan masa depan
Untuk menganggarkan seberapa cepat suatu syarikat akan berkembang, anda boleh menggabungkan Return on Equity dengan metrik lain yang disebut Nisbah Pengekalan (Retention Ratio). Retention Ratio menunjukkan seberapa banyak keuntungan syarikat disimpan (tidak dibayar kepada pemegang saham sebagai dividen) dan digunakan untuk membiayai pertumbuhan masa depan.
Kadar pertumbuhan yang mampan
Sekiranya anda mempunyai dua syarikat dengan ROE dan keuntungan yang sama tetapi Retention Ratio yang berbeza, mereka akan mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza. Kadar Pertumbuhan Mampan (SGR, Sustainable Growth Rate) memberitahu anda seberapa cepat syarikat dapat berkembang tanpa memerlukan dana tambahan. Untuk mengira SGR, darab ROE dengan Retention Rate (atau darab ROE dengan satu tolak nisbah pembayaran).
Contoh
Jika syarikat A mempunyai ROE sebanyak 15% dan menyimpan 70% daripada perolehannya, kadar pertumbuhannya adalah: 15% × 70% = 10.5%
Jika syarikat B juga mempunyai ROE sebanyak 15% tetapi menyimpan 90% daripada pendapatannya, kadar pertumbuhannya adalah: 15% × 90% = 13.5%
Sekiranya suatu syarikat itu berkembang lebih perlahan daripada anggaran kadar mampan, ia mungkin undervalued atau berhadapan dengan risiko. Sebaliknya, jika ia tumbuh lebih cepat, ia berbaloi untuk diperhatikan dengan lebih teliti.
Menggunakan Return on Equity (ROE) untuk mengenal pasti risiko
Katakan, ada sebuah syarikat yang mempunyai ROE yang luar biasa tinggi. Pasti, ROE yang kuat biasanya satu indikator yang positif, tetapi ia juga mungkin mencadangkan wujud beberapa risiko yang memerlukan pemeriksaan yang lebih dekat.
Kemungkinan pendapatan bersih negatif
Sebuah syarikat mungkin menunjukkan pendapatan bersih yang negatif bersama dengan ekuiti yang negatif. Gabungan ini membawa kepada ROE yang sangat tinggi. Untuk melihat ini, periksa jika kedua-dua pendapatan bersih dan ekuiti pemegang saham adalah positif.
Kejanggalan keuntungan (profit irregularities)
Satu lagi red flag adalah kejanggalan keuntungan. Bayangkan sebuah syarikat yang telah menghadapi kerugian selama beberapa tahun tetapi tiba-tiba melaporkan pendapatan bersih yang besar dengan ekuiti yang rendah. Ini dapat menghasilkan Return on Equity yang tinggi namun tidak mencerminkan prestasi keseluruhan syarikat dengan tepat.
Anda kemudian harus melihat sejarah pendapatan syarikat untuk menentukan sama ada suatu ROE yang tinggi adalah sekadar satu anomali atau adakah ia sebahagian daripada pola yang konsisten.
Hutang yang berlebihan
ROE yang tinggi juga boleh disebabkan oleh hutang yang berlebihan. Syarikat kadang-kadang menggunakan dana yang dipinjam untuk meningkatkan ROE mereka — amalan yang dikenali sebagai leveraj.
Leveraj berkesan apabila anda boleh menjana lebih banyak pendapatan dengan dana yang dipinjam berbanding kos yang anda tanggung untuk meminjamnya. Walau bagaimanapun, strategi ini mungkin berisiko kerana jika pulangan daripada wang yang dipinjam tidak lebih besar daripada kos hutang, akan ada kerugian yang besar.
Keterbatasan dan kekurangan Return on Equity (ROE)
Return on Equity memberikan kita satu ukuran yang berharga, tetapi ia mempunyai kelemahan yang perlu anda ingat:
- Kesan Hutang — Syarikat yang mempunyai hutang yang banyak mungkin melaporkan angka ROE yang tinggi. Apabila syarikat mengambil hutang, ekuitinya berkurangan, yang boleh membuat ROE kelihatan lebih tinggi daripada yang sebenarnya kerana keuntungan dibahagikan dengan nilai ekuiti (dalam dolar) yang lebih sedikit.
- Fokus jangka pendek — Return on Equity mengukur keuntungan dalam tempoh tertentu, biasanya setahun, yang boleh menggalakkan fokus pada keuntungan jangka pendek dan bukannya pertumbuhan jangka panjang.
- Kejadian satu kali — Keuntungan atau kerugian khas, seperti menjual aset utama atau menyelesaikan tuntutan mahkamah, boleh memberikan kesan kepada ROE. Ini bukan sebahagian daripada operasi harian syarikat dan boleh mengherot gambaran prestasi yang sebenar.
- Saiz syarikat — Sebuah syarikat kecil mungkin menunjukkan ROE yang tinggi kerana skalanya, sedangkan syarikat yang lebih besar dengan ROE yang lebih rendah masih berpotensi lebih menguntungkan secara keseluruhannya.

Cara mengatasi keterbatasan ini
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih lengkap mengenai kemantapan kewangan syarikat, pastikan anda mempertimbangkan RoE bersama metrik lain seperti Nisbah Hutang Berbanding Ekuiti (Debt-to-Equity Ratio), Margin Operasi, Perolehan Sesaham (EPS, Earnings Per Share), dan Nisbah Harga Berbanding Perolehan (Price-to-Earnings Ratio).
Anda juga boleh melihat penyata aliran tunai syarikat untuk memastikan bahawa ROE yang tinggi disokong oleh aliran tunai yang kuat dari operasi. Juga, pertimbangkan prospek pertumbuhan syarikat dengan melihat perancangannya untuk pengembangan, barisan produk baru, atau penembusan pasaran.
Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah prestasi sejarah. ROE yang tinggi secara konsisten menunjukkan pengurusan yang mantap dan kecekapan operasi. Sementara itu, turun naik boleh memberi isyarat tentang isu-isu yang mendasar atau perubahan yang tidak dirancang dalam strategi perniagaan.