FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

12 Mei 2025

Asas

Saham Power Hour: Apakah Ia Dan Bagaimana Cara Dagangkannya?

Kenali Saham 'Power Hour' dan Cara Menggunakannya

Bahkan untuk trader yang berpengalaman sekali pun, tidak mudah untuk meramalkan ke mana arah yang akan ditujui oleh pasaran. Bagaimana cara untuk memilih masa yang sesuai untuk berurusniaga, dan mengapa penting untuk anda pertimbangkan bilakah pasaran akan meledak aktif?

Untuk trade dengan sukses, anda perlu memilih masa yang paling meruap dengan keaktifan yang tertinggi. Waktu ini dipanggil "power hour." Dalam artikel ini, kita akan mengkaji apa itu saham power hour, cara menggunakannya untuk meraih keuntungan yang maksimum dan cara melabur dengannya.

Image_1.jpg

Apakah itu saham power hour?

Keaktifan tertinggi trader berlaku pada permulaan dan penutup hari perdagangan. Bilakah power hour pasaran saham? Ia tidak semestinya satu tempoh masa yang tertakrif dengan jelas yang terhad selama satu jam sahaja. Tetapi jika kita mesti menetapkan satu selang masa, ia kira-kira dari 9:30 pagi hingga 10:30 pagi EST (dari 14:30 hingga 15:30 GMT+3) dan dari 3 petang hingga 4 petang EST (dari 22:00 hingga 23:00 GMT+3).

Untuk memahami power hour, anda mesti ingat bahawa semakin tinggi keaktifan trader, semakin tinggi kemeruapan. Inilah masanya bilamana anda akan menemui peluang untuk membuat keuntungan.

Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi keaktifan trader:

Pasaran saham AS dibuka pada 9:30 pagi EST. Ini juga waktunya bilamana Bursa Saham New York, pasaran kewangan terbesar, dibuka. Ratusan syarikat multinasional gergasi mengikutinya. Selepas sekian waktu, satu lagi hab perdagangan mega, Chicago Mercantile Exchange, turut dibuka untuk perdagangan. Apabila gergasi pasaran terlibat, para trader menjadi lebih giat, meningkatkan kemeruapan.

Ramai orang lebih suka trade pada waktu pagi. Dengan cara itu, mereka menyelesaikan urusan mereka dengan lebih cepat dan bebas membuat perkara lain sepanjang hari.

Keaktifan di sebelah petang adalah kerana semua syarikat kewangan utama, termasuk bursa saham, menutup urusan perniagaan untuk hari berkenaan. Pada masa ini, trader berusaha menuntaskan urusniaga mereka dan menutup posisi. Ini mencipta ledakan keaktifan dan kemeruapan pada jam terakhir, antara 3 petang dan 4 petang EST.

Selain itu, trader sangat aktif sebelum dan selepas hujung minggu, serta selepas penyiaran berita mengenai syarikat-syarikat besar. Jangan lupa untuk periksa newsfeed anda secara berkala!

Mereka yang berminat untuk trade di luar waktu biasa boleh mencuba perdagangan selepas waktu bekerja.

Cara mengambil kesempatan daripada saham power hour

Image_2.jpg

Pedagang profesional suka saham power hour kerana ia adalah tempoh yang menyaksikan kecairan yang tinggi dan peningkatan volum urusniaga di pasaran. Salah satu komponen utama dalam trading yang sukses ialah memahami ciri-ciri khas trading dalam pelbagai sesi trading. Ini akan membolehkan anda menggunakan masa dan sumber anda dengan berkesan dan cekap.

Anda boleh menggunakan strategi yang berbeza untuk trading semasa power hour. Terdapat banyak pilihan, dan berikut adalah yang terbaik untuk digunakan semasa power hour pasaran saham:

Scalping

Scalping adalah strategi trading yang agak popular yang melibatkan pembelian dan penjualan aset kewangan (saham, matawang, hadapan, dsb.) beberapa kali dalam sehari dengan keuntungan yang kecil-kecil. Matlamat utama scalper bukan untuk mendapatkan keuntungan besar dari satu posisi tetapi dari beberapa dozen urusniaga.

Strategi untuk trader berpengalaman ini akan memberi kelebihan kepada mereka pada power hour pasaran saham. Di sini mereka berpeluang untuk trade berulang-ulang dengan laju dan memperoleh lebih banyak untung.

Intrahari

Trading intrahari ialah memperdagangkan aset kewangan untuk mendapatkan keuntungan dalam satu hari. Trader intrahari akan menutup posisi mereka pada hari yang sama ia dibuka. Mereka juga boleh membuka beberapa urusniaga dengan aset yang sama sepanjang hari, atau untuk beberapa aset yang berbeza.

Swing

Swing trading adalah pemanfaatan perubahan harga untuk mendapatkan keuntungan. Pesanan yang dibuka dikekalkan aktif untuk satu tempoh yang singkat — secara purata dari beberapa jam hingga dua atau tiga hari.

Untuk menggunakan pergerakan swing, anda perlu mempunyai kemahiran analisis untuk bertindak secara fleksibel dan menerapkan taktik yang berbeza bergantung pada keadaan. Memahami strategi ini mengambil masa dan mungkin nampak rumit, tetapi masa yang diluangkan untuk mempelajari strategi ini memberikan hasil yang berlipat kali ganda.

Cara untuk melabur dalam saham power hour

Tinggal satu sahaja persoalan. Bagaimana untuk melabur dalam saham power hour?

Berbanding dengan trading jangka pendek, pelaburan adalah proses jangka panjang. Tempoh antara membeli dan menjual adalah lebih daripada setahun. Dengan strategi yang betul dan kemahiran tertentu, pelaburan-pelaburan yang kecil sekali pun boleh membawa kepada keuntungan yang besar.

Jika anda ingin meraih jutaan ringgit di bursa, ikuti petua berikut:

  • Buat keputusan dengan bermaklumat. Jangan terburu-buru. Pilih pelaburan anda dengan berhati-hati semasa power hour.

  • Tumpukan fokus anda pada nisbah harga versus pendapatan.

  • Pantau kontrak opsyen.

  • Melabur dalam industri berpotensi tinggi.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.