
FBS kini 16 tahun
15 Mei 2025
Strategi
Antara pelbagai indikator yang digunakan oleh trader dan pelabur untuk meramalkan pergerakan harga dalam pasaran kewangan ialah carta candlestick. Alat analisis teknikal yang popular ini memberikan gambaran visual pergerakan aset dalam satu tempoh tertentu.
Artikel ini akan memberi tumpuan pada dua pola candlestick penyongsangan yang paling andal digunakan oleh trader: Morning Star dan Evening Star.
Pola Morning Star muncul pada penghujung downtrend, mengisyaratkan penyongsangan bullish akan berlaku. Ia terdiri daripada tiga candlestick: candlestick merah panjang, diikuti dengan candlestick pendek berwarna merah atau hijau, diikuti pula dengan candlestick hijau panjang. Secara idealnya, candlestick kedua harus "gap down" daripada candlestick yang pertama (dibuka lebih rendah daripada harga penutupan hari sebelumnya); dan candlestick yang ketiga "gap up" daripada candlestick yang kedua (dibuka lebih tinggi daripada harga penutupan hari sebelumnya).
Kemunculan Morning Star membuatkan bear hilang momentum dan bull pula mula mengawal pasaran. Peralihan sentimen ini menunjukkan bahawa harga aset mungkin akan meningkat, jadi trader mungkin ingin mempertimbangkan untuk membuka posisi long.
Walau bagaimanapun, trader tidak seharusnya bergantung pada pola Morning Star semata-mata sebagai indikator tunggal mereka semasa membuat keputusan perdagangan. Faktor penting lain yang perlu dipertimbangkan ialah analisis fundamental aset, keadaan pasaran dan strategi pengurusan risiko.
Pola Evening Star adalah berlawanan dengan pola Morning Star. Berlawanan dengan pola bullish Morning Star, Evening Star ialah pola yang menandakan penyongsangan bearish dalam pasaran bullish. Ia terdiri daripada tiga candlestick: candlestick hijau panjang, diikuti dengan candlestick pendek berwarna merah atau hijau, diikuti pula dengan candlestick merah panjang. Idealnya, candlestick kedua harus "gap up" daripada candlestick yang pertama (dibuka lebih tinggi daripada penutupan hari sebelumnya); dan candlestick yang ketiga harus "gap down" daripada candlestick yang kedua (dibuka lebih rendah daripada penutupan hari sebelumnya).
Pola Evening Star membantu trader dan pelabur mengenal pasti peluang untuk menjual aset sebelum harganya jatuh. Walau bagaimanapun, seperti Morning Star, perlu diingat bahawa tiada satu pun indikator teknikal atau pola yang antigagal. Pelbagai gabungan alat dan teknik analisis harus sentiasa digunakan untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih baik.
Apabila menggunakan pola Morning Star sebagai alat dalam perdagangan, trader harus mengenal pasti kriteria berikut:
Candlestick pertama mestilah candlestick merah panjang yang menunjukkan trend bearish.
Candlestick kedua mestilah pendek dan senggang ke bawah (gap down) daripada candlestick pertama.
Candle ketiga haruslah panjang dan berwarna hijau serta membentuk senggang ke atas (gap up) daripada candle kedua.
Pola itu harus digandingkan dengan indikator teknikal lain dan analisis fundamental yang menyokong penyongsangan bullish.
Jika trader sedang mempertimbangkan untuk membuka posisi beli, mereka harus meletakkan pesanan renti rugi mereka di bawah paras rendah candlestick kedua. Sasaran keuntungan boleh ditetapkan berdasarkan pergerakan harga aset dan strategi pengurusan risiko trader.
Apabila menggunakan pola Evening Star sebagai alat dalam perdagangan, trader harus mengenal pasti kriteria berikut:
Candlestick pertama mestilah candlestick hijau panjang yang menunjukkan trend bullish.
Candlestick kedua mestilah pendek dan membentu senggang ke atas (gap up) daripada candlestick pertama.
Candle ketiga haruslah panjang dan berwarna merah serta membentuk senggang ke bawah (gap down) daripada candle kedua.
Pola itu harus digandingkan dengan indikator teknikal lain dan analisis fundamental yang menyokong penyongsangan bearish.
Jika trader sedang mempertimbangkan untuk membuka posisi jual, mereka harus meletakkan pesanan renti rugi mereka di atas paras maksimum candlestick kedua. Sasaran keuntungan boleh ditetapkan berdasarkan pergerakan harga aset dan strategi pengurusan risiko trader.
Pola Morning Star dan Evening Star ialah indikator penyongsangan trend yang amat berguna, tetapi ia bukanlah indikator yang antigagal. Apabila menggunakan alat analisis ini dalam perdagangan, trader harus sedar tentang keterbatasannya yang berikut:
Pola ini mungkin tidak berkesan dalam semua keadaan pasaran. Dalam pasaran yang sangat meruap, sebagai contoh, pola Morning dan Evening Star mungkin kurang andal (less reliable).
Kadangkala, pola Morning atau Evening Star boleh memberikan signal yang salah. Jika trader menggunakan pola ini sahaja semasa membuat keputusan perdagangan, mereka boleh mengalami kerugian yang besar jika pasaran tidak menyongsang seperti yang dijangkakan.
Di samping sentiasa menggabungkan pola Morning dan Evening Star dengan alat analisis lain, trader juga perlu menggunakan strategi pengurusan risiko yang betul. Sentiasa rancang tentang cara untuk menguruskan perdagangan, termasuk pesanan renti rugi dan sasaran ambilan untung.
Pola perdagangan Morning Star dan Evening Star ialah indikator yang berguna untuk mengesan potensi berlakunya penyongsangan trend dalam pasaran kewangan. Trader biasanya menggunakan pola ini untuk mengenal pasti peluang beli atau jual yang berpotensi. Bagaimanapun, alatan ini tidak sepatutnya digunakan secara tunggal. Dalam membuat keputusan perdagangan, trader juga harus mempertimbangkan indikator teknikal lain, analisis fundamental dan strategi pengurusan risiko.
Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.