
Trader moden mempunyai beberapa pilihan platform trading: web, aplikasi peranti mudah alih, atau desktop. Namun, ramai daripada mereka lebih suka menggunakan platform di komputer desktop mereka. MacOS datang dengan pelbagai nuansa, dan mungkin anda tidak begitu jelas bagaimana caranya untuk memasang MetaTrader 5 pada sistem macOS anda. Nah, inilah yang perlu anda lakukan.
Seperti yang anda mungkin sudah tahu, terdapat beberapa cara untuk memasang MetaTrader 5 pada macOS. Mujurlah, mereka sentiasa mengemas kini sistem, menjadikan proses pemasangan lebih mudah. Mari kita lihat cara yang paling mudah.
Pasang MT5 dalam beberapa klik
MetaTrader 5 sama seperti aplikasi yang lain. Itulah sebabnya prosedur pemasangannya serupa, dan mungkin anda pernah melakukannya sebelum ini.
Pergi ke seksyen Platform Trading di laman web FBS. Di situ anda akan menemui fail MT5 yang anda perlukan.
Klik pada butang "Muat turun". Fail DMG akan dimuat turun secara automatik.
Klik dua kali pada fail yang telah anda muat turun untuk membukanya.
Ikut arahan yang dipaparkan untuk memasang aplikasi.
Tunggu sehingga ia dipasang dan muncul pada bar Aplikasi.
Anda sudah bersedia untuk menggunakan MetaTrader 5.
Sebelum anda mula trading, anda mungkin perlu menyesuaikan platform dengan keperluan anda.
Cara itu gagal. Kenapa, ya?
Jika anda menggunakan macOS Catalina atau versi OS yang lebih lama, anda mungkin berhadapan dengan masalah ketika memasang MetaTrader 5. Sistem lama tidak dapat mengesahkan identiti pembangun fail dan tidak membenarkan aplikasi dipasang. Jangan risau, ada penyelesaian yang sangat mudah.
Jika anda mengalami masalah seperti ini, anda hanya perlu buka fail DMG yang telah dimuat turun — bukan dengan mengklik dua kali padanya, tetapi melalui menu konteks. Ia biasanya membantu menyelesaikan masalah ini dan memasang MetaTrader 5 pada macOS.
Siap sedia untuk trade
Setelah selesai memasang MetaTrader 5 pada macOS anda, anda boleh log masuk menggunakan akaun FBS anda dan mula trade. Jika anda belum mempunyai akaun, sudah tiba masanya untuk membuka akaun! Anda boleh mendaftar di Laman Trader anda. Kami ada pelbagai jenis akaun, jadi semua orang boleh memilih jenis akaun yang menepati kehendak mereka.