FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

28 Jan 2025

Strategi

Pola Candlestick Harami: Pelajari Cara Mengesan, Memahami dan Menggunakannya

Cover_image.jpg

Pengenalan

Pola candlestick adalah formasi yang popular dalam carta candlestick yang mencerminkan perubahan sentimen pasaran dan boleh membantu anda mengunjurkan pergerakan harga seterusnya.

Ia alat yang penting bagi para trader dalam pelbagai pasaran kerana jika ia dapat dikenal pasti awal-awal lagi, dengan sekilas pandang trader dapat melihat betapa pasaran sedang berubah dan seterusnya menyesuaikan strategi mereka sewajarnya, tepat pada masanya.

Dalam kategori itu, corak candlestick harami adalah dua pola yang terkenal yang boleh memberikan petunjuk bahawa trend yang sedia ada dalam pasaran sedang menyongsang arah. Ia adalah pola harami bullish dan bearish, dan dalam artikel ini, kami akan menjelaskan bagaimana anda boleh mengenalpasti dua pola ini dan mula menggunakannya dalam strategi trading anda.

Sama ada anda seorang trader pemula atau berpengalaman, ini alat ampuh yang boleh membantu anda dalam melakukan perkara yang paling sukar bagi seseorang trader: meramal peralihan aliran pasaran seterusnya dan menggunakannya untuk mencapai maslahat mereka.

Apakah carta candlestick?

Carta candlestick adalah jenis carta yang menunjukkan pergerakan harga aset dalam pasaran secara visual.

Setiap candlestick mengandungi empat maklumat penting:

  1. Bahagian atas badan adalah harga pembukaan aset dalam jangka masa tertentu itu.

  2. Bahagian bawah badan adalah harga penutupan.

  3. Sumbu pada bahagian atas adalah harga tertinggi yang dicapai oleh aset.

  4. Gentian pada bahagian bawah adalah harga terendah yang dicapai oleh aset.

IMG_0_ID.jpg

Candlestick boleh mewakili pelbagai rangka masa yang berbeza, seperti harian, mingguan, bulanan, atau malah intrahari dengan dikemaskini setiap jam. Bagaimanapun, carta candlestick harian adalah yang paling umum, mewakili variasi harga untuk satu hari penuh, tanpa memberikan maklumat yang terlalu terperinci.

Oleh kerana bertindak balas dengan pantas terhadap pasaran adalah penting bagi trader, carta candlestick adalah alat yang amat bagus untuk menganalisis tingkah laku pasaran dengan cepat kerana sifatnya yang visual dan perubahan penting pada harga yang mudah dilihat dalam rangka masa yang dikaji. Dengan sedikit latihan, ia mudah untuk ditafsir dan dapat membantu trader membuat keputusan termaklum tentang langkah seterusnya.

Selain itu, pola yang kerap muncul pada carta, seperti pola harami, adalah penting untuk meramal pergerakan harga dan perubahan halus (atau nyata) pada arah pergerakan pasaran.

Apakah pola candlestick harami?

Corak candlestick Harami adalah corak dua candlestick yang mungkin mencerminkan penyongsangan arah trend pasaran.

Candlestick pertama biasanya lebih besar dan yang kedua adalah candlestick yang lebih kecil yang badannya berada sepenuhnya dalam julat candlestick pertama.

Ia adalah petanda yang kuat bahawa pasaran mungkin mengubah arahnya, sama ada trend menurun (bearish) yang bakal berubah menjadi trend menaik (bullish), atau sebaliknya.

Pola harami bullish terbentuk apabila:

  • Candlestick pertama besar dan bearish

  • Candlestick kedua lebih kecil dan bullish dan berada sepenuhnya dalam jangkauan candlestick pertama

Sebaliknya, pola harami bearish berlaku apabila:

  • Candlestick pertama adalah yang besar dan bullish

  • Candlestick kedua lebih kecil dan bearish dan berada sepenuhnya dalam jangkauan candlestick pertama

Berikut adalah representasi visual kedua-dua pola tersebut:

IMG_1_IDN.jpg

Memahami pola harami bullish dan bearish

Pola harami bullish dan bearish adalah pola-pola yang lazim muncul dalam carta candlestick dan ia menandakan kemungkinan berlakunya penyongsangan arah dalam pasaran.

Menurut kajian oleh Thomas Bulkowski, harami bullish menduduki ranking ke-25 dari 103 pola candlestick, dan ini bermakna ia sering muncul dalam carta harga. Dapatan yang sama juga ditemui untuk pola bearish.

Dengan kekerapan kemunculan yang tinggi, adalah penting bagi trader untuk memahami ciri utama pola-pola ini dan maksudnya. Semak jadual di bawah untuk perbandingan langsung antara keduanya:

Harami bullish

Harami bearish

Bermula di hujung trend menurun

Bermula di hujung trend menaik

Ia petanda bahawa pasaran sedang menyongsang menjadi uptrend

Ia petanda bahawa pasaran sedang menyongsang menjadi downtrend

Ia bermaksud bears (penjual) kehilangan kuasa dan bulls (pembeli) semakin mengawal keadaan

Ia bermaksud bulls (pembeli) kehilangan kuasa dan bears (penjual) semakin mengawal keadaan

Candlestick pertama berwarna merah atau hitam dan bersaiz besar (candlestick bearish)

Candlestick pertama berwarna hijau atau putih (candlestick bullish)

Candlestick kedua yang lebih kecil berwarna hijau atau putih dan berada sepenuhnya dalam julat candlestick pertama (candlestick bullish)

Candlestick kedua yang lebih kecil berwarna merah atau hitam dan berada sepenuhnya di dalam julat candlestick pertama (candlestick bearish)

Seperti yang disebutkan di atas, kedua-dua pola ini agak lazim, tetapi penting untuk diingat bahawa ia tidak boleh digunakan sebagai tanda pengesahan secara sendirian, dan kedua-duanya memberikan lebih banyak manfaat jika digabungkan dengan indikator lain untuk analisis yang lebih komprehensif.

Psikologi di sebalik pola harami

Pola harami dapat membantu pedagang memahami sentimen pasaran tentang suatu aset tertentu pada waktu tertentu, dengan lebih baik. Ia adalah indikator yang kuat tentang ketidakpastian pasaran dan potensi untuk berubah, peralihan vektor dari satu arah ke arah lain.

Dengan harami bullish, trader boleh melihat bahawa penjual sedang kehilangan kawalan dan pembeli mula menyedari potensi pertumbuhan aset dan mengambil tindakan.

Sebaliknya, pola harami bearish adalah petanda bahawa pembeli kehilangan keyakinan pada aset dan penjual mula mendominasi pasaran.

Kemunculan pola harami adalah petanda visual yang jelas bahawa pasaran sedang berada dalam fasa antara dua kesudahan, bersiap sedia untuk kemungkinan trend sedia ada bertukar arah.

Cara mengenal pasti pola harami bullish atau bearish

IMG_2_ID.jpg

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mengenal pasti pola harami bullish dalam carta candlestick:

  1. Kenal pasti trend menurun yang signifikan dalam carta.

  2. Cari candlestick bearish yang besar, yang meneruskan trend menurun.

  3. Periksa jika candlestick kedua adalah bullish dan jika ia muat di dalam candlestick pertama.

  4. Sahkan trend baru dengan memeriksa sama ada candlestick ketiga dan keempat juga bullish, secara efektif memulakan trend menaik dalam carta.

  5. Gunakan indikator lain dan maklumat tambahan untuk menyokong kesahihan trend baru itu.

IMG_3_ID.jpg

Dalam mengenal pasti pola harami bearish dalam carta candlestick, logiknya sama tetapi terbalik:

  1. Kenal pasti trend menaik yang signifikan dalam carta.

  2. Cari candlestick bullish yang besar dan mengakhiri trend menaik.

  3. Periksa jika candlestick kedua adalah bearish dan jika ia muat di dalam lilin pertama.

  4. Sahkan trend baru dengan memeriksa sama ada candlestick ketiga dan keempat juga bearish, secara efektif memulakan trend menurun dalam carta.

  5. Dan dengan cara yang sama, lakukan penyelidikan dengan indikator lain dan maklumat lebih lanjut untuk mengesahkan trend baru itu.

Secara ringkas, kedua-dua pola harami bullish dan bearish agak mudah dikenal pasti dalam carta; cabarannya di sini adalah memahami konteks pola ini dan sama ada terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa telahan yang disimpulkan adalah benar.

Strategi trading menggunakan pola harami

Berdasarkan pola-pola ini, trader boleh memutuskan masa yang terbaik untuk membeli atau menjual aset, memastikan mereka masuk atau keluar dari pasaran pada waktu yang paling sesuai.

Untuk pola bullish, masa yang terbaik untuk memulakan posisi long biasanya adalah pada candlestick ketiga atau keempat bilamana pola itu boleh dikatakan sahih. Petanda yang baik untuk masuk adalah apabila harga menerobos melepasi harga tertinggi candlestick kedua.

Demikian juga, adalah penting untuk menunggu sehingga harami bearish disahkan oleh candlestick ketiga atau keempat. Saat yang baik untuk memulakan posisi short adalah ketika harga menerobos sedikit lebih rendah daripada titik terendah candlestick kedua.

Renti rugi juga berupaya berperanan sebagai alat yang penting untuk meminimumkan risiko anda dan mengawal jumlah kerugian yang selesa untuk anda.

Apabila melibatkan harami bullish, satu amalan yang baik adalah untuk menetapkan renti rugi di bawah paras terendah candlestick merah bearish yang pertama. Dan untuk harami bearish, anda boleh menetapkan renti rugi sedikit di atas harga tertinggi candlestick bullish besar pertama. Lihat imej di bawah untuk visualisasi yang lebih jelas:

IMG_4_ID.jpg

Anda juga boleh memastikan anda menetapkan ambilan untung (take profit) dengan meninjau aras rintangan atau sokongan silam aset tersebut. Jangan biarkan keserakahan menguasai anda. Ingatlah berapa keuntungan yang wajar anda anggap sebagai mencukupi untuk anda dalam pasaran berkenaan.

Menggabungkan pola harami dengan indikator lain

Walaupun benar bahawa pola harami adalah petanda yang kuat bahawa penyongsangan akan berlaku di pasaran, mereka tidak fool-proof dan harus sentiasa digunakan bersama dengan indikator dan metrik lain.

Aras pasaran penting seperti aras sokongan atau rintangan adalah penting untuk memastikan bahawa pola ini adalah indikator yang kuat mengenai perubahan.

Sebagai contoh, jika ada harami bullish muncul di sebelah aras sokongan, telahan bahawa harga akan naik seperti yang diramalkan adalah lebih andal (reliable). Begitulah juga, jika harami bearish muncul berdekatan dengan zon rintangan, ia mungkin petanda yang kuat bahawa harga telah mencapai had maksimumnya dan memang akan mulai jatuh seperti yang diberitahu oleh pola itu.

Indikator penting yang lain ialah purata bergerak (moving average), RSI (Relative Strength Index), dan pengunduran Fibonacci.

Secara ringkasnya, lebih banyak maklumat yang anda ada tentang aset dan pasaran berkenaan, anda dapat menggunakan corak harami dalam strategi trading anda dengan lebih yakin dan lebih baik.

Pro dan kontra penggunaan pola harami bullish dan bearish

Sama seperti hampir semua perkara lain dalam dunia kewangan, pola harami ada kelebihan dan kelemahannya.

Beberapa kelebihan pola harami adalah:

  • Mesra pemula: ia mudah dikesan dan difahami, menjadikannya alat yang baik untuk pemula.

  • Serba sesuai: ia boleh digunakan dengan pelbagai aset dan di pelbagai pasaran.

  • Ketepatan: jika anda menggunakannya berserta dengan maklumat tambahan, ia berupaya menjadi cara yang hebat untuk mendahului tren harga.

Dan inilah beberapa kelemahannya:

  • Tiada jaminan: pola-pola ini perlu pengesahan dan waima dengan pengesahan pun ia tidak 100% andal.

  • Kajian diperlukan: ia perlu digunakan dengan indikator lain dan penting untuk menyelidik arah pasaran.

  • Signal palsu: Ia boleh memberikan signal palsu walaupun anda mempunyai maklumat lain yang menyokongnya.

Sentiasa periksa unjuran anda dan pengurusan risiko boleh memberikan lebih banyak kawalan dan ketenangan fikiran apabila anda trade dengan pola harami dan alat analisis lain.

Ringkasan

Pola lilin harami adalah alat yang ampuh dalam meramalkan perubahan pasaran. Pola bullish dan bearish boleh membantu trader meramalkan penyongsangan trend pasaran sebelum ia terjadi dan menyediakan strategi mereka dengan cara yang tepat.

Walaupun ia agak lazim terlihat dan mudah difahami, bahkan untuk pemula, adalah penting untuk menggabungkannya dengan indikator dan metrik pasaran lain untuk memastikan anda menggunakan pola-pola ini dengan cara yang termaklum dan selamat.

Satu tip terakhir ialah untuk mula melatih mata anda sebagai seorang trader untuk mengesan pola harami dalam akaun Demo sebelum mencubanya di pasaran sebenar. Dengan demikian, anda akan lebih yakin dalam mengaplikasikan apa yang anda pelajari di sini dalam strategi anda dan akan mengurangkan kebarangkalian menjadi mangsa signal palsu.

Buka akaun demo anda dengan FBS hari ini dan mula trade dengan selamat, fleksibel, dan prasarana trading yang boleh dipercayai.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.