
Sangat mudah untuk melihat sebab tawaran jenis ini menarik perhatian. Bagi pemula, ia terasa seperti cara untuk melangkah ke alam perdagangan tanpa sebarang risiko . Namun, sebaik sahaja anda mengkajinya dengan lebih dekat, ia tidak selalunya mudah atau menguntungkan seperti dijangkakan.
Mengapakah bonus tanpa deposit kelihatan menarik kepada pemula?
Tiada pelaburan awal: anda tidak perlu mempertaruhkan dana anda sendiri.
Keadaan pasaran sebenar: anda berdagang dalam persekitaran live , bukan hanya dalam simulasi demo.
Peluang untuk mendapat keuntungan dalam beberapa kes.
Bagi seseorang yang baru bermula, ini boleh menjadi cara paling selamat untuk mencuba berdagang. Namun, seperti banyak tawaran "percuma" lain, ia datang dengan pelbagi kekurangan/helah yang perlu diterima.. Trader perlu peka dengan Terma dan Syarat tawaran ini dan jangan sekali-kali mengabaikan perangkap psikologi yang mungkin mereka cetuskan pada masa akan datang.
Risiko dan keburukan bonus tanpa deposit

Bonus tanpa deposit berguna sebagai pengenalan. Namun, trader harus memahami risiko dan syarat tersembunyi sebelum menjadi terlalu teruja.
Oleh kerana wang bonus bukan milik anda, mudah untuk memperlakukannya seperti satu permainan. Oleh itu, ramai trader akhirnya terlebih leveraj kerana mereka tidak merasakan kerugian. Sesetengah trader juga membentuk tabiat mengejar perdagangan berisiko hanya untuk melihat apa yang akan berlaku dan kemudian bergelut untuk berdagang secara bertanggungjawab dengan dana mereka sendiri.
Daripada membina tabiat yang baik, bonus tanpa deposit secara tidak sengaja boleh menggalakkan tingkah laku melulu, terutamanya pada permulaan laluan perdagangan anda.
Terma perdagangan tersembunyi
Bonus tanpa deposit selalunya mempunyai sekatan. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui:
Keperluan pusing ganti lot– anda mungkin perlu berdagang dalam volum yang besar sebelum mengeluarkan keuntungan.
Had keuntungan– walaupun anda memperoleh lebih banyak, hanya sebahagian kecil yang boleh dicairkan.
Tarikh akhir yang ketat– bonus sering luput dengan cepat yang memaksa keputusan tergesa-gesa.
Syarat-syarat ini boleh menyebabkan pemula berasa kecewa dan bukannya diperkasakan.
Risiko-risiko operasi
Terdapat juga kelemahan praktikal. Broker mesti melindungi daripada penyalahgunaan bonus, ini bermaksud pemeriksaan ketat dan kemungkinan kelewatan. Sesetengah akaun boleh dibekukan jika aktiviti kelihatan mencurigakan. Sebagai tambahan, KYC (pengesahan identiti) mungkin memerlukan langkah tambahan sebelum pengeluaran bagi mengesahkan bahawa tiada pengubahan wang haram atau aktiviti penipuan lain yang terlibat. Ini boleh meletihkan dan memakan masa. Semua ini boleh menjadikan proses ini kurang lancar daripada yang dijangkakan.
Adakah FBS menawarkan bonus tanpa deposit?
Di FBS, kami telah memutuskan untuk tidak menawarkan bonus tanpa deposit. Keputusan ini disengajakan.
Kami mahu trader mempunyai pengalaman yang jelas, mampan dan menyokong. Bonus tanpa deposit mungkin menarik perhatian tetapi ia sering mewujudkan jangkaan yang tidak realistik atau tingkah laku perdagangan jangka pendek. Bukan itu yang kami mahukan untuk pelanggan kami.
Walau bagaimanapun, kami menawarkan sesuatu yang lebih baik — sesuatu yang memberi tumpuan kepada pendekatan yang berhati-hati untuk berdagang: Bonus Deposit FBS.
Bonus Deposit FBS

Gambaran Keseluruhan Bonus Deposit FBS
Bonus Deposit FBS memberi 100% dana tambahan bagi deposit pertama anda dan sehingga 60% bagi setiap deposit melebihi $100 yang seterusnya. Ia cara yang hebat untuk mengembangkan modal perdagangan anda dan membuka posisi yang lebih besar.
FBS trader boleh menggunakan bonus lebih daripada sekali kerana ia bukan untuk deposit pertama sahaja. Setiap tambah nilai berikutnya sebanyak $100 boleh memberikan anda nilai tambahan sehingga 60%. Satu lagi ciri hebat ialah bonus kekal dalam akaun perdagangan anda tetapi semua keuntungan yang anda peroleh adalah milik anda untuk dikeluarkan.
Bonus ini tersedia untuk semua pelanggan yang telah melengkapkan pengesahan, sama ada anda baru sahaja menyertai FBS atau telah berdagang dengan kami untuk sekian waktu. Untuk butiran lengkap, sila bacaTerma dan Syarat