FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

17 Jun 2025

Strategi

Strategi Sistem DeMarker

Strategi Sistem DeMarker

Indikator DeMarker telah dicipta dan diperjelaskan oleh Thomas DeMark.

Prinsip asasnya adalah seperti berikut: paras tertinggi intrahari pada hari semasa dibandingkan dengan paras tertinggi intrahari pada hari sebelumnya. Jika paras maksimum intrahari pada hari semasa adalah lebih tinggi, perbezaannya dicatatkan. Nilai sifar direkodkan jika paras maksimum intrahari kurang daripada atau sama dengan paras maksimum intrahari hari sebelumnya. Kemudian perbezaan-perbezaan yang diperoleh dengan cara ini dijumlahkan. Nilai ini menjadi pengangka (numerator) bagi indikator ini, yang dibahagikan dengan nilai yang sama dan jumlah perbezaan antara harga minimum hari sebelumnya dan hari semasa.

Apabila indikator ini berada di bawah paras yang lebih rendah – harga mungkin menyongsang KE ATAS. Apabila indikator berada di atas paras yang lebih tinggi – harga mungkin menyongsang KE BAWAH.

Setup Untuk Strategi

Instrumen: apa sahaja

Indikator: DeMarker, Parabolic SAR

Tetapan: ubah aras DeMarker kepada 0.2 dan 0.8.

Rangka masa: >30M

Peraturan untuk entri long

  1. Tunggu sehingga garisan DeMarker menembusi garisan BAWAH dan kembali semula ke zon kerjanya.

  2. Parabolic SAR dijangka akan mula meningkat, atau sekurang-kurangnya membentuk poin terakhir trend bearish.

Anda disyorkan untuk meletakkan renti rugi di aras minimum tempatan yang terdekat sebelum signal diterima.

Sebagai contoh, kami membuka posisi long GBPUSD di aras 1.20880 apabila indikator Parabolic SAR mula bergerak NAIK, dan pada masa yang sama, garisan DeMarker melintasi garisan bawahnya. Renti Rugi diletakkan di paras terendah yang paling rendah (lowest low) – di 1.18412.

Kami terus biarkan posisi ini aktif sehingga Parabolic SAR menukar arahnya dan mula jatuh – di 1.23175.

Kami memperoleh keuntungan sebanyak 2295 poin.

GBPUSD, posisi long

Peraturan untuk entri short

  1. Tunggu sehingga garisan DeMarker menembusi garisan ATAS dan kembali semula ke zon kerjanya.

  2. Parabolic SAR dijangka akan mula jatuh, atau sekurang-kurangnya membentuk poin terakhir trend bullish.

Anda disyorkan untuk meletakkan renti rugi di aras maksimum tempatan yang terdekat sebelum signal diterima.

Kami membuka posisi short dalam GBPUSD di 1.40013 apabila indikator Parabolic SAR mula bergerak KE BAWAH, dan pada masa yang sama, garis DeMarker melintasi garisan atasnya. Renti rugi boleh diletakkan di paras tinggi tertinggi – 1.41829.

Kami terus biarkan posisi ini aktif sehingga Parabolic SAR menukar arahnya dan mula meningkat – di 1.38366.

Kami memperoleh keuntungan sebanyak 1647 poin.

GBPUSD, posisi short

Cara memilih aras ambilan untung

Pilih aras ambilan untung anda berdasarkan nisbah 3:1, iaitu urusniaga harus membawa 3 poin keuntungan untuk satu poin kerugian.

Satu lagi cara lain untuk memilih aras ambilan untung adalah dengan memeriksa Parabolic SAR. Jika indikator mula menukar arah, tibalah masanya untuk menutup posisi.

Nota penting

Penting untuk anda tahu bahawa strategi ini hanya berkesan semasa pasaran sedang berada dalam trend. Ketika pasaran mendatar, strategi ini boleh menghasilkan banyak signal palsu.

Trade dengan FBS menggunakan Indikator DeMarker dan Parabolic SAR dan jana keuntungan dengan stabil.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.