Ulangtahun lebih daripada sekadar satu tarikh — ia peluang untuk merenung, meraikan, dan melihat ke hadapan. Tahun ini, FBS gembira dapat meraikan 16 tahun usahanya memperkasakan trader, merempuh rintangan & halangan, dan membina komuniti global dengan lebih 27 juta pelanggan daripada lebih 150 negara.
Selama bertahun-tahun, FBS telah berkembang dari sebuah syarikat start-up kecil menjadi satu nama yang sinonim dengan kepercayaan, inovasi, dan peluang. Sertai kami mengenang kembali cerita kami, meraikan pencapaian kami, dan menghormati masyarakat yang telah kami santuni.
Kisah pertumbuhan kami dan bagaimana kami membina kepercayaan
Sejak awal lagi, FBS telah bercita-cita untuk menjadi lebih daripada sekadar broker trading. Kami berazam mahu menghubungkan trader di seluruh dunia, memastikan mereka mempunyai akses kepada alatan, sokongan, dan sumber, tidak kira di mana jua mereka berada. Hari ini, kami aktif di lebih daripada 150 negara, dari pusat kewangan di Eropah sehingga ke pasaran membangun di Asia, Afrika, dan seterusnya.
Tetapi cerita kami tidak hanya tentang pengembangan ke lokasi baru. Keberanekaan pilihan yang ditawarkan oleh FBS dalam trading telah membantu membina kepercayaan terhadap kami. Tawaran instrumen kami memenuhi keperluan kedua-dua trader pemula dan profesional berpengalaman.
Pilihan trading untuk anda pada masa ini di FBS
Pasangan Forex – Pasangan major, minor, dan eksotik untuk semua strategi trading.
Matawang kripto – Trading era baharu, dari Bitcoin hingga Ethereum.
Saham dan indeks – Untuk kepelbagaian pasaran dan strategi pelaburan pintar.
Komoditi – Termasuk logam dan tenaga bagi mereka yang mahu menyeimbangkan portfolio.
Kami telah memperluaskan tawaran ini agar sesiapa sahaja, daripada mereka yang baru berjinak-jinak dengan pasaran hingga para profesional yang sudah bersedia untuk mengejar matlamat yang tinggi, boleh mengambil bahagian dengan menguntungkan.
Alat-alat inovatif yang dibina untuk trader
Pasaran berkembang, begitu juga dengan FBS. Inovasi adalah teras yang menunjangi semua usaha kami.
Pembantu AI FBS
Salah satu kemajuan kami yang paling menarik dalam tahun-tahun kebelakangan ini adalah pengenalan Pembantu AI FBS. Fitur ini memainkan peranan sebagai pembimbing peribadi anda dalam trading, mencerna dan menterjemah data pasaran yang kompleks menjadi laporan dan strategi yang mudah difahami, secara automatik dalam beberapa saat.
Pembantu AI sangat berguna bagi mereka yang ingin membuat keputusan dengan tepat dan cepat — game-changer untuk para trader dalam pasaran yang bergerak pantas.
Aplikasi FBS yang dinaik taraf
Rombakan dan peningkatan fitur Aplikasi FBS meletakkan trading terus ke dalam poket anda. Jejaki prestasi pelaburan anda, analisis pasaran, dan laksanakan urusniaga — semuanya secara on-the-go.
Sama ada anda sedang dalam perjalanan pergi dan balik kerja, mengembara, atau menguruskan kehidupan peribadi anda, aplikasi ini direka agar anda tidak lagi terlepas peluang.