Kami telah memberitahu anda banyak perkara tentang strategi trading teknikal. Tetapi kami ingin mengingatkan anda bahawa terdapat satu lagi sisi penting lain dalam trading: analisis fundamental. Dan, jika ada analisis fundamental, harus ada strategi trading fundamental juga.
Mari kita mulakan dengan strategi yang paling biasa dan paling senang: strategi carry trade.
Strategi ini berdasarkan kadar faedah. Dalam kursus Akademi FBS kami, kami telah memberitahu anda bahawa kadar faedah adalah indikator yang sempurna tentang situasi ekonomi dalam setiap ekonomi dunia. Ia cara yang cepat dan jelas untuk menganggarkan ekonomi mana yang lebih kuat justeru matawang mana yang akan mengukuh. Negara yang ekonominya lemah mempunyai kadar faedah yang rendah. Ini adalah cara yang digunakan oleh bank pusat untuk menggalakkan pertumbuhan kredit dan memberikan wang murah kepada bisnes untuk disalurkan ke dalam ekonomi. Matawang negara-negara seperti itu adalah lemah. Ekonomi yang kukuh mempunyai pertumbuhan KDNK yang kuat dan inflasinya meningkat. Untuk mengehadkan inflasi, bank pusat perlu menaikkan kadar faedah, menjadikan matawang domestik menguat.
Perbezaan kadar faedah memberi peluang kepada pelabur jangka panjang untuk meraih keuntungan.
Jadi, apakah idea di sebalik strategi carry trade
Idea utama strategi adalah “beli matawang dengan kadar faedah tinggi dan jual matawang dengan kadar rendah”.
Seorang pedagang meminjam matawang murah (dengan kadar faedah rendah), sebagai contoh, yen Jepun. Mereka melaburkannya dalam aset yang menguntungkan, seperti dolar Australia. Yen menjadi matawang pembiayaan, dan dolar Australia menjadi matawang pelaburan. Akibatnya, aliran modal dari Jepun ke Australia meningkat dan permintaan terhadap dolar Australia meningkat. Ingatlah bahawa aliran meningkat apabila terdapat sentimen risk-on, jadi trader mahu melabur dalam matawang yang lebih menguntungkan tetapi berisiko. Akhirnya, AUDJPY melonjak.
Satu perkara lain yang perlu disebut ialah swap. Swap adalah prosedur memindahkan posisi aktif dari satu hari trading ke hari trading berikutnya. Jika pedagang melanjutkan posisinya melebihi satu hari, beliau akan berhadapan dengan kos atau keuntungan, bergantung pada kadar faedah semasa.