FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

11 Jul 2025

Strategi

Corak Engulfing Bearish: Definisi, Isyarat dan Strategi Berdagang

Engulfing Bearish

Apa itu Candlestick Engulfing bearish?

Candlestick Engulfing bearish ialah corak pembalikan dua candlestick yang terbentuk di hujung trend menaik. Ia merupakan corak candlestick pembalikan berkuasa yang terdiri daripada dua candlestick: satu bullish (ditutup lebih tinggi daripada harga pembukaan), dan satu lagi bearish (ditutup lebih rendah daripada harga pembukaan dan menenggelami seluruh candlestick bullish tersebut).

Begini rupanya pada carta:

Apa itu candlestick Engulfing bearish?

Corak Candlestick Engulfing Bearish pada carta

Ingin trade corak yang berbeza seperti seorang pro? Sertai FBS untuk hasil pulangan yang lebih bijak.

Apakah isyarat yang diberikan?

Candlestick engulfing bearish biasanya menunjukkan:

  • Kemungkinan berlakunya pembetulan atau pembalikan trend.

  • Momentum pembeli yang mungkin sedang merosot, dan penjual mula mengambil alih.

  • Titik kemasukan berpotensi yang baik untuk posisi short, terutamanya jika disokong oleh isyarat lain.

Nota: ia hanyalah kemungkinan pembalikan, bukannya jaminan. Anggap ia sebagai isyarat, bukannya kepastian, dan jangan sesekali bergantung kepada hanya satu indikator semasa membuat keputusan.

Sebagai contoh, andaikan saham NVIDIA Corporation (NVDA) telah berada dalam trend menaik untuk beberapa ketika. Kemudian ia dibuka pada $159 dan ditutup pada $ 164 (candlestick bullish). Keesokan harinya, ia dibuka lebih tinggi pada $166 tetapi penjual mengambil alih, dan ia ditutup pada $157 (candlestick bearish). Candlestick kedua ini bertindih sepenuhnya dengan badan candlestick hari sebelumnya: corak Bearish Engulfing klasik.

Jika keesokan harinya saham dibuka dan didagangkan pada paras terendah sekali lagi, itu akan menjadi pengesahan bagi corak tersebut, jadi kita boleh menjangkakan potensi pembalikan trend atau pembetulan jangka pendek.

Cara menggunakan Corak Engulfing bearish ketika berdagang

Berikut ialah panduan langkah demi langkah ringkas tentang cara menggunakan candlestick engulfing bearish.

Langkah 1: kenal pasti corak

Hal ini telah dibincangkan di atas. Jika anda melihat candlestick engulfing bearish, jangan terus berdagang secara terburu-buru.

Langkah 2: tunggu pengesahan

Candlestick seterusnya selepas bentuk corak juga seharusnya bearish. Jika ini bertepatan dengan penembusan maksimum setempat, ini ialah titik kemasukan yang ideal bagi penembusan.

Langkah 3: lihat indikator lain

Menggabungkan beberapa indikator adalah langkah bijak untuk mengesahkan arah trend. Untuk meningkatkan peluang anda, lihat alat-alat berikut:

  • RSI (Relative Strength Index) di atas 70 (terlebih beli).

  • Penurunan dalam volum semasa candlestick Engulfing bearish.

  • Keadaan yang dipanggil “death cross” (purata bergerak (MA) jangka pendek, biasanya MA 50 hari, melintasi di bawah purata bergerak jangka panjang, biasanya MA 200 hari).

Langkah 4: tetapkan strategi masuk dan keluar

Lakukan trade hanya selepas terdapat pengesahan yang jelas. Ingat bahawa renti rugi dan ambil untung adalah rakan setiap pedagang: tetapkan renti rugi tepat di atas corak yang terbentuk untuk mengehadkan risiko, dan ambil untung pada aras sokongan terdekat atau FVG (Fair Value Gap) untuk melindungi hasil dagangan.

Kesilapan biasa ketika berdagang corak Engulfing bearish

  • Masuk pasaran terlalu awal: sentiasa tunggu pengesahan yang boleh dipercayai daripada beberapa alat.

  • Berdagang semasa pasaran mendatar: corak ini lebih dipercayai dalam trend menaik yang ketara.

  • Mengabaikan volum: volum memberitahu anda sama ada terdapat keyakinan sebenar di sebalik corak tersebut.

  • Memaksa: tidak semua candlestick merah besar adalah lilin engulfing atau menenggelamkan. Berpegang kepada kriteria tersebut.

Tiada pengalaman yang mencukupi dalam analisis teknikal? Jangan risau, buka akaun Demo FBS dan cuba berdagang tanpa risiko.

SOALAN LAZIM

1. Adakah corak engulfing bearish sentiasa berkesan untuk pembalikan?

Tidak, ia hanyalah isyarat bagi kemungkinan pembalikan, bukannya jaminan. Sentiasa cari pengesahan.

2. Pada rangka masa manakah ia berfungsi dengan baik?

Corak ini lebih boleh dipercayai pada rangka masa yang lebih tinggi: harian, 4J, mingguan.

3. Adakah ia berfungsi dalam pasaran mendatar?

Tidak juga. Candlestick engulfing bearish jauh lebih berkesan dalam trend menaik, apabila terdapat momentum sebenar untuk membalikkan arah.

4. Adakah pengesahan diperlukan?

Pengesahan sentiasa diperlukan: kebarangkalian kejayaan meningkat dengan ketara apabila candlestick seterusnya dan penunjuk lain mengesahkan pembalikan.

5. Adakah mungkin untuk berdagang hanya menggunakan corak ini?

Jangan terburu-buru. Corak tersebut harus menjadi sebahagian daripada strategi yang lebih luas dengan mengambil kira indikator teknikal, volum dan pengurusan risiko.

Bina strategi berdagang anda dan jana kekayaan anda dengan FBS. Mula sekarang:

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

Kerjaya di FBS

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.