Kaedah Penilaian
Kaedah biasa yang sering digunakan dalam menilai nilai mata wang adalah melalui kadar pertukaran. Terdapat dua jenis kadar pertukaran yang digunakan iaitu;
Kadar pertukaran tetap adalah satu mekanisme dimana nilai suatu mata wang ditambat secara langsung dengan suatu mata wang lain, sebagai contoh, dengan dolar Amerika Syarikat (USD). Secara teknikalnya, pihak kerajaan akan menetapkan satu nilai yang malar bagi mata wang nasionalnya dan mereka juga akan campur tangan secara aktif untuk mengekalkan nilai tersebut.
Artikel disini Maksimumkan Potensi Trading Anda Dengan Leveraj Yang Ditingkatkan Untuk Indeks

12 Mata Wang dengan Nilai Terendah
Perkembangan pesat ekonomi dunia menjadi antara faktor mengapa nilai mata wang beberapa negara semakin merosot. 12 buah negara dengan nilai mata wang yang terendah pada tahun 2024 adalah seperti berikut:
Nama mata wang
Rial Iran (IRR): Merupakan mata wang yang terendah kesan dari sekatan ekonomi ke atas negara tersebut. 1 USD = 42,062.52 IRR
Dong Vietnam (VND): Nilai mata wang Vietnam ini merosot dengan ketara akibat keterbatasan dalam pertukaran wang. Pelabur memilih untuk tidak menyimpan aset dalam mata wang ini kerana ia tidak banyak digunakan di mana-mana negara lain 1 USD = 25,380.00 VND
Leone Sierra Leone (SLL): Perang saudara yang berpanjangan diikuti dengan tercetusnya epidemik Ebola antara punca yang merencat pertumbuhan ekonomi dan kemerosotan berlarutan nilai mata wang negara tersebut. 1 USD = 22,509.52 SLL
Kip Laos (LAK): Tahap ekonomi di negara Laos yang kurang berkembang dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan menjadi punca nilai mata wangnya semakin rendah. 1 USD = 21,268.46 LAK
Rupiah Indonesia (IDR): Kadar inflasi yang tinggi di Indonesia telah mengakibatkan kemerosotan daya beli dalam Rupiah dan ia menjadi salah satu faktor mengapa nilai mata wang rupiah menjadi sangat rendah. 1 USD = 16,195.60 IDR
Som Uzbekistan (UZS): Pembangunan yang sangat perlahan di negara ini menunjukkan corak yang sangat perlahan gagal meyakinkan para pelabur untuk melabur dan sekaligus memberi kesan yang negatif kepada nilai mata wang negara ini. 1 USD = 12,560.22 UZS
Franc Guinea (GNF): Masalah kadar inflasi yang sangat tinggi dan ekonomi yang sangat lemah memberikan impak negatif terhadap nilai mata wang negara ini. 1 USD = 8,560.00 GNF
Guarani Paraguay (PYG): Rentak kegiatan ekonomi yang sangat perlahan memberi kesan kepada kadar mata wang Paraguay. 1 USD = 7,463.87 PYG
Ariary Madagascar (MGA): Negara ini menghadapi isu inflasi dan juga ketidakstabilan politik sehingga berlakunya ketidakpastian dalam pasaran kewangan. 1 USD = 4,422.31 MGA
Pound Syria (SYP): Konflik yang tidak berkesudahan dan masalah inflasi yang berterusan menjadikan nilai mata wang Syria sangat lemah. 1 USD = sangat tidak menentu bergantung pada pasaran gelap.
Riel Kemboja (KHR): Salah satu punca nilai mata wang Kemboja menjadi lemah adalah disebabkan oleh penggunaan Dolar AS yang sangat meluas di Kemboja, iaitu lebih 80%, tidak kira sama ada untuk urusan harian mahupun perniagaan besar. 1 USD = lebih dari 4,000 KHR
Peso Colombia (COP): Colombia sering menghadapi defisit semasa dimana negara tersebut mengimport dengan lebih banyak berbanding eksport, secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap mata wang asing sehingga melemahkan mata wang Peso. 1 USD = sekitar 4,000 COP. Mari baca lebih lanjut di 10 Matawang Terkuat Di Dunia Berbanding Dolar AS Pada Tahun 2024.
Sejarah Mata Wang Dengan Nilai Terendah
Pada tahun 2020, beberapa buah negara mengalami masalah kejatuhan mata wang yang berpunca daripada beberapa faktor. Ini termasuk kerana berlakunya inflasi, ketidakstabilan politik dan juga kebergantungan pada komoditi tertentu.

Contoh mata wang terendah pada tahun 2020
Rial Iran (IRR): Dikenalpasti sebagai mata wang dengan nilai yang terendah kerana berlakunya sekatan ekonomi yang dikenakan oleh negara-negara barat terutama sekali Amerika Syarikat. Sekatan tersebut turut memberikan impak yang sangat hebat terhadap eksport minyak Iran, komoditi dan sumber utama negara tersebut.
Rupiah Indonesia (IDR): Rupiah terus kekal sebagai salah satu mata wang yang terendah kerana kebergantungan negara itu pada eksport komoditi seperti minyak kelapa sawit dan arang batu.
Leone Sierra Leone (SLL): Ekonomi Sierra Leone sangat lemah kesan dari perang saudara dan wabak Ebola, menyebabkan nilai mata wang negara itu jatuh lebih rendah. Baca artikel mengenai Saham China kini termurah dalam tempoh 10 tahun!